Guinea, secara rasmi Republik Guinea (Perancis: République de Guinée), ialah sebuah negara di Afrika Barat yang dahulunya dikenali sebagai Guinea Perancis. Bentuk wilayah Guinea melengkung. Dengan pangkal di Lautan Atlantik, wilayah ini melengkung ke timur di kawasan pedalaman and berpaling ke selatan. Pangkalnya menyempadani Guinea-Bissau serta Senegal di utara, dan Mali di utara dan timur laut, manakala kawasan pedalamannya menyempadani Côte d'Ivoire di tenggara, Liberia di selatan, dan Sierra Leone di barat hujung selatannya. Guinea merangkumi sungai-sungai Niger, Senegal, dan Gambia.

Republik Guinea
République de Guinée
Republik ku Gine 𞤈𞤫𞤨𞤵𞤦𞤤𞤭𞤳 𞤦𞤵 𞤘𞤭𞤲𞤫
Jine ߖߌ߬ߣߍ߫
Bendera Guinea
Jata Guinea
Bendera Jata
Cogan kata"Travail, Justice, Solidarité"  (Perancis)
"Kerja, Keadilan, Perpaduan"
Lagu kebangsaan"Liberté"
Lokasi Guinea
Ibu negara
dan bandar terbesar
Conakry
Bahasa rasmiBahasa Perancis
Bahasa
vernakular
KerajaanRepublik
• Presiden
Mamady Doumbouya
Bah Oury
Badan perundanganAssemblée Nationale
Kemerdekaan
• Dari Perancis
2 Oktober 1958
Keluasan
• Jumlah
245,857 km2 (94,926 bt2) (ke-77)
• Perairan (%)
negligible
Populasi
• Perkiraan 2016
12,395,924[1] (ke-77)
• Bancian Penduduk 2014
11,523,261 orang[2]
40.9/km2 (105.9/sq mi)
KDNK (PPP)2020
• Jumlah
$26.451 bilion[3]
$2,390[3]
KDNK (nominal)2020
•  Jumlah
$9.183 bilion[3]
$818[3]
Gini (2012)33.7[4]
sederhana
HDI (2018) 0.466[5]
rendah · ke-174
Mata wangFranc Guinea
(GNF)
Zon waktuGMT
Kod panggilan224
Kod ISO 3166GN
DPT internet.gn

Nama Guinea digunakan untuk kawasan yang merangkumi kebanyakan pantai barat Afrika di selatan Gurun Sahara dan di utara Teluk Guinea. Nama ini berasal daripada bahasa Berber yang lebih kurang membawa pengertian 'tanah orang hitam'. Guinea bermakna "wanita/isteri" dalam bahasa Susu, salah satu bahasa yang paling banyak dituturkan di negara ini. Guinea kekadang dipanggil Guinea-Conakry untuk membezakannya dengan Guinea-Bissau yang berjiran (yang mempunyai ibu negara di Bissau).

Sejarah sunting

Kawasan yang kini dipanggil Guinea merupakan sebahagian daripada sebuah siri empayar yang bermula dengan "Empayar Ghana" pada sekitar tahun 900 Masihi. Ini disusuli oleh kemaharajaan Sosso pada abad ke-12 dan ke-13. Empayar Mali bangkit untuk berkuasa di kawasan ini selepas Pertempuran Kirina pada tahun 1235, dan menjadi makmur sehingga dilemahkan oleh masalah-masalah dalaman. Akhirnya, negeri-negerinya merampas kuasa pada abad ke-15. Salah sebuah negerinya yang utama, Songhai, kemudian menjadi Empayar Songhai, dan mengatasi pendahulu-pendahulunya dari segi kawasan dan kekayaan, tetapi ia juga menjadi mangsa kepada pertengkaran dalaman dan perang saudara, dan akhirnya digulingkan dalam Pertempuran Tondibi pada tahun 1591.

Kemudian, kawasan Guinea berpecah-belah sehingga sebuah negara Islam yang diasaskan pada abad ke-18 membawa sedikit kestabilan kepada kawasan ini. Lagi satu peristiwa yang penting ialah ketibaan orang-orang Muslim Fulani di kawasan tanah tinggi Fuuta Jalloo pada awal abad ke-18.

Orang-orang Eropah yang pertama datang ke kawasan ini pada zaman Penemuan-penemuan Portugis yang memulakan perdagangan abdi sejak dari abad ke-15. Guinea masa kini dicipta sebagai sebuah tanah jajahan oleh Perancis pada tahun 1890, dengan Noël Balley sebagai gabenor pertama dan Pulau Tombo sebagai ibu negaranya. Pada tahun 1895, negara ini digabungkan ke dalam Afrika Barat Perancis.

Pada 28 September 1958, di bawah arahan Charles de Gaulle, Perancis mengadakan sebuah pungutan suara tentang perlembagaan baru serta penubuhan Republik Kelima. Semua tanah jajahan (Algeria secara rasminya merupakan sebahagian Perancis dan bukannya sebuah tanah jajahan) diberikan pilihan antara kemerdekaan segera atau perlembagaan baru. Semua tanah jajahan kecuali Guinea mengundi untuk memilih perlembagaan baru. Oleh itu, Guinea menjadi tanah jajahan Afrika Perancis yang pertama untuk mencapai kemerdekaan pada kos kehilangan semua bantuan Perancis dengan serta-merta.

Selepas kemerdekaan, Guinea diperintah oleh diktator Ahmed Sékou Touré. Touré pada umumnya mengejar dasar-dasar ekonomi sosialisme dan menumpaskan tentangan-tentangan serta kebebasan bercakap, tanpa banyak mengambil berat tentang hak asasi manusia. Selepas kematiannya pada tahun 1984, Lansana Conté mengambil alih kuasa dan dengan segara, mengubah dasar-dasar ekonomi tetapi mengekalkan cengkaman kuasa yang ketat. Pilihan raya pertama diadakan pada tahun 1993, tetapi keputusannya serta keputusan pilihan-pilihan raya yang berikut dipertikaikan. Conté sering dikritik untuk keadaan ekonomi negara serta pendekatannya yang menindas terhadap penentang-penentang politiknya.

Menjelang tahun 2005, Guinea masih menghadapi banyak masalah, dan menurut Kumpulan Krisis Antarabangsa, Guinea mungkin akan menjadi sebuah negara gagal. Pada tahun 2006, dua mogok dimulakan oleh pekerja-pekerja bandar raya, tetapi kedua-duanya diselesaikan dengan pantas melalui pemberian gaji yang lebih lumayan. 10 orang pelajar dibunuh untuk mematahkan sebuah tunjuk perasaan dan mengakhiri pemberontakan kecil itu. Bagaimanpun, menjelang permulaan tahun 2007, persatuan-persatuan sekerja menyeru mogok-mogok baru untuk menentang kos sara hidup yang semakin meningkat, rasuah kerajaan, serta salah urusan ekonomi. Selepas lebih kurang dua minggu, mogok-mogok itu mengakibatkan sesetengah tunjuk perasaan yang terbesar dalam tempoh pemerintahan Conte.

Politik sunting

Pada 10 Januari 2007, mogok ketiga terjadi dan merangkumi pekerja-pekerja lombong serta pekerja-pekerja yang lain di seluruh negara. Walaupun kerajaan Conte menawarkan gaji yang lebih baik dan lain-lain, mogok berlanjutan kerana rakyatnya menghendaki lebih daripada cuma janji. Pada atau sekitar 18 Januari 2007, sekurang-kurang tiga orang ditembak mati oleh kakitangan kerajaan/tentera dan dengan itu, mengapi-apikan lagi pemberontakan. Dengan kesihatan Presiden Conte kini semakin merosot, keadaan kelihatan merupakan keakhiran rejimnya. Pengampunan yang diberi olehnya kepada dua orang jutawan Guinea yang telah dipenjarakan atas tuduhan rasuah juga mengapi-apikan pemberontakan. Adakah Guinea berupaya memerintah diri di dalam dunia moden ini masih diragui.

Semasa minggu kedua mogok yang memperlihatkan berdozen-dozen orang dibunuh atau dicederakan dalam tunjuk-tunjuk perasaan di setiap kawasan di negara, Presiden Conte banyak kali bertemu dengan ketua-ketua buruh. Dalam salah satu perjumpaan itu, beliau mengugut akan membunuh mereka. Pada hari Isnin, 22 Januari 2007, askar-askar beret merah di bawah kuasa pemerintahan Ousmane, anak lelaki Conte, menggeledah ibu pejabat mogok dan membelasah ketua-ketua persatuan sekerja (termasuk Setiausaha Agung CNTG, Hadja Rabiatou Serah Diallo). Selepas menangkap mereka, mereka ditahan selama 5 jam. Pada hari yang sama, melebihi sepuluh ribu orang berarak di jalan-jalan raya Conakry, dan sekurang-kurangnya 17 orang dibunuh dan 100 orang dicederakan oleh pihak polis.

Guinea hanya mempunyai dua presiden sejak kemerdekaan diisytiharkan pad 2 Oktober 1958. Lansana Conte menguasai negara ini pada tahun 1984 selepas kematian Sekou Toure. Conte dipilih secara rasmi pada tahun 1993, dan dipilih semula pada tahun 1998 dan 2003. Tetapi kesahan pilihan-pilihan raya itu telah dipertikaikan, kerana Conte mengawal kedudukannya dan tidak bertoleransi terhadap ahli-ahli politik yang berpotensi melawannya.

Daerah sunting

 
Peta Guinea
 
Imej satelit untuk Guinea yang dijanakan oleh data grafik raster yang dibekalkan oleh Koleksi Peta.

Guinea dibahagikan kepada tujuh kawasan pentadbiran yang dibahagikan lagi kepada 33 buah prefektur. Kawasan-kawasan pentadbirannya ialah Boké, Faranah, Kankan, Kindia, Labé, Mamou, Nzérékoré dan Conakry. Ibu negara Conakry merupakan zon khas.

Geografi sunting

Dengan 94,919 batu persegi (245,857 km²), Guinea adalah lebih kurang sama saiznya dengan United Kingdom, dan kecil sedikit daripada negeri Michigan atau Oregon di Amerika Syarikat. Guinea mempunyai 200 batu (320 km) garis pinggir laut, dan 2,112 batu (3,399 km) sempadan darat. Negara-negara yang menyempadani Guinea termasuk Côte d'Ivoire (Pantai Ivory), Guinea-Bissau, Liberia, Mali, Senegal, dan Sierra Leone. Guinea dibahagikan kepada tiga kawasan utama:

  • tanah pamah pada sepanjang pantai di timur;
  • gunung-ganang yang terbentang lebih kurang pada arah utara-selatan di sepanjang negara; dan
  • kawasan-kawasan hutan di selatan dan timur.

Gunung-ganang Guinea merupakan sumber untuk sungai-sungai Niger, Gambia, dan Senegal, serta banyak sungai yang mengalir ke laut di sebelah barat banjaran di Sierra Leone dan Pantai Ivory.

Titik tertinggi di Guinea ialah Mont Nimba pada 5,748 kaki (1,752 meter) tingginya. Walaupun bahagian-bahagian Nimba Massif di Guinea dan Pantai Ivory merupakan Simpanan Semula Jadi Tegas UNESCO, bahagian yang kononnya dipanggil Tulang Belakang Guinea terbentang masuk ke Liberia yang telah menjalankan pelombongan buat berdekad-dekad; kerosakan yang diakibatkan boleh dinampak di Bumi Google di 7.32.17 U dan 8.29.50 B.

Ekonomi sunting

Guinea mempunyai sumber-sumber galian, hidrokuasa, dan pertanian yang utama, tetapi masih merupakan sebuah negara belum membangun. Negara ini memiliki melebihi 30% daripada simpanan bauksit di dunia dan merupakan pengeluar bauksit yang kedua terbesar di dunia. Sektor pelombongan merupakan kira-kira 75% daripada eksportnya pada tahun 1999.

Pemajuan-pemajuan jangka panjang dalam penyusunan fiskal kerajaan, kenal huruf, serta rangka undang-undang diperlukan jika negara ini hendak keluar daripada kemiskinan. Pertempuran di sepanjang sempadan Sierra Leone dan Liberia serta pergerakan pelarian telah mengakibatkan gangguan ekonomi yang utama, dan memburukkan lagi keyakinan pelabur, dengan syarikat-syarikat pelombongan asing mengurangkan kakitangan ekspatriatnya. Pembelian cemas telah mengakibatkan kekurangan makanan dan inflasi, serta juga rusuhan-rusuhan di pasar-pasar tempatan.

Guinea tidak menerima sebarang bantuan berbilang hala. IMF dan Bank Dunia menghentikan kebanyakan bantuannya pada tahun 2003. Pertumbuhan naik sedikit pada tahun 2004, disebabkan sebahagian besar oleh permintaan sejagat dan harga-harga komoditi di pasaran-pasaran dunia. Sukarelawan-sukarelawan Pasukan Khidmat Bakti Amerika Syarikat terus bergiat di dalam negara miskin ini.

Pada September 2006, kerajaan Guinea memeterai sebuah kontrak kongsi pengeluaran (PSC) dengan sebuah syarikat cari gali Amerika Syarikat untuk menjelajah sumber-sumber petroleum luar pesisir. Penjelajahan selanjutnya terhadap ekaran penjelajahan dara masih dalam peringkat-peringkat perancangan yang amat awal. Tidak adanya sebarang kegiatan penjelajahan dilakukan sejak lewat tahun 2003.

Pada November 2006, Transparency Internasional, sebuah NGO Jerman, menempatkan Guinea sebagai negara yang dianggap paling korup di Afrika, serta salah satu negara yang paling korup di dunia, selepas Myanmar, Iraq dan Haiti. Di dalam sebuah persidangan mencegah rasuah di Guatemala, Réné Alsény Gomez, Menteri Kehakiman Guinea, mengisytiharkan bahawa Guinea telah mengambil tindakan kehakiman terhadap penyalahgunaan wang awam. Beliau juga memberitahu bahawa Fodé Soumah, bekas gabenor Bank Negara Guinea, telah didakwa atas tuduhan-tuduhan rasuah pada 16 November 2006. Huguette Labelle, presiden Transparency Internasional, memberikan tepukan kepada langkah-langkah ini.

Demografi sunting

Budaya sunting

Serupa dengan negara-negara Afrika Barat yang lain, Guinea mempunyai tradisi muzik yang kaya. Kumpulan Bembeya Jazz menjadi popular pada dekad 1960-an selepas kemerdekaan Guinea. Alpha Yaya Diallo, pemain gitar di Vancouver, berasal dari Guinea. Beliau menggabungkan irama dan melodi tradisional ke dalam gubahan-gubahannya dan dengan itu, telah memenangi dua Anugerah Juno.

Bahasa-bahasa sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "World Population Prospects: The 2017 Revision". ESA.UN.org (data tersuai diperlukan melalui tapak sesawang). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Bahagian Populasi. Dicapai pada 10 September 2017.
  2. ^ "Etat et Structure de la Population Recensement General de la Population et de l'habitation 2014" (PDF). Direction Nationale de la Statistique de Guinée. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 24 November 2019. Dicapai pada 27 March 2020.
  3. ^ a b c d "Guinea". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 18 April 2012.
  4. ^ "GINI index (World Bank estimate)". World Bank. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 January 2019. Dicapai pada 10 January 2019.
  5. ^ "Human Development Report 2019" (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 10 December 2019. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-04-30. Dicapai pada 10 December 2019.

Pautan luar sunting

Carilah Guinea dalam Wiktionary, kamus bebas.
Bahasa
  • Bahasa Wolof – tapak pendidikan mengenai bahasa Wolof, sebuah bahasa Senegal dan Guinea.
Berita Dalam Talian
Direktori
Gambaran keseluruhan
Kerajaan
Kesusasteraan
Muzik
Pelancongan