Kerabat Habsburg

(Dilencongkan daripada Wangsa Habsburg)

Kerabat Habsburg (/ˈhæps.bɜːrɡ/; Sebutan bahasa Jerman: [ˈhaːps.bʊʁk]), juga dikenali sebagai Kerabat Hapsburg,[1] atau Kerabat Austria,[2] adalah salah sebuah kerabat diraja Eropah paling berpengaruh. Takhta Empayar Suci Rom secara berterusan diisi oleh kerabat Habsburg antara tahun 1438 hingga 1740. Kerabat ini juga menghasilkan para maharaja dan raja untuk Kerajaan Beraja Bohemia, Kerajaan Beraja England (Raja Jure uxoris), Kerajaan Beraja Jerman, Kerajaan Beraja Hungary, Kerajaan Beraja Croatia, Empayar Mexico Kedua, Kerajaan Beraja Ireland (Raja Jure uxoris), Kerajaan Beraja Portugal, dan Habsburg Sepanyol, selain pemerintah di beberapa prinsipaliti di Belanda dan Itali.[meragukan ] Bermula kurun ke-16, berikutan dengan pemerintahan Charles V, dinasti ini dipecahkan kepada cabang Austria dan Sepanyol. Walaupun mereka memerintah wilayah yang berbeza, mereka masih mengekalkan hubungan rapat termasuk melalui hubungan perkahwinan.

Kerabat Habsburg
NegaraAustria, Jerman, Empayar Suci Rom, Sicily, Napoli, Sepanyol, Hungary-Croatia, Bohemia, Portugal dan negeri-negeri kecil yang lain
Gelaran
DiasaskanAbad ke-11: Radbot, Count Habsburg
Pembubaran1780
Etnikorang Jerman (Austria), Sepanyol
Cabang kadet

Kerabat ini mendapat nama bersempena dengan nama Istana kota Habsburg, sebuah kota kubu yang dibina pada tahun 1020-an yang kini terletak dalam wilayah Switzerland, tepatnya di wilayah Aargau, oleh Count Radbot dari Klettgau, yang mana memilih untuk menamakan kota kubu beliau sebagai Habsburg. Cucu lelaki beliau Otto II merupakan orang pertama yang menggunakan nama kota kubu ini pada nama beliau sendiri dengan menambah perkataan "Count Habsburg" pada nama gelaran beliau. Kerabat Habsburg mula menjadi dinasti yang berpengaruh pada kurun ke-11 sehingga kurun ke-13.

Menjelang tahun 1276, keturunan generasi ketujuh Count Radbot, Rudolph dari Habsburg memindahkan pusat kuasa keluarga beliau daripada Istana kota Habsburg ke Duchy Austria. Rudolph menaiki takhta sebagai Raja Jerman pada tahun 1273, dan dinasti Kerabat Habsburg mula menonjol pada tahun 1276 apabila Rudolph menjadi pemerintah Austria, di mana diperintah oleh Habsburg sehingga tahun 1918.

Satu siri-siri perkahwinan dinasti[3] membolehkan keluarga ini melebarkan kekuasaan mereka termasuk Burgundy, Sepanyol dan empayar jajahannya, Bohemia, Hungary, dan wilayah-wilayah lain. Pada kurun ke-16, keluarga ini berpecah kepada cabang-cabang Habsburg Sepanyol yang lebih tua dan Monarki Habsburg yang lebih muda, yang mana menyelesaikan tuntutan bersama mereka dalam Perjanjian Oñate.

Kerabat Habsburg mula pupus pada kurun ke-18. Cabang kanan Sepanyol berkahir dengan kematian Charles II dari Sepanyol pada tahun 1700 dan digantikan dengan Kerabat Bourbon. Cabang Austria yang masih tinggal pupus apabila keturunan lelaki berakhir pada tahun 1740 dengan kematian Maharaja Charles VI, dan berakhir sepenuhnya pada tahun 1780 dengan kematian anak perempuan sulung beliau Maria Theresa dari Austria. Ia kemudian digantikan dengan cabang Vaudemont dari Kerabat Lorraine. Kerabat penganti baharu mengayakan mereka sebagai Kerabat Habsburg-Lorraine (Jerman: Habsburg-Lothringen), dan di sebabkan sering kali terkeliru mereka masih dirujuk sebagai Kerabat Habsburg, para sejarawan menggunakan gelaran tidak rasmi sebagai Monarki Habsburg untuk negara dan wilayah yang diperintah oleh cabang muda Austria dari Kerabat Habsburg antara tahun 1521 hingga 1780 dan kemudian oleh cabang penganti bagi Habsburg-Lorraine sehingga tahun 1918.

Peranan-peranan utama

sunting
 
Wilayah di bawah kekuasaan Habsburg Austria dan Sepanyol pada tahun 1700 (tidak termasuk pegangan jajahan empayar di seberang laut) dengan pembahagian antara cabang Austria dan Sepanyol serta kehilangan dan perolehan wilayah.

Antara peranan-peranan utama mereka (termasuk peranan cabang-cabang kadet) adalah seperti berikut:

Pelbagai gelaran lain yang dikaitkan dengan takhta-takhta di atas.

Rujukan

sunting
  1. ^ Siegal, Allan M.; Connolly, William G. (1999). The New York Times Manual of Style and Usage. Random House Digital, Inc. m/s. 154. ISBN 978-0-8129-6389-2. Dicapai pada 27 April 2012.
  2. ^ "The House of Austria – the Habsburgs and the Empire"
  3. ^ Paula Sutter Fichtner, "Dynastic Marriage in Sixteenth-Century Habsburg Diplomacy and Statecraft: An Interdisciplinary Approach," American Historical Review Vol. 81, No. 2 (April 1976), pp. 243-265 in JSTOR
  4. ^ The Kingdom of Germany was within the Holy Roman Empire from 962 until 1806.
  5. ^ "King of the Romans" was, from the time of Emperor Henry II (1014–1024), the title used by the German king following his election by the princes. The title "King of the Romans" became functionally obsolete after 1508.

Pautan luar

sunting