Buka menu utama
Untuk kegunaan lain, sila lihat Mi (nyahkekaburan).
Rak pengeringan mi di Seoul

Mi [1]atau mee ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada doh tidak beragi yang dibentuk menjadi jaluran yang nipis dan leper atau silinder bulat lalu dimasak dalam cecair yang mendidih. Bergantung pada jenisnya, mi bolehlah dihidangkan kering atau disejukkan sebelum dimasak. Perkataan "mi" berasal daripada sebutan bahasa Hokkien bagi perkataan Cina "" kerana makanan ini juga berasal dari China.

Catatan pertama mengenai mi dihasilkan ketika Dinasti Han Timur sekitar 25 dan 220 M. Pada Oktober 2005, mi tertua yang pernah ditemui telah ditemui di tapak Lajia (budaya Qijia) sepanjang Sungai Kuning di Qinghai, China. Mi yang berusia 4,000 tahun itu kelihatan diperbuat daripada sekoi ekor musang dan sekoi Proso.[2]

Jenis mi mengikut ramuan utamaSunting

TelurSunting

Mi telur biasanya diperbuat daripada campuran telur dan tepung gandum.

GandumSunting

  • Chuka men (中華麺): bahasa Jepun untuk "mi Cina", digunakan untuk ramen, chanpon dan yakisoba
  • Lamian (拉麵): mi Cina yang ditarik tangan
  • Mee pok (麪薄): mi Cina kuning leper yang laris di Asia Tenggara
  • Somen (そうめん): mi gandum Jepun yang amat halus
  • Udon (うどん): mi gandum Jepun yang tebal

BerasSunting

  • Mi beras leper, juga dikenali sebagai héfěn atau ho fun (河粉), kway teow (粿條) atau sen yai (เส้นใหญ่)
  • Bihun: juga dikenali sebagai mǐfěn (米粉) atau sen mee (เส้นหมี่)

Kacang hijauSunting

  • Mi selofan atau mi kaca, atau bihun kacang hijau; fěnsī (粉絲) dalam bahasa Cina, harusame (春雨) dalam bahasa Jepun, soun atau suun dalam bahasa Indonesia, wun sen (วุ้นเส้น) dalam bahasa Thai.

Kanji kentang atau bunga tasbihSunting

Gandum kudaSunting

Jenis hidangan miSunting

  • Mi biasa: Mi ini dimasak dalam air atau kuah, lalu disalirkan. Makanan lain boleh dibubuh (contohnya sos pasta) atau mi itu dibubuh pada makanan lain (lihat mi goreng atau lasagna) atau mi boleh disajikan begitu sahaja dengan sos atau minyak celup di atas meja. Secara amnya, mi aalah lembut dan menyerap perisa.
  • Mi sejuk: Kadang-kadang mi disajikan dalam salad. Contohnya, salad mi kaca Thai yam woon sen. Di Jepun, mi tradisional seperti soba dan somen selalu dihidangkan sejuk dengan sos celup. Sesetengah masakan Barat seperti salad pastar juga memerlukan mi sejuk.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

Pautan luarSunting