Buka menu utama
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Ng.

Tan Sri Dato' Sri Dr. Ng Yen Yen (lahir 6 April 1946) merupakan ahli politik Malaysia dari Persatuan Cina Malaysia (MCA) yang juga bekas Menteri Pelancongan Malaysia di dalam kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak. Beliau juga adalah bekas Ahli Parlimen Raub, Pahang. Di peringkat akar umbi, beliau adalah bekas Naib Presiden MCA, parti komponen Barisan Nasional (BN), wanita pertama yang memegang jawatan itu. Perlantikannya dalam barisan kabinet mencatatkan sejarah sebagai wanita Cina pertama yang memegang jawatan sebagai Menteri Kabinet.[perlu rujukan]

Yang Berbahagia Tan Sri Dato' Sri Dr.
Ng Yen Yen
PSM; DPMP (Pls); SSAP (Phg); DGSM (Mel); DPMK (Kel); DSAP, DIMP (Phg)
Dato ng-yen-yen.jpg
Menteri Pelancongan
Dalam jawatan
10 April 2009 – 16 Mei 2013
Didahului olehDato' Sri Azalina Othman Said
Digantikan olehDato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 10 April 2009
Didahului olehDato' Seri Shahrizat Abdul Jalil
Digantikan olehDato' Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Raub
Dalam jawatan
29 November 1999 – 5 Mei 2013
Didahului olehTeng Gaik Kwan
Digantikan olehMohd Ariff Sabri Aziz
Naib Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA)
Dalam jawatan
18 Oktober 2008 – 21 Disember 2013
Butiran peribadi
Lahir (1946-04-06) 6 April 1946 (umur 73)
Kota Bharu, Kelantan, Malaya British (kini Malaysia)
Parti politikBN-100px.jpg Barisan Nasional MCA
PasanganDr. Chin Chee Sue
Anak-anak3
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor
Laman sesawanghttp://www.drngyenyen.com/

Latar belakang peribadiSunting

Beliau dilahirkan di Kampung Kubang Pasu, Kota Bharu, Kelantan. Sebagai seorang remaja, beliau terpaksa memberi/mengendalikan kelas tuisyen untuk membiayai pelajaran tingkatan enam di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Ketika itu, tidak ada kelas tingkatan enam di Kelantan. [1]

Bapanya, seorang konservatif, mahu beliau berkahwin semasa beliau berumur 17 tahun. Nasibnya baik apabila ibunya memastikan beliau menyempurnakan pendidikan beliau sehingga tahap mana yang diingini beliau.

Dr. Ng kemudian memperolehi ijazah dari Universiti Malaya pada tahun 1972 dengan Sarjana Perubatan (Pembedahan) (MBBS). Beliau juga dianugerahkan Diploma Reproductive Medicine dari Johns Hopkins University, Amerika Syarikat.

Anugerah Doktor KehormatSunting

Beliau telah dianugerahkan dengan anugerah Doktor Kehormat oleh Josai International University (di tangga ke 252 di Jepun) pada 4 September 2012 bagi sumbangan besar beliau dalam pembangunan industri pelancongan, pembangunan negara dan menjalinkan hubungan rapat serta kerjasama erat antara universiti tersebut dan negara Malaysia.[2]

PolitikSunting

Penglibatan dalam MCA dan Ahli ParlimenSunting

Pada masa ini Dr. Ng, adalah Ketua Wanita MCA (Kelantan) dan naib presiden MCA, wanita pertama dilantik ke pos berkenaan. Pada masa ini juga Dr. Ng berkhidmat pada penggal ketiga sebagai Ahli Parlimen Raub semenjak di lantik semasa Pilihan Raya Umum 1999. Beliau adalah bekas Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (2003) dan mantan Timbalan Menteri Kewangan(2008).

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008,Dr. Ng Yen Yen telah bertanding di kawasan parlimen Raub , negeri Pahang. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 18,078 dengan majoriti sebanyak 2,752.

Calon lawan beliau, Abu Bakar Bin Lebai Sudin dari DAP telah mendapat 15,326 undi -kalah .

Kerjaya senatorSunting

Sebelum menjadi Ahli Parlimen, beliau adalah seorang Senator di Dewan Negara. Beliau telah disyorkan untuk menjadi senator oleh pada ketika itu, Timbalan Presiden MCA Lim Ah Lek. Beliau telah dilantik sebagai senator oleh kerajaan negeri Pahang di bawah kuota MCA dan pencalonan beliau telah disahkan oleh Majlis Exco & Dewan Undangan Negeri Pahang. Dr Ng Yen Yen telah mengangkat sumpah jawatan sebagai senator pada Ogos 1993

Jawatan sebagai menteriSunting

Dr Ng adalah wanita pertama Malaysia berbangsa Cina untuk memegang jawatan kabinet dan beliau adalah Menteri yang kedua yang bertanggungjawab untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat. Beliau berkata kerja barunya melibatkan lebih daripada menangani isu-isu wanita kerana ia juga merangkumi kaum lelaki, kanak-kanak dan juga masyarakat umum.

Beliau berkata beliau berhasrat untuk mendapatkan lebih banyak penyertaan daripada kaum lelaki Malaysia kerana mereka juga adalah "komponen utama" dalam menentukan pembentukan struktur keluarga yang kukuh dan erat dan seterusnya membawa kepada sebuah negara yang lebih bersepadu.

Antara perancangan awal beliau adalah untuk mendidik masyarakat mengenai kesaksamaan jantina, bermula dari peringkat sekolah; untuk mewujudkan persekitaran yang mesra jantina bagi wanita yang bekerja, meningkatkan pembangunan masyarakat dengan bekerjasama rapat dengan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan, dan juga menangani isu-isu yang dihadapi oleh wanita berusia/warga emas.

Menteri PelanconganSunting

Pada 9 April 2009, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pelancongan dalam kabinet baru Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Di bawah kepimpinan beliau, Malaysia telah menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan dari seluruh dunia. Sejak 2009, Malaysia telah dinilai sebagai tempat ke 9 destinasi perlancongan yang paling popular oleh Pertubuhan Pelancongan Dunia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNWTO). Pada tahun 2011, Malaysia menerima lebih 24.8 juta pelancong dan menjana lebih RM58.3 bilion dalam pendapatan pelancongan.

Dengan usaha gigih tanpa henti dan semangat beliau untuk meningkatkan ekonomi luar bandar, salah satu daripada penekanan utama beliau sebagai Menteri Pelancongan adalah untuk mempromosikan program Homestay (Inap Desa) di mana pelancong akan mendapat peluang untuk menikmati suasana kampung-kampung dan memperoleh pengalaman intipati sebenar gaya hidup luar bandar Malaysia. Pendekatan beliau yang kreatif dan inovatif tidak hanya meningkatkan jumlah pengunjung ke inap desa Malaysia malah juga membolehkan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk memperoleh anugerah UNWTO Ulysses Award bagi Inovasi dalam Dasar Awam dan Tadbir Urus untuk Program Pengalaman Homestay Malaysia (Malaysia Homestay Experience Programme) pada 15 Nov 2012.

Bagi memastikan peningkatan jumlah pelancong, beliau telah melancarkan pelbagai program baru dan acara-acara yang menarik, khususnya untuk mensasarkan segmen pasaran pelancongan yang berbeza. Sebagai lanjutan kepada kempen "Malaysia Truly Asia" yang berjaya, beliau telah melancarkan acara "Fabulous Food 1Malaysia". Kempen promosi yang berlansung selama 3 bulan tersebut (Okt-Dis) telah menonjolkan pelbagai hidangan Malaysia, restoran dan makanan jalanan yang lazat dan menarik. Rakyat Malaysia secara amnya amat bangga dengan kepelbagaian makanan negara mereka, hasil daripada warisan kepelbagaian kaum etnik dan budaya majmuk.

Program-program baru yang lain, yang bertujuan untuk meningkatkan peningkatan pelancong serta pendapatan pelancongan Malaysia adalah seperti Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia (1MISF), dan Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (1MCAT). Dengan mengetengahkan pereka kasut terkenal antarabangsa kelahiran Malaysia, Jimmy Choo, Festival Kasut Antarabangsa 1Malaysia telah mendapat pengiktirafan untuk Malaysia sebagai Shoe Capital of the East.

Festival Pelancongan Seni Kontemporari 1Malaysia (Jul-Sept) memberikan nafas baru yang amat diperlukan untuk hasil dan karya seni tempatan dihasilkan. Dengan tumpuan Kementerian kepada promosi seni lukis kontemporari, minat, kesedaran dan penghargaan terhadap seni semakin berkembang. Objektif utama adalah untuk menarik pelancong asing untuk melabur dalam seni kontemporari Malaysia. Ini adalah sesuatu yang tidak mustahil memandangkan Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh CNN sebagai destinasi membeli-belah tangga ke 4 paling popular di dunia selepas New York, Tokyo dan London.

Dr Ng berpegang teguh kepada prinsip pelancongan yang bertanggungjawab. Falsafah beliau adalah bahawa pelancongan melindungi, memelihara dan memulihara alam semula jadi. Salah satu tarikan utama di Malaysia ialah eko-pelancongan, Contohnya Pulau Sipadan, yang sering dikenali sebagai tapak menyelam terbaik di dunia. Selain itu, lawatan baru-baru ini oleh Duke dan Duchess of Cambridge, William dan Kate ke Lembah Danum, salah satu daripada sanktuari hijau di Malaysia telah mewujudkan banyak publisiti dan kesedaran untuk tarikan eko-pelancongan Malaysia.

Dengan tahun 2014 ditetapkan sebagai Tahun Melawat Malaysia, Dr Ng dan rakyat Malaysia sedang sibuk bersedia untuk mengalu-alukan pelawat dengan kemesraan, layanan dan janji pengalaman percutian yang hebat di Malaysia.[3]

Pengerusi, LPPMSunting

Ng dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) [4] oleh Menteri Pelancongan bermula 17 Jun 2013[5]. Ini selepas beliau digugurkan daripada senarai calon Pilihanraya Umum 2013[6] kerana masalah kepimpinannya dan popularitinya yang semakin berkurangan di kalangan masyarakat Cina di negara ini.

Isu dan kontroversiSunting

Penduduk tetap AustraliaSunting

Ng Yen Yen mengakui menjadi penduduk tetap Australia bagi tempoh 1990 hingga 1993. Pada 3 Disember 2009, dalam Dewan Rakyat Malaysia Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) telah mempertikaikan kerakyatan beliau. MyKad miliknya menjadi bukti kewarganegaraan beliau. Kontroversi timbul sejak 2003. Imigresen Malaysia tidak membenarkan rakyat Malaysia mempunyai dua kerakyatan, namun ada berlaku.[7] Hasrat untuk keluar dari Malaysia, berhijrah dan menjadi penduduk tetap Australia sepatutnya tidak dibangkitkan lagi. Ketika itu, Lim Kit Siang mempersoalkan kredibiti beliau sebagai Senator dan pemimpin wanita MCA.

Pada Julai 2012, sekali lagi, Ng Yen Yen mengaku beliau telah mendapat PR di Australia dan bangga kerana anaknya telah dididik di negara itu. Kini anaknya lulus jurusan akauntan dan undang-undang. Alasan Ng bahawa beliau perlu menjadi PR Australia untuk memudahkan anaknya mendapatkan pendidikan di Australia. Setiap orang yang menghantar anak mereka keluar negara tidak perlu mendapatkan status PR Australia.[8][9] Anak ketiganya sesuai belajar di Australia kerana pembelajaran bercorak 'permainan'. Demi pendidikan anak-anak, beliau berusaha mendapatkan PR dan kesetiaannya dipersoalkan.

Bawa suamiSunting

Selaku Menteri Pelancongan Malaysia, Ng Yen Yen mengaku telah membawa suaminya beberapa kali ke luar negeri seperti Hong Kong semasa program menarik pelancong.[10]

KeluargaSunting

Dr. Ng Yen Yen telah berkahwin dengan Dr. Chin Chee Sue dan mempunyai tiga orang anak, kesemuanya merupakan ahli profesional yang berjaya

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: Raub, Pahang[11][12][13][14]
Tahun Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 Ng Yen Yen (MCA) 20,457 58.37% Ng Kwi Ling (DAP) 14,593 41.63% 36,606 5,864 69.87%
2004 Ng Yen Yen (MCA) 20,457 58.37% Choong Siew Onn (DAP) 10,720 34.37% 32,546 9,752 73.07%
2008 Ng Yen Yen (MCA) 18,078 54.12% Abu Bakar Lebai Sudin (DAP) 15,326 45.88% 34,459 2,752 74.18%

RujukanSunting

Pautan luarSunting