Agensi Tenaga Atom Antarabangsa

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) telah ditubuhkan sebagai sebuah pertubuhan berautonomi pada 29 Julai 1957. Pertubuhan ini bertujuan mempromosikan penggunaan secara aman tenaga nuklear dan meneruskan usaha melarang penggunaan tenaga nuklear bagi tujuan ketenteraan. Presiden Amerika Syarikat, Dwight D. Eisenhower dalam ucapannya ketika Perhimpunan Agung PBB tahun 1953, berkata penciptaan pertubuhan ini dapat mengawal dan membangunkan tenaga atom. Pertubuhan ini dan Ketua Pengarahnya, Mohamed ElBaradei, dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel pada 7 Oktober 2005.

Agensi Tenaga Atom Antarabangsa
Emblem of the United Nations.svg
Flag of IAEA.svg
Pembentukan1957
Status perundanganAktif
Ibu pejabatVienna, Austria
KetuaYukiya Amano (kini)
Laman web rasmi[www.iaea.org iaea.org]

Pihak media sering merujuk IAEA sebagai "Badan Pengawas Nuklear PBB".

IAEA berpusat di Vienna, Austria. Dua "Pejabat Keselamatan Serantau" terletak di Toronto, Kanada; dan Tokyo, Jepun. IAEA mempunyai dua pejabat lain, satu terletak di New York, AS; dan satu terletak di Geneva, Switzerland. Tambahan pula, IAEA mempunyai makmal-makmal di Seibersdorf dan Vienna, Austria; Monaco; dan Trieste, Itali.

SejarahSunting

IAEA berkhidmat sebagai forum inter-kerajaan bagi kerjasama saintifik dan teknikal dalam penggunaan secara aman teknologi nuklear di seluruh dunia. Program-program IAEA menggalakkan pembangunan aplikasi teknologi nuklear, pengawalan antarabangsa bagi penyalahgunaan teknologi ini dan menyediakan langkah-langkah keselamatan semasa penggunaan teknologi ini. IAEA menggembangkan lagi usaha-usaha keselamatan nuklear selepas berlakunya tragedi Chernobyl pada tahun 1986.

IAEA diketuai oleh Hans Blix dari tahun 1981 hingga 1997. Ketua Pengarah IAEA terkini ialah Mohamed ElBaradei dari Mesir. Semasa Persidangan Agung yang ke-49, ElBaradei telah disahkan memegang jawatan Ketua Pengarah sehingga tahun 2009.

MisiSunting

Agensi ini secara umumnya mempunyai tiga misi utama:[1]

  • Mengalakkan penggunaan tenaga nuklear yang selamat dalam kalangan negara-negara anggotanya,
  • Mengenakan langkah keselamatan sebaai pengesahan bahawa tenaag nuklear tidak digunaakn untuk tujuan ketenteraan, serta,
  • Memaklumkan piawaian tinggi untuk keselamatan menggunakan tenaga tersebut.

KeahlianSunting

 
Ibupejabat IAEA sejak 1979, Vienna, Austria

Kebanyakan ahli-ahli PBB termasuk Kota Vatikan mmenganggotai agensi ini. Pihak yang tidak menyertai:

Negara-negara yang keluar daripada IAEA:

Negara-negara yang masih belum sahkan dokumen pengesahan mereka:

Entiti lain yang tidak diwakili di IAEA:

Ketua-Ketua PengarahSunting

Pautan luarSunting

  1. ^ "The IAEA Mission Statement". IAEA. Dicapai pada 29 January 2012.