Archduchy Austria (Jerman: Erzherzogtum Österreich) merupakan sebuah prinsipaliti utama dalam Empayar Suci Rom dan nukleus kepada Monarki Habsburg. Ibu kotanya terletak di Vienna, di mana pemerintahan archduchy berpusat di tengah-tengah wilayah tenggara empayar.

Archduchy Austria
Erzherzogtum Österreich (Jerman)
1453–1806
Jata Austria 🇦🇹
Jata
Cogan kataAlles Erdreich ist Österreich untertan
"All the world is subject to Austria"[1]
Archduchy Austria dalam wilayah jajahan Habsburg (oren), 1477
Archduchy Austria dalam wilayah jajahan Habsburg (oren), 1477
StatusNegeri kepada Empayar Suci Rom (1453–1806)
Tanah Mahkota kepada Monarki Habsburg (bermula pada 1526)
Ibu negaraVienna
Bahasa yang umum digunakanBavaria Tengah
Agama
Katolik Rom
KerajaanPrinsipaliti
Archduke1 
• 1453–1457
Ladislaus si Posthumus
(Arcduke rasmi pertama)
• 1792–1806
Francis I (terakhir)
Era SejarahZaman Pertengahan
• Duke Rudolf IV memuktamadkan Privilegium Maius
1358/59
• Maharaja Frederick III mengesahkan gelaran archducal
6 Januari 1453
• Menyertai Lingkaran Austrian
1512
• Ferdinand I menjadi pemangku raja berdasarkan persetujuan Worms
28 April 21
1740–1748
• Empayar Suci Rom dibubarkan
6 Ogos 1806
Mata wangConventionsthaler
Kod ISO 3166AT
Didahului oleh
Diganti oleh
Duchy Austria Duchy Austria
Austria Hilir Austria Hilir
Austria Hulu Austria Hulu
Sekarang sebahagian dari Austria
1 Gelaran "Archduke Austria" kekal mejadi sebahagian daripada gelaran tertinggi rasmi para pemerintah Austria sehingga tahun 1918.

Archduchy berkembang daripada Margraviate Austria di Bavaria, sebelum dinaikkan menjadi sebuah Duchy Austria berdasarkan kepada Privilegium Minus pada tahun 1156 oleh Maharaja Frederick Barbarossa. Kerabat Habsburg mula memegang takhta Austria di Vienna pada tahun 1282 dan pada tahun 1453 Maharaja Frederick III, yang juga merupakan pemerintah Austria, secara rasminya menggunakan gelaran archducal. Bermula kurun ke-15, kesemua Maharaja Suci Rom kecuali Charles VII, Maharaja Suci Rom merupakan archduke Austria dan dengan kemasukan tanah-tanah takhta Bohemia dan Hungary pada tahun 1526, "tanah-tanah pusaka" Habsburg menjadi pusat bagi kuasa Eropah utama.

Sejarah Archduchy sebagai sebuah Negeri Maharaja berakhir dengan pembubaran Empayar Suci Rom di Negara Jerman pada tahun 1806. Ia digantikan dengan tanah-tanah takhta Austria Hilir dan Hulu dalam Empayar Austria.

Empayar Austria sunting

Pada tahun 1804, Maharaja Francis II dari Habsburg menggabungkan wilayah beliau dalam Empayar Suci Rom bersama-sama dengan Kerajaan Beraja Hungary ke dalam Empayar Austria dalam tindak balas ke atas pengistiharan oleh Napoleon I akan Empayar Perancis; dua tahun kemudian Francis secara rasminya membubarkan Empayar Suci Rom. Archduchy Austria terus wujud sebagai sebuah komponen tanah takhta (Kronland) dalam empayar, walau bagaimanapun ia dibahagikan menjadi Austria Hulu dan Hilir atas beberapa alasan. Gelaran archduke terus digunakan oleh para anggota keluarga maharaja dan gelaran archduchy secara rasminya dibubarkan pada tahun 1918 dengan kejatuhan Austria-Hungary dan penubuhan negeri-negeri persekutuan di Austria Hulu dan Hilir yang berasingan di dalam Republik Jerman Austria yang baru.

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Heinz-Dieter Heimann, Die Habsburger. Dynastie und Kaiserreiche. 2010. pp. 38–45. ISBN 3-406-44754-6

Templat:Austrian Circle