Orang Banjar

bangsa tempatan Kalimantan Selatan

Orang Banjar merupakan suku bumiputera yang berasal dari Kalimantan Selantan, Indonesia Terkecuali di Kabupaten Kota Baru.

Banjar
Pakaian Adat Suku Banjar
Kawasan ramai penduduk
Indonesia Indonesia (sensus 2010)4.127.124[1]
        Kalimantan Selatan2.686.627
        Kalimantan Tengah464.260
        Kalimantan Timur440.453
        Riau227.239
        Sumatera Utara125.707
        Jambi102.237
Malaysia Malaysia64.000[2]
Singapura Singapura1.000
Bahasa
Banjar, Indonesia dan Melayu.
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu, Kutai, Jawa, Dayak (Dayak Bukit, Bakumpai, Ngaju, Maanyan, Lawangan)

Mereka menggunakan bahasa Banjar. Nama Banjar diperolehi dari Kesultanan Banjarmasin atau dipendekkan menjadi Banjar, bertepatan dengan nama ibukota pada mula berdirinya.

Asal usul orang Banjar

sunting

Asal usul orang Banjar tidak diketahui secara jelas, tetapi mereka mempunyai pertalian dengan beberapa masyarakat Dayak di Kalimantan Selatan (Ma'anyan, Ngaju, dan Bukit) yang terpengaruh dengan budaya luar.

Pendekatan primordialisme

sunting

Mengikut Alfani Daud (1997; 2004: 85) suku bangsa Banjar ialah penduduk asli sebahagian wilayah provinsi Kalimantan Selatan, iaitu selain kabupaten Kota Baru. Mereka itu diduga berintikan penduduk asal Sumatera atau daerah sekitarnya lebih dari seribu tahun yang lalu. Setelah berlalu masa yang lama sekali, dan setelah bercampur dengan penduduk yang lebih asli, yang biasanya dinamakan secara umum sebagai suku Dayak, dan dengan imigran yang datang kemudian, akhirnya terbentuklah setidak-tidaknya lima subsuku, iaitu:

  • Banjar Alai
  • Banjar Pahuluan
  • Banjar Batang Banyu
  • Banjar Kuala
  • Banjar Malabio
  • Banjar Kaluak
  • Banjar Kandangan
  • Banjar Amuntai

Orang Pahuluan pada asasnya ialah penduduk daerah lembah sungai-sungai (cabang sungai Negara) yang berhulu ke Pegunungan Meratus. Orang Batang Banyu mendiami lembah sungai Negara, sedangkan oang Banjar Kuala mendiami daerah sekitar Banjarmasin dan Martapura. Bahasa yang mereka kembangkan dinamakan bahasa Banjar, yang di dalamnya terdapat banyak sekali kosa kata yang berasal dari kosa kata Dayak dan Jawa.

Nama Banjar diperoleh kerana mereka dahulu, sebelum dihapuskan pada tahun 1860, adalah warga Kesultanan Banjar. Kerajaan Banjar yang menjadi identiti suku Banjar ini berasal dari Negara Dipa yang didirikan oleh Empu Jatmika pada abad ke-14 yang berhijrah dari Keling, Kediri, Pulau Jawa.[3] Penduduk wilayah ini ialah orang Melayu Sriwijaya yang berhijrah lebih awal pada abad ke-11 (mendirikan Kerajaan Tanjungpuri), orang Dayak Ma'anyan (dari Kerajaan Nan Sarunai) dan orang Jawa dari tentera Majapahit,[4][5] yang kemudiannya dipanggil orang Banjar. Ketika ibukota dipindahkan arah ke pedalaman, terakhir di Martapura, nama Banjar tersebut nampaknya sudah diterima umum dan tidak berubah lagi.

Taburan Kawasan Orang Banjar di Malaysia

sunting
  1. Kampung Parit Mahang, Selangor
  2. Felda Bukit Cherakah, Selangor
  3. Kuala Selangor, Selangor
  4. Kota Tinggi, Johor
  5. Batu Pahat, Johor
  6. Parit Sulong, Johor
  7. Kluang, Johor
  8. Air Itam, Johor
  9. Benut, Johor
  10. Tenglu, Mersing, Johor
  11. Felda Chini, Pahang
  12. Felda Keratong, Pahang
  13. Bukit Pelandok, Negeri Sembilan
  14. Bukit Kucing, Selangor
  15. Felda Suharto, Selangor
  16. Tanjong Karang, Selangor
  17. Sekinchan, Selangor
  18. Kg Medan, Selangor
  19. Sungai Besar, Selangor
  20. Bagan Terap, Selangor
  21. Sabak Bernam, Selangor
  22. Bagan Datuk, Perak
  23. Matang Kunda, Perak
  24. Sungai Manik, Perak
  25. Sungai Tungku, Perak
  26. Kg Belt, Perak
  27. Kg Banjar, Teluk Intan, Perak
  28. Chenderong Balai, Perak
  29. Pekan Rabu, Perak
  30. Changkat Rambai, Perak
  31. Felcra Changkat Lada, Perak
  32. Lekir, Perak
  33. Felda Trolak Utara, Perak
  34. Felda Trolak Selatan, Perak
  35. Felda Trolak Timur, Perak
  36. Felda Besout 1,2,3,4,5,6, 7, Perak
  37. Felda Sg Klah, Perak
  38. Kg banjar, Beruas, Perak
  39. Trong, Perak
  40. Selingsing, Perak
  41. Semanggol, Perak
  42. Bagan Serai, Perak
  43. Kuala Kurau, Perak
  44. Tanjong Piandang, Perak
  45. Bagan Tiang, Perak
  46. Titi Serong, Perak
  47. Parit Buntar, Perak
  48. Alor Pongsu, Perak
  49. Bukit Merah, Perak
  50. Felda Nenering, Perak
  51. Felda Lawin, Perak
  52. Felda Bersia, Perak
  53. Felda Papulut, Perak
  54. Felda Lasah, Perak
  55. Felda Ijok, Perak
  56. Kulim Bandar Baharu, Kedah
  57. Changkat Banjar, Parit Perak
  58. Tawau, Sabah
  59. Hati Adiy

Tokoh Lain

sunting

Pendekatan konstruktifis atau situasionalis

sunting
 
Profil pembesar Kerajaan Banjar sekitar tahun 1850 koleksi Muzium Lambung Mangkurat.

Mengikut Idwar Saleh (1986: 12) pula, sebelum dan pada awal berdirinya Kesultanan Islam Banjar, etnik Banjar pada waktu itu belum menjadi identiti suku atau agama, dan hanya sebagai identiti diri yang merujuk pada kawasan teritorial tertentu yang menjadi tempat tinggal mereka.

Idwar Saleh menyimpulkan suku Banjar terdiri dari tiga subetnik berdasarkan wilayah tempat tinggal mereka dan unsur pembentukan suku:

  • Banjar Pahuluan; campuran Melayu dan Bukit (Bukit sebagai ciri kelompok).
  • Banjar Batang Banyu; campuran Melayu, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Maanyan sebagai ciri kelompok)
  • Banjar Kuala; campuran Melayu, Ngaju, Barangas, Bakumpai, Maayan, Lawangan, Bukit dan Jawa (Ngaju sebagai ciri kelompok)

Budaya dan agama

sunting

Dari segi agama, boleh dikatakan semua orang Banjar memeluk agama Islam. Dan mereka pada umumnya ialah orang yang taat menjalankan perintah agamanya. Beberapa ulama terkenal nusantara adalah terdiri dari orang Banjar.

Penghijrahan ke Sumatera dan Semenanjung Malaysia

sunting

Suku Banjar yang tinggal di Sumatera dan Malaysia merupakan anak cucu dari para penghijrah etnik Banjar yang datang dalam tiga gelombang migrasi besar.

Pertama, pada tahun 1780 terjadi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ketika itu adalah para penyokong Pangeran Amir yang kalah dalam perang saudara Kerajaan Banjar, iaitu Pangeran Tahmidullah. Mereka terpaksa melarikan diri dari wilayah Kerajaan Banjar kerana sebagai musuh politik mereka sudah dijatuhkan hukuman mati.

Kedua, pada tahun 1862 terjadi lagi penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Etnik Banjar yang menjadi pendatang ialah para pendukung Pangeran Antasari dalam kemelut Perang Banjar. Mereka terpaksa melarikan diri dari pusat pemerintahan Kerajaan Banjar di kota Martapura atas alasan yang sama. Pasukan Residen Belanda yang menjadi musuh mereka dalam Perang Banjar yang sudah menguasai kota-kota besar di wilayah Kerajaan Banjar.

Ketiga, pada tahun 1905 etnik Banjar kembali melakukan penghijrahan besar-besaran ke pulau Sumatera. Kali ini mereka terpaksa melakukannya kerana Sultan Muhammad Seman yang menjadi Raja di Kerajaan Banjar ketika itu mati syahid di tangan Belanda.

Penghijrahan suku Banjar ke Sumatera khususnya ke Tembilahan, Indragiri Hilir sekitar tahun 1885 di masa pemerintahan Sultan Isa, raja Indragiri sebelum raja yang terakhir. Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari daerah ini ialah Syekh Abdurrahman Siddiq Al Banjari yang berasal dari Martapura, Banjar yang memegang jawatan sebagai Mufti Kerajaan Indragiri.

Dalam masa-masa tersebut, suku Banjar juga berhijrah ke Malaysia antara lain ke negeri Kedah, Perak (Kerian, Sungai Manik, Bagan Datoh), Selangor (Sabak Bernam, Tanjung Karang), Johor (Batu Pahat). Tokoh etnik Banjar yang terkenal dari Malaysia adalah Syeikh Husein Kedah Al Banjari, iaitu bekas mufti Kerajaan Kedah. Salah seorang etnik tokoh Banjar dari Malaysia yang terkenal ketika ini ialah Dato Seri Harussani bin Haji Zakaria yang menjadi Mufti Kerajaan Negeri Perak.

Daerah yang paling ramai terdapat etnik Banjar di Malaysia adalah daerah Kerian di Negeri Perak Darul Ridzuan. Organisasi suku Banjar di Malaysia adalah Pertubuhan Banjar Malaysia.

Hubungan dengan kaum Dayak

sunting

Hubungan antara suku Banjar dan kaum Dayak selalunya dalam keadaan baik. Beberapa kaum Dayak masuk Islam dan berasimilasi dengan budaya suku Banjar serta memanggil diri mereka orang Banjar. Kaum Dayak menganggap suku Banjar sebagai saudara. Ini diperkuatkan lagi dengan banyaknya perkahwinan antara suku Banjar dan kaum Dayak termasuk pada peringkat raja. Contohnya, Biang Lawai, isteri kepada raja Banjar adalah dari etnik Dayak Ngaju.

Hubungan ini menjadi kuat apabila mereka berhadapan dengan penjajahan. Mereka bersama-sama berperang dan beberapa pejuang yang terlibat dalam Perang Banjar adalah dari etnik Dayak. Contohnya.

  • Panglima Batur, dari etnik Dayak Siang Murung
  • Panglima Wangkang, ayahnya Dayak Bakumpai dan ibunya Banjar
  • Panglima Batu Balot (Tumenggung Marha Lahew), pahlawan wanita yang menyerang Kubu Muara Teweh pada tahun 1864-1865.

Lihat juga

sunting
  • Banjarmasin
  • Ulama Banjar
  • Bahasa Banjar
  • Pertubuhan Banjar Malaysia
  • Bubuhan Sungai Manik
  • Bubuhan Banjar Kuala Selangor
  • Bubuhan Bagan Datuk
  • Bubuhan Sungai Besar
  • Bubuhan Titi Gantung
  • Bubuhan Lekir
  • Bubuhan Asal Balun Bidai

Rujukan

sunting

Bacaan lanjut

sunting
  • Agama dan Etnisitas: Kajian Tentang Asal Usul Pembentukan Etnis Banjar. Kandil. Edisi 6, Tahun 11, Ogos-Oktober
  • Alfani Daud. 1997. Islam dan Masyarakat Banjar: Deskripsi dan Analisa Kebudayaan Banjar. Jakarta: Rajawali Press.
  • Alfani Daud. 2004. Islam dan Asal-Usul Masyarakat Banjar. Kandil. Edisi 6, Tahun 11, Ogos-Oktober.
  • Marko Mahin. 2004. Urang Banjar: Identitas dan Etnisitas di Kalimantan Selatan. Kandil. Edisi 6, Tahun 11, Ogos-Oktober.


Referensi

sunting
  1. ^ Kewarganegaraan, Suku Bangsa, Agama dan Bahasa Sehari-hari Penduduk Indonesia Hasil Sensus Penduduk 2010. Badan Pusat Statistik. 2011. ISBN 9789790644175.
  2. ^ http://www.joshuaproject.net/peoples.php?peo3=10658
  3. ^ Munoz, P.M.; Tim Media Abadi (2009). Kerajaan-kerajaan awal kepulauan Indonesia dan Semenanjung Malaysia: perkembangan sejarah dan budaya Asia Tenggara (Jaman pra sejarah - abad xvi) (dalam bahasa Indonesia). Mitra abadi. Dicapai pada 2022-02-20.
  4. ^ Ahsan, Ivan Aulia (2018-01-09). "Jejak Panjang Nan Sarunai, Kerajaan Purba di Kalimantan". tirto.id (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2022-02-20.
  5. ^ "Nansarunai Ditaklukkan dengan Tiga Misi Militer Majapahit". jejakrekam.com (dalam bahasa Indonesia). 2018-02-24. Dicapai pada 2022-02-20.

Pautan Luar

sunting