Laksa
Laksa (叻沙) merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia, Indonesia, dan Singapura. Ia dikatakan[nyatakan menurut siapa?]berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu (Peranakan)[perlu rujukan]. Perkataan laksa mungkin berasal dari bahasa Sanskrit laksha yang bererti banyak, merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan.
Terdapat pelbagai jenis laksa seperti
- Laksa Penang (asam Laksa)
- Laksa Johor
- Laksa Terengganu
- Laksa Kedah (laksa Teluk Kechai)
- Laksa Kelantan
- Laksa Sarawak
- Laksa Kuala Perlis
- Laksa Ipoh
- Kari Laksa
- Laksam
Cari Laksa atau Laksa dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |