Raja Rom (Latin: Romanorum Rex; Jerman: Römisch-deutscher König) bermula pada zaman Maharaja Henry II (1014–1024), yang mana telah menggunakan gelaran ini bagi raja Jerman selapas perlantikkan beliau oleh putera-putera lain. Gelaran ini didakwa digunakan sebelum menjadi Maharaja Suci Rom, sebuah gelaran selain penggunaan yang menggambarkan Zaman Pertengahan, juga memiliki fungsi dari segi agama dan pertabalannya bergantung kepada Paus.

Takhta Charlemagne di Katedral Aachen

Gelar tersebut pada asalnya merujuk kepada raja Jerman terpilih yang belum diberi pemerintahan kerajaan dan gelaran maharaja di tangan Paus. Kemudian ia digunakan hanya untuk pewaris takhta kekaisaran antara pemilihannya (selama masa maharaja yang duduk) dan penggantiannya setelah kematian maharaja.

Senarai sunting

Berikut adalah raja-raja Rom, yang mana merujuk kepada lelaki yang memerintah sebuah kerajaan beraja yang bebas daripada tunduk kepada Raja yang lain, tetapi belum lagi ditakhtakan sebagai seorang Maharaja.

Raja Menjadi Raja Menjadi Maharaja/mati Lain-lain
Otto III 983 996 Menjadi Maharaja
Henry II 1002 1014 Menjadi Maharaja
Conrad II 1024 1027 Menjadi Maharaja
Henry III 1039 1046 Menjadi Maharaja
Henry IV 1056 1084 Menjadi Maharaja
Rudolf 25 Mei 1077 15 Okt 1080 mati Menentang raja
Hermann 6 Ogo 1081 28 Sept 1088 mati Menentang raja
Henry V 1105 1106 Menentang Henry IV
1106 1111 Menjadi Maharaja
Lothair III 1125 1133 Menjadi Maharaja
Conrad III 1127 1135 Menentang Lothair
1138 1152 Mati
Frederick I 1152 1155 Menjadi Maharaja
Henry VI 1190 1191 Menjadi Maharaja
Philip 1198 1208 mati
Otto IV 1198 1208 Menentang Philip
1208 1209 Menjadi Maharaja
Frederick II 1212 1220 Menjadi Maharaja
Henry Raspe 22 Mei 1246 16 Februari 1247 Mati Menentang raja
William dari Holland 1247 28 Januari 1256 mati Menentang raja
Conrad IV 1250 1254 mati
Richard dari Cornwall 1257 1272 mati Gagal menjadi pemerintah cekap di Jerman
Alfonso dari Castile 1257 1275 Turun takhta Menentang raja di atas, gagal menjadi pemerintah cekap di Jerman
Rudolf I 1273 1291 mati
Adolph 1292 1298 Dilucutkan takhta dan dibunuh
Albert I 1298 1308 mati
Henry VII 1308 1312 Menjadi Maharaja
Frederick si Baik 1314 1330 mati memerintah bersama Louis IV
Louis IV 1314 1328 memerintah bersama Frederick si Baik
1328 1347 Menjadi Maharaja
Charles IV 1346 1347 Menentang Louis IV
1347 1355 Menjadi Maharaja
Wenceslaus 1378 1400 Dilucutkan takhta
Rupert 1400 1410 mati
Jobst dari Moravia 1410 1411 mati menentang Sigismund
Sigismund 1410 1411 Menjadi raja kali ke-2 Menentang Jobst
1411 1433 Menjadi Maharaja
Albert II 1438 1439 mati
Frederick III 1440 1452 Menjadi Maharaja
Maximilian I 1493 1508 Dianggap sebagai Maharaja yang dipilih
Charles V 1519 1530 Menjadi Maharaja

Nota sunting


Rujukan sunting

This article uses material translated from the corresponding article in the German-language Wikipedia, which, in turn, cites a source that contains further references:

  • H. Beumann: Rex Romanorum, in: Lexikon des Mittelalters (Dictionary of the Middle Ages, 9 vols., Munich-Zurich 1980-98), vol. 7, col. 777 f.

Empayar Perancis pertama sunting

 
Napoleon II, 1811

Apabila Napoleon I, Maharaja Perancis, mempunyai seorang anak lelaki dan pewaris Napoleon II (1811  – 32), dia menghidupkan semula gelaran Raja Rom ( Roi de Rome ), menggayakan anaknya seperti itu semasa kelahirannya.Anaknya itu sering dikenali dalam bahasa sehari-hari dengan gelaran ini sepanjang hayatnya yang singkat.Walau bagaimanapun, bernula tahun 1818 dan seterusnya dia telah dinobatkan secara rasmi sebagai Duke of Reichstadt oleh datuk sebelah ibunya, Maharaja Francis I dari Austria .