Lansana Conté (kira-kira 193422 Disember 2008[2]) merupakan Presiden Guinea dari 3 April 1984 hingga kematiannya. Beliau merupakan seorang Muslim dan berbangsa Susu.

Lansana Conté
Presiden Guinea
Dalam jawatan
5 April 1984 – 22 Disember 2008
Perdana MenteriDiarra Traoré
Sidya Touré
Lamine Sidimé
François Lonseny Fall
Cellou Dalein Diallo
Eugène Camara
Lansana Kouyaté
Ahmed Tidiane Souaré
Didahului olehLouis Lansana Beavogui (sementara)
Digantikan olehMoussa Dadis Camara
Butiran peribadi
Lahirkira-kira 1934
Dubréka, Guinea Perancis
Meninggal dunia22 Disember 2008
Parti politikPUP
PasanganBeberapa orang[1]

Kehidupan awal sunting

Lahir di Moussayah Loumbaya (Dubréka), seorang daripada suku kaum Susu,[3] beliau menganggarkan tarikh lahir sendiri pada tahun 1934, walaupun beliau tidak pernah mempunyai ketepatannya.[4] Conté menerima pendidikan di sebuah sekolah Qur'an tempatan dan juga sekolah rendah Dubréka. Selepas itu beliau mendapat dua pembelajaran di sekolah-sekolah penyediaan ketenteraan di Bingerville, Côte d'Ivoire dan Saint Louis, Senegal.

Perkhidmatan tentera dan kerajaan sunting

Pada tahun 1955, beliau memasuki Tentera Perancis dan dihantar ke Algeria semasa Peperangan Kemerdekaan Algeria pada tahun 1957. Selepas perkhidmatannya dalam Tentera Perancis, Conté pulang ke Guinea, yang memperolehi kemerdekaan daripada Perancis pada 2 Oktober 1958, dan diintegrasikan ke dalam tentera baru dengan jawatan sarjan. Pada tahun 1962, beliau belajar di sekolah pegawai Camp Alpha di Conakry. Tidak lama kemudian, beliau dialihkan ke pusat pelatihan artileri Batalion kedua di Kindia. Pada 1 Julai 1963, beliau dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Kedua. Dua tahun kemudian beliau dinaikkan lagi pangkat kepada Leftenan. Pada 22 November 1970, sekumpulan orang buangan Guinea menyerang negara ini dari Guinea Portugis (kini Guinea-Bissau) untuk menggulingkan kerajaan Presiden Ahmed Sékou Touré. Conté mengambil bahagian untuk mempertahankan ibu kota dan tentera kerajaan segera menumpaskan penyerangan ini. Atas perkhidmatannya kepada negara, beliau dinaikkan pangkat kepada Kapten pada 27 February 1971. Pada tahun 1973, beliau dilantik sebagai komander bagi zon operasi Boké (di Barat Laut Guinea) untuk membantu pergerakan gerila pro-kemerdekaan, Parti Afrika bagi Kemerdekaan Guinea dan Cape Verde (PAIGC) di Guinea Portugis yang di sebelah. Pada 10 Mei 1975, beliau dilantik sebagai penolong kanan Chief of Staff dalam tentera.

Pada tahun 1977, beliau merupakan ketua delegasi Guinea semasa perundingan yang menyelesaikan satu pertikaian sempadan dengan Guinea-Bissau dan dipilih ke dalam Dewan Negara pada tahun 1980. Selepas itu, beliau mengambil bahagian dalam penziarahan rasmi ke Makkah oleh Parti Demokratik Guinea (PDG) yang memerintah.

Sebagai Presiden sunting

Rampasan kuasa 1984 dan pemerintahan tentera sunting

President Ahmed Sékou Touré, Guinea's head of state since independence, died on 26 March 1984. Prime Minister Louis Lansana Beavogui acted as interim president. On 3 April, Conté led a military coup that toppled the government.

He denounced the Touré regime's human rights abuses and released 250 political prisoners. He also encouraged the return of approximately 200,000 Guineans from exile.

The country's constitution was immediately suspended after the takeover, along with the National Assembly, and political activity was banned. A 25-member Military Committee for National Recovery (CMRN) was set up and led by Conté, who on 5 April was proclaimed President of the Republic.

On 4 July 1985, former Prime Minister Diarra Traoré, a colonel who took part in the 1984 coup, attempted to seize power while Conté was attending an Economic Community of West African States (ECOWAS) summit in Lomé, Togo. Troops loyal to Conté swiftly gained control and approximately 100 military personnel, including Traoré, were later executed for their involvement in the rebellion. On 3 April 1990, Conté was promoted to the rank of Army General.

President Conté was also the Secretary General of the International Parliament for Safety and Peace, an Intergovernmental Organization based in Italy.(see [1] and [2] Diarkibkan 2017-03-16 di Wayback Machine).

Kematian sunting

Pada masa awal 23 Disember 2008, Aboubacar Somparé, Presiden Dewan Negara, mengumumkan dalam televisyen bahawa Conté telah meninggal dunia pada 6:45pm waktu tempatan pada 22 Disember "atas penyakit lama",[2] tanpa menjelaskan sebab kematian.[5] Menurut Somparé, Conté "menyembunyikan penderitaan fizikalnya" bertahun-tahun "demi memberi keceriaan kepada Guinea."[5] Conté telah meninggalkan tanah air untuk menerima rawatan beberapa kali dalam beberapa tahun sebelum pemergiannya,[2] dan spekulasi tentang kesihatannya telah lama disebarkan dengan luas. Bertentangan dengan amalan biasanya, Conté tidak muncul dalam televisyen untuk menandakan Tabaski pada Disember 2008, dan ini menyebabkan spekulasi baru, dan juga pengambilan berat terhadap kemungkinan keganasan dalam peristiwa kematiannya. Kira-kira pada masa yang sama, sebuah akhbar menerbitkan sebuah gambar foto mencadangkan bahawa Conté adalah dalam keadaan fizikal yang buruk dan mempunyai kesukaran berdiri. Editor surat khabar ini ditangkap dan akhbar ini diarahkan untuk menerbitkan sebuah gambar menunjukkan Conté kelihatan sihat.[5]

Menurut perlembagaan, Presiden Dewan Negara harus memangku jawatan Presiden Republik ini semasa kekosongan jawatan ini, dan sebuah pilihanraya harus diadakan dalam masa 60 hari.[2] Somparé meminta Presiden Mahkamah Tertinggi, Lamine Sidimé, mengisytiharkan kekosongan jawatan Presiden dan melaksanakan perlembagaan.[2][6] Perdana Menteri, Souaré dan Diarra Camara, ketua tentera, berada di sisi Somparé semasa pengumumannya.[5][7] Mengisytiharkan peratapan negara selama 40 hari bagi Conté,[8][9] Souaré meminta supaya "bawa bertenang dan bertahan". Beliau mengarahkan angkatan tentera supaya mempertahankan sempadan-sempadan dan memelihara ketenangan "sebagai penghormatan kepada peringatan bagi Allahyarham pemimpin yang mulia ini".[9]

Enam jam selepas Somparé mwngumumkan kematian Conté, sebuah pernyataan dibuat dalam televisyen tentang sebuah coup d'etat Guinea.[10] Pernyataan ini, dibuat oleh Kapten Moussa Dadis Camara[11] bagi pihak sebuah kumpulan digelar sebagai Majlis Negara bagi Demokrasi dan Pembangunan (CNDD),[12] mengatakan bahawa "kerajan dan institusi-institusi Republik ini telah dibubarkan". Pernyataan ini juga mengumumkan pemberhentian perlembagaan "dan juga kegiatan politik dan kegiatan persatuan".[11]

Pengebumian Conté diadakan di Conakry pada 26 Disember. Jenazahnya dipamerkan di bangunan parlimen sebelum dibawa ke stadium negara, di mana dihadiri lebih daripada 20,000 orang. Pemimpin-pemimpin negara jiran menghadiri pengebumian ini. Jeneral Mamadou Ba Toto dari CNDD berkata dalam pengebumian ini bahawa "kita berdoa kepada Tuhan untuk memberikan kita keberanian unuk meneruskan kerja [Conté] toleransi dan keamanan bagi kebajikan Guinea". Selepas itu, jenazahnya dikebumikan di kampung Lansanaya di depan mansionnya.[13][14] Jenazahnya dikeluarkan daripada kerandanya dan dimasukkan ke dalam tanah, selepas itu ditutupi oleh debu yang dilambung oleh para peratap. Upacara pengebumian ini mengalami kekacauan, kerana beribu-ribu orang peratap cuba menghampiri kuburnya dan anggota keselamatan mengepung kubur itu.[15]

Rujukan sunting

  1. ^ "Guinea's strongman feels the heat", BBC News, January 22, 2007
  2. ^ a b c d e "Guinea's long-time military leader Conte dies", AFP, 23 December 2008.
  3. ^ "Hodonou, Valentin (2004) "Guinea-Conakry Adrift" African Geopolitics No. 14". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-27. Dicapai pada 2008-12-27.
  4. ^ McGreal, Chris (23 Disember 2008). "Lansana Conté profile: Death of an African 'Big Man'". The Guardian. Dicapai pada 2008-12-23.
  5. ^ a b c d "Guinea's dictator, Lansana Conte, dies", Associated Press (International Herald Tribune), 23 December 2008. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "Dies" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  6. ^ "Economie et Politique : Somparé demande au président de la Cour suprême de faire constater la vacance du pouvoir" Diarkibkan 2012-02-16 di Wayback Machine, Guinéenews, 22 December 2008 (Perancis).
  7. ^ "Guinea: Coup Follows Conté's Death", allAfrica.com, 23 December 2008.
  8. ^ "Economie et Politique : Le gouvernement décrète 40 jours de deuil national ; le programme des obsèques attendu mardi" (dalam bahasa Bahasa Perancis). Guinéenews. 2008-12-22. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-16. Dicapai pada 2008-12-23.CS1 maint: unrecognized language (link)
  9. ^ a b "Military takes control in Guinea". BBC News. 2008-12-23. Dicapai pada 2008-12-23.
  10. ^ "Military-led group announces coup in Guinea", Associated Press, 23 Disember 2008.
  11. ^ a b "Death of Guinea dictator prompts 'coup'", AFP (Sydney Morning Herald), 23 Disember 2008.
  12. ^ "Military-led group announces coup in Guinea", Associated Press, 23 Disember 2008.
  13. ^ "Guinea junta praises late dictator, woos foreign critics", AFP, 26 Disember 2008.
  14. ^ "Guinea junta seeks to woo envoys". BBC News. 2008-12-27. Dicapai pada 2008-12-27.
  15. ^ Rukmini Callimachi, "Loyalists mourn Guinea's longtime dictator Conte", Associated Press, 26 December 2008.
Jawatan politik
Didahului oleh
Louis Lansana Beavogui
Sementara
Presiden Guinea
1984 – 2008
Diikuti oleh:
Moussa Dadis Camara