Napoleon Bonaparte

(Dilencongkan dari Napoleon I dari Perancis)

Napoleon I Bonaparte, Maharaja Perancis, Raja Itali (15 Ogos 17695 Mei 1821) ialah Jeneral Revolusi Perancis dan pemerintah Perancis sebagai Konsul Pertama (Konsul Perdana) Republik Perancis dari 11 November 1799 hingga 18 Mei 1804.[2][3] Napoleon kemudian ditabalkan sebagai Maharaja Perancis (Empereur des Français) dan Raja Itali di bawah nama Napoleon I dari 18 Mei 1804 hingga 6 April 1814;[4] dan dipulihkan untuk satu tempoh yang singkat sebagai Maharaja dari 20 Mac hingga 22 Jun 1815.[5][6]

Napoleon
Napoleon I
Portrait of Napoleon in his forties, in high-ranking white and dark blue military dress uniform. In the original image He stands amid rich 18th-century furniture laden with papers, and gazes at the viewer. His hair is Brutus style, cropped close but with a short fringe in front, and his right hand is tucked in his waistcoat.
Napoléon dans son cabinet de travail, karya Jacques-Louis David, 1812
Maharaja Perancis
Pemerintahan Pertama18 Mei 1804 – 11 April 1814
Kemahkotaan2 Disember 1804
Didahului olehJawatan diwujudkan
Napoleon sebelumnya adalah Konnsul Pertama Republik Perancis (1799–1804)
Diikuti olehJawatan dibubarkan
Louis XVIII (Pemulihan kuasa Bourbon)
Pemerintahan kedua20 Mac 1815 – 22 Jun 1815
Didahului olehJawatan diwujudkan semula
Louis XVIII
Diikuti olehJawatan dibubarkan
Louis XVIII (Pemulihaan kuasa Bourbon)
Raja Itali
Pemerintahan17 Mac 1805 – 11 April 1814
Kemahkotaan26 Mei 1805
Didahului olehCharles V (Raja pada tahun 1556)
Napoleon sebelumnya adalah Presiden Republik Itali (1802–1805)
Diikuti olehVictor Emmanuel II (Raja pada tahun 1861)
Pelindung kepada Persekutuan Rhine
Pemerintahan6 Ogos 1806 –
4 November 1813
Didahului olehFrancis II (jawatan setara dengan Maharaja Suci Rom)
Diikuti olehFrancis I (memegang jawatan setara dengan Presiden Persekutuan Jerman)
Keputeraan(1769-08-15)15 Ogos 1769
Ajaccio, Corsica, Perancis
Kemangkatan5 Mei 1821(1821-05-05) (umur 51)
Longwood, Saint Helena
PemakamanLes Invalides, Paris, Perancis
PasanganJoséphine de Beauharnais
Marie Louise dari Austria
AnakandaNapoleon II
Nama penuh
Napoleon Bonaparte
KerabatKerabat Bonaparte
AyahandaCarlo Buonaparte
BondaLetizia Ramolino
AgamaKatholik Rom[1] – (lihatSeksyen keagamaan)
TandatanganTandatangan Napoleon Napoleon I

Selama lebih kurang satu dekad, angkatan-angkatan tentera Perancis di bawah pimpinannya bertempur dengan hampir setiap kuasa Eropah (biasanya dengan serentak) dan menguasai kebanyakan tanah besar barat dan tengah Eropah melalui penaklukan atau perikatan sehingga serangannya terhadap Rusia yang membawa kecelakaan pada tahun 1812.[7] Serangan ini diikuti oleh kekalahannya dalam Perang Leipzig pada Oktober 1813 yang menyebabkan beliau turun dari takhta beberapa bulan kemudian dan buangannya ke pulau Elba. Beliau mencuba memulihkan nasibnya dalam apa yang dikenali sebagai Seratus Hari (les Cent Jours), tetapi ditewaskan sekali lagi, kali ini secara muktamad dalam Perang Waterloo di tempat yang kini merupakan Belgium pada 18 Jun 1815, diikuti oleh penyerahan kalah tidak lama kemudian kepada pihak British dan buangan ke pulau Saint Helena di mana beliau meninggal dunia enam tahun kemudian.

Walaupun Napoleon sendiri tidak mengembangkan banyak pembaharuan tentera, selain daripada empat segi infantri yang dipergunakan di Mesir serta peletakan meriam dalam penyangga meriam, beliau mempergunakan taktik yang terbaik daripada pelbagai sumber, dan memodenkan angkatan tentera Perancis untuk mencapai banyak kemenangan yang utama.[8] Kempen-kempennya telah dikaji di akademi-akademi di seluruh dunia dan beliau secara amnya dianggap sebagai salah satu daripada komander terutama yang pernah hidup. Selain daripada pencapaian tenteranya, Napoleon juga diingati untuk pengasasan Kod Napoleon, dan sesetengah orang pula menganggap beliau sebagai salah satu daripada "pemerintah kuku besi berihsan".

Napoleon melantik banyak ahli keluarga Bonaparte serta kawan-kawannya yang rapat sebagai raja-raja untuk negara yang beliau takluk serta sebagai tokoh-tokoh kerajaan (adiknya Lucien menjadi Menteri Kewangan Perancis). Walaupun pemerintahan mereka ini tidak kekal selepas kejatuhan Napoleon, salah seorang nefritisnya, Napoleon III, kemudian memerintah Perancis pada abad ke-19.

Awal kehidupan sunting

Napoleon Bonaparte ialah anak kedua daripada tujuh adik-beradik. Baginda diputerakan di Casa Bounaparte di kota Ajaccio, Corsica pada 15 Ogos 1769, tahun ketika kepulauan tersebut diserahkan daripada Republik Genoa kepada Perancis. Baginda diputerakan dengan nama Napoleone di Bounaparte, namun mengubah namanya ketika usia 27 tahun menjadi Napoléon Bonaparte sejurus selepas berkahwin.

Keluarga Bounaparte ialah sebuah keluarga bangsawan yang berasal dari Itali yang pindah ke Corsica pada abad ke-16. Ayahandanya, Nobile Carlo Bounaparte ialah seorang pengacara yang pernah menjadi wakil Corsica ketika Louis XVI berkuasa pada tahun 1777. Bondanya bernama Maria Letizia Ramolino. Baginda memiliki seorang kakak, Joseph; dan lima orang adik, yaitu Lucien, Elisa, Louis, Pauline, Caroline, dan Jérôme. Napoleon dibaptiskan sebagai penganut Katolik beberapa hari sebelum ulang tahun keduanya pada 21 Julai 1771 di Katedral Ajaccio.[9]

Kebangsawanan, kekayaan, serta jalinan keluarganya yang luas memberikan Napoleon peluang yang luas untuk belajar hingga ke peringkat tinggi. Pada Januari 1779, Napoleon didaftarkan sebagai pelajar sebuah sekolah agama di Autun, Perancis untuk belajar bahasa Perancis, dan berdaftar pada bulan Mei di sebuah akademi ketenteraan di Brienne-le-Château. Di sekolah, baginda berbicara dengan loghat Corsica yang pekat sehingga sering dicemuh oleh teman-temannya.[10] Setelah tamat pendidikannya di Brienne pada 1784, Napoleon mendaftar di sekolah elit École Militaire di Paris. Di sana, baginda dilatih menjadi seorang perwira artileri. Ketika bersekolah di sana, ayahandanya meninggal dunia, memaksa baginda menyelesaikan pengajian di situ yang sepatutnya bertempoh dua tahun itu menjadi satu tahun. Baginda diuji oleh ilmuwan terkenal Pierre-Simon Laplace.

Perkahwinan sunting

Napoleon berkahwin dengan seorang janda bernama Joséphine de Beauharnais. Namun begitu, Joséphine tidak berupaya memberi zuriat kepada Napoleon, dan diceraikannya supaya memperoleh zuriat. Kemudian, Napoleon berkahwin dengan Puteri Raja Austria Marie Louise, puteri Raja Francois I. Meskipun perkahwinan mereka berkekalan, tetapi Marie tidak bersama-sama Napoleon ketika pembuangannya ke pulau Elba. Pasangan ini memperoleh seorang putera, Napoleon Francis Joseph Charles yang kemudian menjadi Napoleon II pada 1814, tetapi hanya memegang kuasa itu selama kira-kira dua minggu.

Ketenteraan sunting

Warisan sunting

Dalam organisasi ketenteraan, Napoleon telah memperkenalkan konsep pasukan kor yang berkedudukan atas kumpulan divisyen. Pembentukan pasukan kor didukung oleh pendaftaran tentara besar-besaran yang mengakibatkan jumlah tentara menjadi telalu banyak sehingga perlunya satu kesatuan tentera yang lebih besar daripada tahap divisyen.

Kegagalan sunting

Tidak semua peperangan dimenangi oleh Napoleon. Meskipun di kawasan gurun, Napoleon berjaya mengalahkan tentara gabungan Uthmaniyah dan Mamluk dalam Pertempuran Piramid, tetapi beberapa hari kemudian, para tentera Perancis dikalahkan oleh tentera Inggeris di bawah pimpinan Laksamana Horatio Nelson di Teluk Aboukir. Tentera Horatio Nelson berhasil mengalahkan armada Perancis sekali lagi di pertempuran laut di Trafalgar antara tentera Perancis-Sepanyol yang dipimpin oleh Admiral Villeneuve dengan armada Inggeris yang dipimpin oleh Laksamana Nelson, meskipun Nelson maut dalam pertempuran ini.

Kegagalan dalam menyerang Rusia berlaku akibat strategi Jenderal Mikhail Kutuzov dan Tsar Aleksandr I dalam menghadapi pasukan Perancis dengan memanfaatkan musim sejuk Rusia. Strategi Rusia dalam hal ini ialah membakar kota Moscow ketika Napoleon berhasil menakluki kota itu selepas pertempuran di Borodino dan mengharapkan sumber logistik baru.

Kekalahan yang mengakhiri petabalannya sebagai Raja Perancis setelah melarikan diri dari Pulau Elba dan memerintah kembali di Prancis selama 100 hari ialah kekalahan dalam Pertempuran Waterloo ketika berhadapan dengan kekuatan Inggeris yang dipimpin Duke of Wellington, pasukan Belanda oleh van Oranje dan pasukan Prusia yang dipimpin oleh General Blücher serta senjata-senjata baharu hasil ciptaan Henry Shrapnel daripada pihak Inggeris, yang mengakibatkannya dibuang ke Pulau Saint Helena hingga baginda mangkat.

Pembuangan dan kemangkatan sunting

Setelah dibuang ke Pulau Saint Helena oleh pihak British, Napoleon ditempatkan di Longwood House pada Disember 1815. Rumah tersebut dikatakan telah usang dan terbiar.[11] Selama dibuang, beberapa cubaan meloloskan diri dikatakan pernah dilakukan, tetapi hakikatnya, tiada sebarang cubaan yang sebenar telah dilakukan.[8]

Menjelang 1821, keadaan kesihatan Napoleon menjadi parah, dan baginda mangkat pada 5 Mei pada tahun itu dan dimakamkan di Saint Helena. Pada 1840, Louis Philippe I mendapat perkenan daripada pihak British agar mayat Napoleon dibawa semula ke Perancis, dan majlis pemakaman rasmi diadakan pada tahun itu. Mayat Napoleon dimakamkan secara sementara di gereja kecil St Jérôme sebelum dimakamkan hingga kini di Les Invalides pada 1861.

Rujukan sunting

  1. ^ E. Hales, "Napoleon and the Pope", (London:1962) pg 114
  2. ^ François Furet, The French Revolution, 1770–1814 (1996), p. 212
  3. ^ Georges Lefebvre, Napoleon from 18 Brumaire to Tilsit 1799–1807 (1969), pp. 60–68
  4. ^ Roberts, Andrew. Napoleon: A Life. Penguin Group, 2014, p. 355.
  5. ^ Roberts, Andrew. Napoleon: A Life. Penguin Group, 2014, Introduction.
  6. ^ Charles Messenger, ed. (2001). Reader's Guide to Military History. Routledge. m/s. 391–427. ISBN 978-1-135-95970-8. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 October 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: extra text: authors list (link)
  7. ^ Broers, M. and Hicks, P. The Napoleonic Empire and the New European Political Culture. Palgrave Macmillan, 2012, p. 230
  8. ^ a b McLynn, Frank (1998). Napoleon. Pimlico. ISBN 978-0-7126-6247-5. ASIN 0712662472.CS1 maint: ref=harv (link)
  9. ^ "Cathedral—Ajaccio". La Fondation Napoléon. Dicapai pada 2008-05-31.
  10. ^ Parker, Harold T. (1971). "The Formation of Napoleon's Personality: An Exploratory Essay". French Historical Studies. 7 (1): 6–26. doi:10.2307/286104. JSTOR 286104.
  11. ^ Hibbert, Christopher (2003). Napoleon's Women. W. W. Norton & Company. m/s. 272. ISBN 978-0393324990. Dicapai pada 5 April 2018.

Pautan luar sunting