Vienna (Jerman: Wien [ʋiːn]) adalah ibu negara Austria, dan salah satu dari sembilan negeri-negeri Austria. Vienna adalah bandar utama Austria; dengan penduduk sekitar 1.7 juta (2.2 juta di dalam kawasan metropolitan), dan bandar terbesar di Austria dan juga pusat kebudayaan, perekonomian dan politik. Vienna terletak di timur Austria dan dekat dengan sempadan Republik Czech, Slovakia dan Hungary. Pada 2001, pusat bandar raya ini telah diwartakan sebagai salah satu Tapak Warisan Dunia UNESCO [1] dan dari segi kualiti hidup, bandar ini terletak di tempat ketiga [2].

Vienna
Wien
Mengikut arah jam: Muzium Kunsthistorisches, Dewan Bandar, Katedral St. Stephen, Vienna State Opera dan Bangunan Parlimen Austria
Bendera Vienna
Mohor rasmi Vienna
Jata Vienna
Country Austria
NegeriVienna
Kerajaan
 • Datuk bandarMichael Häupl (SPÖ)
 • Timbalan datuk bandar dan gabenorMaria Vassilakou (Grüne),
Renate Brauner (SPÖ);
Keluasan
 • Bandar Raya414.65 km2 (160.10 batu persegi)
 • Tanah395.26 km2 (152.61 batu persegi)
 • Air19.39 km2 (7.49 batu persegi)
Aras
151 (Lobau) – 542 (Hermannskogel) m (495–1,778 ft)
Penduduk
 (2014)
 • Bandar Raya1,793,667
 • Kepadatan4,002.2/km2 (10,366/batu persegi)
 • Metro
ca. 2,419,000
 • Ethnicity
61.2% Austria
38.8% Lain
 Statistik Austria,
DemonimViennese, Wiener
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
Pendaftaran kenderaanW
Laman sesawangwww.wien.gv.at

Selain dikenali sebagai Bandar Muzik[3] kerana legasi muzikalnya, Vienna juga dikatakan sebagai "Bandar Impian" kerana ia merupakan tempat halaman kepada penganalisis psiko pertama dunia, Sigmund Freud.[4] Bandar ini pada asalnya didiami oleh puak Celt dan Roman sebelum ia bertukar menjadi kota Zaman Pertengahan dan Baroque, serta menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary. Bandar ini menjadi terkenal kerana telah memainkan peranan penting sebagai pusat muzik terkemuka Eropah. Pusat bersejarah Vienna kaya dengan seni bina menarik termasuk istana-istana Baroque dan taman-taman.[5]

Pada 2005, Economist Intelligence Unit menyatakan Vienna pada kedudukan pertama (seri bersama Vancouver, Kanada) bandar-bandar yang paling sesuai didiami di dunia.[6][7] Bandar ini kedudukan pertama pada global kerana inovasi kebudayannya pada tahun 2007 dan 2008, dan pada tempat kelima global (daripada 256 bandar) mengikut Indeks Inovasi Bandar.[8] Vienna juga menjadi hos persidangan perancangan bandar.[9] Di antara tahun 2005 dan 2010, Vienna menjadi bandar nombor satu di dunia mengikut destinasi kongres antarabangsa dan konvensyen.[10] Ia juga berjaya menarik kira-kira lima juta pelancong setiap tahun.[11]

Nama sunting

Nama Inggeris Vienna ini sebenarnya dipinjam daripada perkataan Itali, Vienna. "Vienna" dan nama rasmi bahasa Jerman, Wien, kedua nama-nama bandar dalam kebanyakan bahasa dianggap berasal dari perkataan Celtic, "windo-", bermaksud terang atau adil. Sesetengah pihak menyatakan nama ini berasal dari perkataan Vedunia, bermaksud "aliran hutan," yang kemudiannya menjadi Venia, Wienne and Wien. Sesetengah pihak lagi menyatakan nama ini berasal dari nama Celtic, Vindobona (Celtic "windo-bona"), yang bermaksud "kubu putih", dan kemudian menjadi Vindovina, Vídeň (Czech) dan Wien.[12]

Nama bandar ini dalam bahasa Hungary (Bécs), Serbia, Croatia dan Bosnia (Beč) dan juga Turki Uthmaniyyah (Beç) kelihatan berbeza, [ia mungkin merujuk kepada kubu Avar di sekitar kawasan itu .[13] Dalam bahasa Slovene, bandar ini dipanggil Dunaj, yang bermaksud Danube, yang terletak di lokasi berhampiran bandar ini.

Sejarah sunting

 
Pertempuran Vienna yang berlaku di antara tentera Uthmaniyyah dan tentera Habsburg pada tahun 1683.
 
Orang ramai bersorak menerima kehadiran tentera Nazi di Vienna.
 
Zon pendudukan Vienna, 1945–55

Vienna mula didiami sejak 500 SM, ketika tapak Vienna dan Sungai Danube "diselenggarakan" oleh puak Celt. Pada 15 SM, puak Rom memanggil bandar ini dengan nama Vindobona untuk mengawasi empayar ini daripada suku-suku Germanik di utara.

Pada tahun 1145, Duke Henry II Jasomirgott membawa keluarga Babenberg berpindah dari Klosterneuburg ke Vienna. Sejak itu, Vienna menjadi pusat kepada dinasti Babenberg.[14] Pada 1440, Vienna menjadi bandar utama untuk kerabat diraja Habsburg. Vienna semakin berkembang dan akhirnya menjadi ibu negara de facto Empayar Suci Rom (1483–1806) dan juga merupakan sebuah pusat budaya seni, muzik dan sains. Hungary menduduki bandar ini di antara tahun 1485–1490.

Pada abad ke-16 dan ke-17, tentera Uthmaniyyah berperang di kota ini sebanyak dua kali (pada tahun 1529 dan 1683). Wabak besar melanda Vienna pada tahun 1679, dan membunuh hampir satu pertiga daripada populasinya.[15]

Pada tahun 1804, ketika tercetusnya Perang Napoleon, Vienna menjadi ibu negara Empayar Austria dan meneruskan untuk mejadi kuasa Eropah dan dunia politik termasuk menjadi hos dalam Kongres Vienna pada tahun 1814. Selepas Kompromi Austria-Hungary 1867, Vienna kekal menjadi ibu negara Empayar Austria-Hungary. Bandar ini kemudian menjadi pusat muzik klasikal dan melahirkan beberapa tokoh muzik ternama.

Pada tahun 1918, sekepas berakhirnya Perang Dunia Pertama, Vienna menjadi ibu negara Republik Jerman-Austria, dan kemudian pada tahun 1919, Vienna menjadi ibu negara Republik Pertama Austria.

Dari abad ke-19 sehingga 1938, Vienna menjadi bandar yang mempunyai kebudayaan yang tinggi serta melaksanakan modenisme. Pada tahun 1913, Adolf Hitler, Leon Trotsky, Joseph Tito, Sigmund Freud dan Joseph Stalin hidup dalam beberapa batu antara satu sama lain di tengah-tengah Vienna, dan sebahagian daripada mereka menjadi pelanggan tetap di sama kedai kopi Vienna.[16] Di Austria, Vienna menjadi pusat sosialis politik dan bandar ini menjadi medan pertempuran Perang Saudara Austria pada tahun 1934, ketika Canselor Engelbert Dollfuss merampas kuasa.

Pada tahun 1938, pemimpin Nazi kelahiran Austria, Adolf Hitler berucap kepada etnik Austria Jerman dari balkoni Istana Imperial Hofburg. Di antara tahun 1938 (selepas Anschluss) dan penghujung Perang Dunia Kedua, Vienna kehilangan status ibu negaranya selepas Austria sebahagian daripada Jerman Nazi dan status ibu negara diberikan kepada bandar Berlin. Vienna bukan lagi ibu negara sehingga 1955 apabila Austria menerima kedaulatan penuh.

Pada 2 April 1945, tentera Soviet melancarkan serangan ke atas Jerman yang memegang bandar ini. Pasukan tentera udara British dan Amerika segera mengebom kedudukan Jerman di Vienna dan mengakibatkan kerosakan banyak harta benda awam serta bangunan-bangunan. Vienna jatuh sebelas hari kemudian. Austria keluar dari Jerman dan Vienna menjadi ibu negara semula tetapi Soviet memegang bandar ini sehingga 1955.

Selepas perang, Vienna sebahagian daripada pendudukan Soviet ke atas Timur Austria sehingga September 1945. Sama seperti Berlin, Vienna pada September 1945 dibahagikan kepada empat kuasa - iaitu AS, UK, Peranics dan Soviet. Empat kuasa besar menduduki Vienna dan pendudukan itu sama sahaja seperti di Berlin.

Soviet meletakkan pagar kawat berduri di sekeliling perimeter Berlin Barat pada tahun 1953, tetapi tidak di Vienna. Pada tahun 1955, Soviet menandatangani Perjanjian Negeri, bersetuju untuk melepaskan zon pendudukan mereka di Timur Austria serta sektor mereka di Vienna. Dalam pertukaran mereka yang dikehendaki, Austria mengisytiharkan berkecuali selama-lamanya selepas Pihak Bersekutu telah meninggalkan negara ini. Oleh itu, mereka memastikan bahawa Austria tidak akan menjadi ahli NATO.

Empat kuasa besar itu mengawal Vienna sehingga mereka menandatangani Perjanjian Negeri Austria yang ditandatangani pada Mei 1955. Sejak itu, Rumah Opera dan Burgtheater dibuka semula kepada awam. Kesatuan Soviet menandatangani Perjanjian Negeri hanya setelah diberi jaminan politik oleh kerajaan persekutuan untuk mengisytiharkan perkecualian Austria selepas pengunduran tentera bersekutu. Undang-undang berkecuali ini diluluskan pada Oktober 1955, dengan janji Austria tidak akan menyertai NATO serta Blok Komunis, dan ia salah satu alasan mengapa Austria lewat menyertai Kesatuan Eropah.

Kini, Vienna menjadi bandar global dengan banyak pejabat-pejabat dibuka di sini antaranya Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Bangsa-Bangsa Bersatu, Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Vienna dan Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Jenayah dan Dadah), Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum, dan juga Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama Eropah.

Geografi sunting

Vienna terletak di timur laut Austria, dan terletak di sambungan timur Alps. Julat ketinggian di Vienna ialah 151 hingga 524 m (495 hingga 1,719 ka). Bandar ini mempunyai musim panas yang teramat panas dan suhu purata yang tinggi sehingga 24 hingga 33 °C (75 hingga 91 °F) dan suhu maksimumnya mampu mencecah 38 °C (100 °F) dan paling rendah sekitar 15 °C (59 °F). Musim sejuk di bandar ini agak sejuk dengan suhu purata pada titik pembekuan. Musim bunga dan musim luruh adalah ringan. Secara puratanya 620 mm (24.4 in). Salji pada musim sejuk yang sering melanda Vienna berbanding kawasan-kawasan Barat dan Selatan Austria.

Iklim sunting

Data iklim untuk Vienna (Hohe Warte)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Rekod tinggi suhu, °C (°F) 16.7
(62.1)
19.1
(66.4)
25.5
(77.9)
27.8
(82.0)
30.7
(87.3)
35.9
(96.6)
36.0
(96.8)
37.0
(98.6)
31.1
(88.0)
26.4
(79.5)
20.8
(69.4)
16.1
(61.0)
37.0
(98.6)
Purata maksimum suhu harian, °C (°F) 2.9
(37.2)
5.1
(41.2)
10.3
(50.5)
15.2
(59.4)
20.5
(68.9)
23.4
(74.1)
25.6
(78.1)
25.4
(77.7)
20.3
(68.5)
14.2
(57.6)
7.5
(45.5)
4.0
(39.2)
14.5
(58.1)
Purata suhu harian, °C (°F) 0.1
(32.2)
1.6
(34.9)
5.7
(42.3)
10.0
(50.0)
15.2
(59.4)
18.2
(64.8)
20.2
(68.4)
19.8
(67.6)
15.3
(59.5)
9.9
(49.8)
4.6
(40.3)
1.5
(34.7)
10.2
(50.4)
Purata minimum suhu harian, °C (°F) −2.0
(28.4)
−0.9
(30.4)
2.4
(36.3)
5.8
(42.4)
10.5
(50.9)
13.5
(56.3)
15.4
(59.7)
15.3
(59.5)
11.7
(53.1)
7.0
(44.6)
2.4
(36.3)
−0.5
(31.1)
6.7
(44.1)
Rekod rendah suhu, °C (°F) −18.9
(−2.0)
−17.2
(1.0)
−15.3
(4.5)
−2.7
(27.1)
1.0
(33.8)
4.8
(40.6)
8.4
(47.1)
7.0
(44.6)
3.1
(37.6)
−4.5
(23.9)
−9.6
(14.7)
−18.1
(−0.6)
−18.9
(−2.0)
Purata kerpasan, mm (inci) 37.2
(1.46)
39.4
(1.55)
46.1
(1.81)
51.7
(2.04)
61.8
(2.43)
70.2
(2.76)
68.2
(2.69)
57.8
(2.28)
53.5
(2.11)
40.0
(1.57)
50.0
(1.97)
44.4
(1.75)
620.3
(24.42)
Purata curahan salji, cm (inci) 18.6
(7.3)
15.6
(6.1)
8.3
(3.3)
1.5
(0.6)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
0.0
(0.0)
7.9
(3.1)
16.4
(6.5)
68.3
(26.9)
Purata bilangan hari kerpasan (≥ 1.0 mm) 7.3 7.6 8.3 7.5 8.5 9.1 9.0 8.0 7.0 6.0 8.3 8.2 94.8
Purata bilangan hari salji (≥ 1.0 cm) 13.9 10.0 4.0 0.4 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 0.0 2.7 8.3 39.3
Purata bulanan jangka masa sinaran matahari 60.9 90.1 131.5 173.8 228.0 222.8 241.8 239.2 167.6 131.2 65.5 52.0 1,804.4
Sumber: Pusat Institut untuk Meteorologi dan Geodinamik

Politik sunting

 
Bangunan Parlimen Austria di Vienna.

20 tahun sebelum tercetusnya Perang Dunia Pertama dan sehingga 1918, politik Vienna telah dibentuk oleh Parti Sosial Kristian. Vienna kini dianggap sebagai pusat Parti Demokratik Sosial. Ketika era Republik Pertama (1918-1938), demokrat sosial mengambil alih dan banyak membuat perubahan. Pada masa itu, Vienna dikagumi oleh seluruh Sosialis di Eropah dan sering dirujuk kepada "Vienna Merah" (Rotes Wien). Pada Februari 1934, tentera kerajaan persekutuan Austria di bawah Engelbert Dollfuss, telah menutup ruang pertama parlimen persekutuan ataupun Nationalrat. Pada tahun 1933, tercetusnya perang saudara dan menyebabkan larangan Parti Demokratik Sosial.

Bandar ini ditadbir oleh Parti Demokratik Sosial (SPÖ) dengan majoriti mutlak di parlimen. Di antara tahun 1934 dan 1945, ketika Parti Demokratik Sosial telah diharamkan, datuk bandar dilantik oleh fasis Austria dan kemudian oleh pihak berkuasa Nazi. Datuk bandar Vienna kini ialah Michael Häupl dari parti SPÖ. Oleh kerana kawasan luar bandar Austria dikuasai oleh rakyat konservatif dan jika Demokrat Sosial tidak mengekalkan kedudukannya di Vienna, Parti Rakyat Austria (ÖVP) akan dominan politik Austria.

Sejak Vienna diperoleh sebagai status negeri persekutuan (Bundesland) mengikut perlembagaan persekutuan 1920, datuk bandar (kecuali pada tahun 1934–1945) memegang fungsi ketua negeri (Landeshauptmann). Pada pemilihan raya Majlis Bandar 1996, SPÖ tewas pada majoriti dengan hanya memenangi 43 daripada 100 kerusi dan hanya menerima 39.15% undian. Pada 1996, Parti Kebebasan Austria (FPÖ), memenangi 29 kerusi (meningkat daripada 21 kerusi pada 1991), menewaskan ÖVP untuk naik ke tempat ketiga pada kali kedua. Dari 1996-2001, SPÖ bergabung dengan parti ÖVP. Pada 2001, SPÖ menerima majoriti dengan memenangi 52 kerusi serta menerima 46.91% undian. Pada pemilihan raya 2010, SPÖ kalah pada majoriti sekali lagi dan seterusnya menjalinkan pakatan dengan Parti Hijau – ini kali pertama pakatan SPÖ/Hijau di Austria.[17]

Demografi sunting

Disebabkan perindustrian dan pemindahan daripada negara lain ke Empayar Austria, populasi Vienna meningkat dengan ketara selepas kota ini diisytiharkan sebagai ibu negara Austria-Hungary (1867–1918). Pada tahun 1910, Vienna mempunyai seramai dua juta penduduk dan merupakan bandar keempat teramai di Eropah selepas London, Paris dan Berlin.[18] Bermula abad ke-20, Vienna merupakan bandar kedua teramai penduduk Czech di dunia (seleapas Prague).[19] Ketika peningkatan populasi, sekitar satu daripada tiga penduduk Vienna merupakan orang Slav ataupun keturunan Hungary. Selepas Perang Dunia Pertama, kebanyakan orang Czech dan Hungary pulang ke negara asalnya semula dan menunjukkan penurunan semula penduduk Vienna. Selepas Perang Dunia Kedua, tentera Soviet memaksa pekerja Czech, Slovak dan Hungary untuk pulang ke negara asalnya semula.

Di bawah rejim Nazi, seramai 65,000 orang Yahudi dihantar pulang dan dibunuh oleh tentera Nazi manakala 130,000 orang Yahudi melarikan diri.[20]

Pada tahun 2001, 16% daripada penduduk di Austria merupakan kewarganegaraan luar selain Austria, separuh daripada itu ialah pendatang dari bekas negara Yugoslavia;[21][22] bangsa kedua pula yang menetap di Vienna ialah orang Turki (39,000; 2.5%), Poland (13,600; 0.9%) dan Jerman (12,700; 0.8%).

Pada 2012, laporan rasmi yang dibuat oleh Statistik Austria menunjukkan lebih daripada 660,000 (38.8%) penduduk Vienna berlatar belakang dari negara Republik Czech, Slovakia, Hungary, bekas-Yugoslavia, Turki dan Jerman.[23][24] Dari tahun 2002 sehingga 2012, populasi bandar ini meningkat sebanyak sepuluh peratus.[25] Pada 2012, bandar ini meningkan dengan mendadak seramai 25,000 orang, membuatkan ia bandar yang cepat berkembang dalam negara berbahasa Jerman.[26]

Daerah sunting

Pusat Bersejarah Vienna
  Tapak Warisan Dunia UNESCO
 
Maklumat am
Nama asliWien
Nama rasmiWien  
Inskripsi2001 (sesi )
Keluasan414.78 km2 (4.4647×109 ka2)
Laman sesawang
https://www.wien.gv.at/  
Maklumat lokasi
LokasiAustria, Allied-occupied Austria, Jerman Nazi, Persekutuan Austria, Republik Austria Pertama, Republik Austria Jerman, Austria-Hungary, Empayar Austria, Austria  
Koordinat48°12′30″N 16°22′21″E / 48.2083°N 16.3725°E / 48.2083; 16.3725
 
 
Vienna (Bumi)
 
sunting · sunting di Wikidata
 
Lihat pendokumenan templat ini

Vienna mempunyai 23 wilayah (Bezirke). Pejabat daerah di Vienna (dipanggil Magistratische Bezirksämter) berkhidmat fungsi yang sama dengan negeri-negeri yang lain di Austria (dipanggil Bezirkshauptmannschaften), pegawai-pegawai daerah tertakluk kepada Landeshauptmann (datuk bandar); dengan pengecualian polis, polis di Vienna ditadbir oleh Presiden Polis, sebuah pejabat persekutuan yang menerima arahan Menteri Dalam Negeri.

Sebahagian besar pusat bersejarah Vienna pada hari ini merupakan jasa Innere Stadt, merupakan sebuah kubu yang dikelilingi oleh sawah untuk menghalang daripada serangan luar. Pada 1850, Vienna menjadi wilayah besar apabila 34 kampung dilampirkan ke dalam wilayah Vienna.[27]

Di Vienna, banyak bangunan-bangunan awam, kerajanan, monumen, tugu dan taman yang dibina pada awal abad ke-20. Bangunan-bangunan itu termasuklah Rathaus (dewan bandar), Burgtheater, Universiti Vienna, Parlimen Austria, muzium sejarah semula jadi dan seni halus dan juga tidak ketinggalan, Staatsoper. Hofburg juga terletak di Vienna yang merupakan bekas istana empayar. Stephansdom pula terletak di pusat bandar, pada Stephansplatz.

Dari tahun 1850 sehingga 1904, Vienna menjadi sebuah kota berkembang yang terletak di sebelah kanan sungai Danube. Pada 15 Oktober 1938, berikutan tentera Nazi mengasaskan Vienna Raya yang mempunyai 26 daerah dan 97 pekan da kampung dimasukkan ke dalam Vienna, 80 yang lain dikembalikan kepada wilayah Niederösterreich pada tahun 1954.[28] Sejak itu, Vienna hanya mempunyai 23 daerah. Perindustrian selalunya terletak di lokasi selatan dan timur daerah. Innere Stadt terletak berdekatan dengan angin sejuk dari Danube. Selepas menyeberangi Danube, kita akan menjumpai Pusat Antarabangsa Vienna yang terletak di situ.

Agama sunting

 
Katedral St. Stephen.

Mengikut bancian 2001, 49.2% penduduk Vienna penganut Gereja Roman Katolik, 25.7% tiada agama, 7.8% merupakan Islam, 6.0% mengikut mazhab Ortodoks, 4.7% Protestan (selebihnya Lutheran), 0.5% penganut Yahudi dan 6.3% ialah populasi Vienna yang memeluk pelbagai agama. Pada tahun 2011, bancian agama di Vienna telah berubah dengan berikut:[29]

  • 41.3 % Roman Katolik
  • 31.6 % tiada agama
  • 11.6% Muslim, 13-14% pada 2015
  • 8.4% Ortodoks
  • 4.2% Protestan
  • 2.9% lain-lain

Kebanyakan gereja Roman Katolik di tengah Vienna mempunyai persembahan ciri muzik agama atau lain termasuk ramai menyanyikan muzik klasik dan organ. Bangunan bersejarah Roman Katolik Vienna termasuklah Katedral St. Stephen (Stephansdom), Karlskirche, Peterskirche dan Votivkirche. Pemeluk agama Roman Katolik jatuh dengan mendadak sejak 50 tahun dahulu, dari 90% pada 1961 sehingga 39.8% pada 2010.[30]

Budaya sunting

Muzik, teater dan opera sunting

Muzik merupakan salah satu legasi di Vienna. Ahli muzik ternama termasuklah Wolfgang Amadeus Mozart, Joseph Haydn, Ludwig van Beethoven, Franz Schubert, Johannes Brahms, Gustav Mahler, Robert Stolz dan Arnold Schoenberg bekerja di sini.

 
Ludwig van Beethoven mengatakan beliau amat menyukai Vienna sehinggakan beliau ingin mati dan disemadikan di Vienna.

Seni dan budaya antara tradisi lama di Vienna termasuklah teater, opera, muzik klasik dan seni. Burgtheater merupakan salah satu tempat teater terbaik di dunia Jerman bersama Akademietheater. Volkstheater Wien dan Theater in der Josefstadt juga menikmati reputasi terbaik.

Vienna juga merupakan tempat kepada beberapa rumah opera termasuk Theater an der Wien, Staatsoper dan Volksoper. Konsert klasik dipersembahkan di konsert terkenal dunia seperti Wiener Musikverein. Orkestra pula dikenali serata dunia dengan konsert setahun sekali iaitu "Konsert Hari Tahun Baru", dan juga Wiener Konzerthaus. Banyak tempat-tempat konsert menawarkan konsert yang bertujuan untuk pelancong, yang memaparkan hasil muzik oleh Wolfgang Amadeus Mozart dan juga ayah dan anak Johann Strauss.

Sejak 2012, Theater an der Wien telah diambil oleh Wiener Kammeroper, sebuah teater kecil sejarah di daerah Vienna dengan mempunyai 300 tempat duduk penonton, menjadikannya tempat kedua produksi bersaiz lebih kecil di Vienna. Sebelum tahun 2005, muzik paling berjaya setakat itu ialah "Elisabeth", dan kemudian lagu itu diterjemahkan kepada beberapa bahasa serta dipersembahkan ke seluruh dunia. Wiener Taschenoper merupakan pentas muzik pada abad ke-20 dan 21. Haus der Musik ("rumah muzik") dibuka pada tahun 2001. Pada tahun 1981, kumpulan romantik British, Ultravox memberi penghormatan kepada Vienna pada album dan rakaman video muzik yang dipanggil "Vienna".

Vienna's English Theatre (VET) merupakan teater Inggeris di Vienna. Ia dibuka pada tahun 1963 yang terletak di daerah ke-8 Vienna. Teater ini merupakan teater tertua Inggeris di luar UK di Eropah. Pada Mei 2015, Vienna bakal menganjurkan Eurovision Song Contest berikutan kejayaan Austria pada edisi 2014.

Ahli muzik ternama yang dilahirkan di Vienna termasuklah Franz Schubert, Johann Strauss I, Johann Strauss II, Arnold Schönberg, Fritz Kreisler, Alban Berg, Anton Webern, Louie Austen, Falco dan Joe Zawinul.

Ahli muzik terkenal dari Jerman dan Austria ialah Johann Joseph Fux, Joseph Haydn, Wolfgang Amadeus Mozart, Ludwig van Beethoven, Antonio Salieri, Carl Czerny, Johann Nepomuk Hummel, Franz Liszt, Franz von Suppé, Anton Bruckner, Johannes Brahms, Gustav Mahler dan Rainhard Fendrich.

Masakan sunting

 
Sachertorte

Vienna terkenal dengan makanan Wiener Schnitzel, satu potongan daging daripada anak lembu (Kalbs Schnitzel) atau daging babi (Schweins Schnitzel) yang ditumbuk rata, bersalut tepung, telur dan serbuk roti dan goreng dalam mentega. Ia boleh didapati hampir setiap restoran yang menyajikan masakan Vienna dan boleh dimakan panas atau sejuk. Contoh lain termasuk masakan Vienna Tafelspitz (daging lembu yang dikukus), dan ia juga disajikan secara tradisi dengan Geröstete Erdäpfel (kentang rebus dan seterusnya goreng) dan sos lobak pedas, Apfelkren (campuran lobak pedas berkrim, epal) dan Schnittlauchsauce.

Vienna mempunyai tradisi yang panjang menghasilkan kek terbaik dan pencuci mulut. Ini termasuk Apfelstrudel (epal strudel panas), Milchrahmstrudel (susu berkrim strudel), Palatschinken (penkek manis) danKnödel (dumpling). Sachertorte, kek coklat lembap halus dengan jem aprikot dicipta oleh Sacher Hotel, salah satu pencuci mulut terkenal. Pada musim sejuk, gerai-gerai kecil akan menjual buah berangan (yang diberi nama Maroni) dan kentang goreng.

Sosej sangat popular dan boleh didapati dari penjual tepi jalan (Würstelstand) dari siang hari hingga ke malam. Sosej dikenali sebagai Wiener di AS dan Jerman manakala di Vienna sosej popular itu disebut Burenwurst (daging lembu kasar bersama sosej daging khinzir, lazimnya rebus), Käsekrainer (daging khinzir bersama ketulan kecil keju), dan Bratwurst (sosej khinzir putih). Sosej ini juga boleh dimakan bersama "mit Brot" (roti) ataupun "hot dog". Sosej amat terkenal di Vienna begitu juga di Austria kerana negara ini merupakan sempadan Jerman serta menerima pengaruh budaya yang kuat. Kebab, piza dan mi juga dijual dari gerai makanan.

Pengangkutan sunting

 
Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna, lapangan terbang utama Austria.

Vienna mempunyai rangkaian pengangkutan yang luas dengan sistem tambang bersepadu yang mengintegrasikan perbandaran, bandar serantau dan sistem keretapi bawah tanah, Verkehrsverbund Ost-Region (VOR). Pengangkutan awam disediakan oleh bas, trem dan 5 laluan metro bawah tanah (U-Bahn). Sistem kereta api pula dikawal ÖBB.

Vienna mempunyai sambungan pelbagai jalan termasuk lebuh raya. Vienna juga menyediakan Lapangan Terbang Antarabangsa Vienna yang terletak di tenggara pusat bandar dan berhampiran bandar Schwechat.

Sukan sunting

 
Ernst-Happel-Stadion, pernah menjadi hos Euro 2008.

Austria merupakan tempat kepada beberapa kelab bola sepak. Antaranya kelab bola sepak terkenal Austria, FK Austria Wien (21 gelaran Bundesliga Austria dan 27 rekod menjuarai piala Austria), SK Rapid Wien (rekod 32 gelaran Bundesliga Austria), dan kelab tertua, First Vienna FC. Selain itu, kelab ragbi Raiffeisen Vikings Vienna juga menjuarai gelaran Eurobowl antara tahun 2004 dan 2007 iaitu sebanyak empat kali berturut-turut. Aon hotVolleys Vienna, merupakan salah satu pasukan bola tampar hebat, Vienna Wanderers (besbol) pernah memenangi Kejohanan Liga Besbol Austria pada tahun 2012 dan 2013. Vienna juga mempunyai satu kelab hoki ais iaitu Vienna Capitals. Persekutuan Bola Baling Eropah (EHF) juga didirikan di Austria.

Vienna menganjurkan banyak acara sukan yang berlainan termasuk Maraton Vienna yang berjaya menarik 10,000 pelumba setiap tahun dan biasanya acara itu berlangsung pada bulan Mei. Pada tahun 2005, Kejohanan Dunia Hoki Ais mengambil tempat di Austria dan perlawanan akhir diadakan di Vienna. Stadium bola sepak Vienna, Stadium Ernst Happel pernah menganjurkan perlawanan akhir Euro 2008 yang dapat menyaksikan Sepanyol menewaskan Jerman 1-0. Kejohanan tenis, Terbuka Vienna diadakan di bandar ini sejak 1974.

Tarikan pelancong sunting

Tarikan utama pelancong termasuklah Hofburg dan Schönbrunn (juga tempat kepada zoo tertua dunia, Tiergarten Schönbrunn) dan Riesenrad di Prater. Lokasi menarik yang dikunjungi pelancong ialah Burgtheater, Wiener Staatsoper dan aksi menarik Vienna Boys' Choir,

Di Vienna terdapat lebih 100 muzium seni dan berjaya menarik pelancong luar seramai lapan juta pelancong setiap tahun.[31] Tempat popuar di kalangan pelancong ialah Albertina, Belvedere, Muzium Leopold di Museumsquartier, KunstHausWien, BA-CA Kunstforum, Muzium Kunsthistorisches dan Muzium Naturhistorisches serta Technisches Museum Wien.[32]

Para pelancong juga berminat dengan para komposer luar yang tinggal di Vienna antaranya rumah kediaman Beethoven dan kuburnya di Zentralfriedhof (Central Cemetery), kubur terbesar Vienna dan tempat pengebumian ramai tokoh ternama. Mozart mempunyai kubur memorial di taman Habsburg dan kubur St. Marx. Pelancong juga berminat akan seni bina rekaan gereja Vienna, antaranya Katedral St. Stephen, Jesuitenkirche, Karlskirche, Peterskirche, Maria am Gestade, Minoritenkirche, theRuprechtskirche, Schottenkirche, St. Ulrich dan Votivkirche.

Bandar berkembar sunting

Bandar berkembar Vienna seperti berikut:

Rujukan sunting

  1. ^ "Historic Centre of Vienna". UNESCO.
  2. ^ "Vancouver is 'best place to live'". BBC. 4 Oktober 2005.
  3. ^ "Vienna – the City of Music – VIENNA – NOW OR NEVER". Wien.info. Dicapai pada 19 May 2012.
  4. ^ BBC Documentary – Vienna – The City of Dreams
  5. ^ "Historic Centre of Vienna". UNESCO World Heritage Centre. Dicapai pada 19 May 2012.
  6. ^ "Vancouver is 'best place to live'". BBC. 4 October 2005.
  7. ^ "Liveability Ranking Report August 2012". Economist Intelligence Unit. Dicapai pada 2 December 2011.
  8. ^ "2thinknow Innovation Cities Global 256 Index – worldwide innovation city rankings: Innovation Cities Program". Innovation-cities.com. 30 July 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-04-09. Dicapai pada 3 January 2011.
  9. ^ "Vienna knows how". wieninternational.at. 15 April 2010. Dicapai pada 3 January 2011.
  10. ^ "Vienna is the world's number one congress destination". wieninternational.at. 1 June 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-08-21. Dicapai pada 15 October 2011.
  11. ^ "Tourism Statistics – Arrivals in Vienna by countries of origin". wien.gv.at. 11 October 2011. Dicapai pada 15 October 2011.
  12. ^ "Wien International website: History". Wieninternational.at. 15 May 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-27. Dicapai pada 13 June 2010.
  13. ^   Chisholm, Hugh, penyunting (1911). "Vienna". Encyclopædia Britannica (dalam bahasa Inggeris). 28 (ed. ke-11). Cambridge University Press. m/s. 52.
  14. ^ Lingelbach, William E. (1913). The History of Nations: Austria-Hungary. New York: P. F. Collier & Son Company. m/s. 91–92. ASIN B000L3E368.
  15. ^ Spielman, John Philip (1993). The city & the crown: Vienna and the imperial court, 1600–1740. West Lafayette, Indiana: Purdue University Press. m/s. 141. ISBN 1-55753-021-1.
  16. ^ "1913: When Hitler, Trotsky, Tito, Freud and Stalin all lived in the same place". BBC News. 18 April 2013. Dicapai pada 11 November 2013.
  17. ^ "Pakt unterzeichnet: Rot-Grün in Wien nun offiziell – news.ORF.at". Orf.at. 15 November 2010. Dicapai pada 3 January 2011.
  18. ^ Porter, Darwin; Prince, Danforth (2009). Frommer's Vienna & the Danube Valley. John Wiley & Sons. m/s. 16.
  19. ^ "Czech and Slovak roots in Vienna". Wieninternational.at. Dicapai pada 19 May 2012.
  20. ^ "Vienna". Jewishvirtuallibrary.org. Dicapai pada 19 May 2012.
  21. ^ "Bevölkerung 2001 nach Umgangssprache, Staatsangehörigkeit und Geburtsland" (PDF). Dicapai pada 19 May 2012.
  22. ^ "Beč: Božić na gastarbajterski način | Evropa | Deutsche Welle | 07.01.2010". Dw-world.de. Dicapai pada 22 January 2010.
  23. ^ name="statistik.at"
  24. ^ name="wien.gv.at"
  25. ^ "Vienna in Figures". City of Vienna. 2012. Dicapai pada 12 October 2013.
  26. ^ "Developing strategies for Vienna 2025". City of Vienna. 2012. Dicapai pada 12 October 2013.
  27. ^ Felix Czeike: Historisches Lexikon Wien, volume 5, Kremayr & Scheriau, Vienna 1997, ISBN 3-218-00547-7, p. 289
  28. ^ name=vol5p290
  29. ^ http://diepresse.com/home/panorama/religion/3857289/Wien_Anteil-der-Katholiken-seit-1970ern-halbiert?_vl_backlink=/home/index.do
  30. ^ "Bis 2031 nur noch jeder Zweite katholisch". Diepresse.com. Dicapai pada 3 June 2011.
  31. ^ "Vienna in figures: Special Issue for the EU Presidency 2006" (PDF). City of Vienna. m/s. 10. Dicapai pada 23 September 2011.
  32. ^ "Top 30 Sights, Museums, Exhibition Halls 2005" (xls). Vienna Tourist Board.
  33. ^ "Partner (Twin) towns of Bratislava". Bratislava-City.sk. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 July 2013. Dicapai pada 5 August 2013.
  34. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-06. Dicapai pada 2015-02-17.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)
  35. ^ "Intercity and International Cooperation of the City of Zagreb". 2006–2009 City of Zagreb. Dicapai pada 23 June 2009.