Hari Guru ialah hari untuk menghargai jasa guru. Hari Guru ialah hari cuti bagi sesetengah negara.

Albania

sunting

Hari Guru di Albania disambut pada 7 Mac, sehari sebelum hari ibu yang jatuh pada 8 Mac.

Amerika Latin

sunting

Hari Guru Antarabangsa di Amerika Latin disambut pada 11 September, sempena memperingati kematian Domingo Faustino Sarmiento, seorang pendidik dan ahli politik Argentina. Hal ini telah diluluskan pada 1943 ketika Interamerican Conference on Education, di Panama.

Bagaimanapun, hari guru peringkat kebangsaan disambut pada hari yang berbeza berdasarkan sejarah tersendiri. Di Brazil, hari guru disambut pada 15 Oktober. Di Mexico, pada 27 September 1917, Kongres Persekutuan mengisytiharkan 15 Mei sebagai hari guru. Sambutan pertama diadakan pada tahun 1918

Amerika Syarikat

sunting

Hari guru di Amerika Syarikat disambut pada hari Selasa pertama setiap bulan Mei.

National Education Association (NEA) atau Persatuan Pendidikan Kebangsaan menganggap hari guru peringkat kebangsaan sebagai "hari menghormati para guru dan mengenang jasa dan sumbangan yang dilakukan dalam hidup kita" [1].

NEA memberi satu sejarah Hari Guru Kebangsaan:

asal-usul Guru Hari adalah kabur. Sekitar 1944 guru Arkansas, Mattye Whyte Woodridge mula berhubung dengan pemimpin politik dan pemimpin pendidikan mengenai keperluan untuk satu hari kebangsaan bagi menghormati guru. Woodbridge menulis kepada Eleanor Roosevelt yang pada tahun 1953 memujuk Kongres Amerika Syarikat yang ke lapan puluh satu untuk mengistiharkan satu Hari Guru Kebangsaan.
NEA bersama dengan sekutu Kansas dan gabungan negeri Indiana dan Bandar Raya Dodge (Kan. ) melobi Kongres tempatan bagi mewujudkan sebuah hari kebangsaan bagi meraikan guru-guru. Kongres mengisytiharkan 7 Mac 1980, sebagai Hari Guru Kebangsaan tetapi hanya untuk tahun itu.
NEA dan sekutu-sekutunya meneruskan menyambut Hari Guru pada Selasa pertama dalam bulan Mac sehingga 1985, apabila PTA Kebangsaan menubuhkan Minggu Penghargaan Guru sabagai seminggu penuh pertama bulan Mei. Perhimpunan Perwakilan NEA kemudiannya mengundi untuk menjadikan Selasa minggu itu sebagai Hari Guru Kebangsaan. [2]

Semenjak 7 September 1976, 11 September turut diambil sebagi Hari Guru di negeri US, Massachusetts.

Hari Guru di China disambut pada 10 September semenjak 1985, salah satu daripada tiga cuti yang diperuntukkan pada profesional (dua lagi adalah hari jururawat dan hari wartawan).

Republik Czech

sunting

Hari Guru di Republik Czech disambut pada 28 Mac, bersempena hari lahir Jan Ámos Komenský (Comenius). Kanak-kanak akan membawa bunga untuk dihadiahkan kepada guru mereka. Pegawai-pegawai awam menggunakan hari ini untuk menghargai kerjaya berkenaan (contoh: [3])dan menghadiahkan kepada guru terbaik.

Hari Guru di India disambut pada 5 September, sempena hari lahir Dr Sarvepalli Radhakrishnan, Presiden India yang kedua dan seorang pendidik terkenal. Di sesetengah sekolah pada hari ini, tanggungjawab mengajar diambil oleh pelajar-pelajar senior untuk menunjuk penghargaan mereka terhadap guru-guru.

Secara tradisional, masyarakat India telah memberi penghormatan besar kepada para guru. Suatu peribahasa India lama yang biasanya diajar kepada kanak-kanak memberi guru pangkat ketiga, lebih tinggi daripada Tuhan: "Maa, Pitha, Guru, Daivam", yang bermakna Ibu, Ayah, Guru, Tuhan.

Indonesia

sunting

Hari Guru Nasional disambut pada 25 November bagi memperingati bersama hari ulang tahun Persatuan Guru Republik Indonesia (PGRI). Hari Guru Nasional bukan hari cuti rasmi, dan dirayakan dalam bentuk majlis peringatan di sekolah-sekolah dan pemberian tanda jasa bagi guru, guru besar sekolah, dan pengawas sekolah. Guru di Indonesia dianggap sebagai pahlawan tanpa jasa. Hari Guru Nasional ditetapkan Presiden Soeharto pada 25 November 1994, dengan sebuah Keputusan Presiden, iaitu Kepres Nombor 78 tahun 1994 tentang Hari Guru Nasional.[1]

Korea Selatan

sunting

Hari Guru di Korea Selatan disambut pada 15 Mei. Lazimnya pada hari ini para guru akan dihadiahkan dengan bunga carnation oleh para pelajar, dan hari sekolah akan dipendekkan pada hari tersebut.

Malaysia

sunting

Hari Guru di Malaysia disambut pada 16 Mei setiap tahun sebagai penghargaan kepada para guru. Tarikh ini dipilih sebagai Hari Guru bagi memperingati peristiwa yang berlaku pada 16 Mei 1956 iaitu Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara Malaysia. Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Hari Guru di Rusia disambut pada 5 Oktober. Sebelum 1994, hari guru kebiasaannya pada Ahad pertama pada bulan September.

Taiwan

sunting

Hari Guru di Taiwan disambut pada 28 September. Ia merupakan hari yang menghargai jasa, keperitan dan juga sumbangan mereka bukan sahaja kepada pelajar-pelajar tetapi juga kepada seluruh masyarakat. Orang ramai biasanya menggunakan hari berkenaan untuk mengzahirkan penghargaan kepada guru mereka, seperti melawat mereka atau memberikan kad kepada guru mereka. Tarikh berkenaan dipilih pada masa kelahiran Confucius, dipercayai menjadi satu model pendidik dalam China purba.

Dalam tahun 1939, Kementerian Pelajaran telah mengadakan cuti kebangsaan pada 27 Ogos, hari jadi Confucius. Akan tetapi dalam tahun 1952, Eksekutif Yuan telah menukar tarikh berkenaan kepada September, dengan alasan bahawa ia telah dikira sebagai tarikh yang tepat dalam kalendar Gregorian.

Majlis keraian wujud di kuil-kuil Konfucius di sekeliling pulau berkenaan, dikenali sebagai Majlis Besar-besaran Dedikasi kepada Konfucius (祭孔大典). Mejlis berkenaan bermula pada 6 pagi dengan pukulan drum. 54 pemuzik berpakaian dalam 'robes' dengan talipinggang biru, 36 (atau 64) penari berpakaian kuning dengan talipionggang hijau. Mereka telah didahului dan diikuti oleh pegawai-pegawai majlis. Tiga binatang -- lembu, kambing dan babi -- telah dikorbankan. Rambut yang ditarik daripada ketiga-tiga korban ini dipanggil Rambut-rambut Pintar.

Tambahan pula, institut-institut pendidikan tempatan dan para pegawai awam menganugerahkan guru-guru tertentu kerana kecemerlangan dan pengaruh mereka.

Thailand

sunting

16 Januari telah dijadikan sebagai Hari Guru di Thailand oleh satu resolusi kerajaan pada 21 November , 1956. Hari Guru pertama telah diadakan pada tahun 1957.

Vietnam

sunting

Di Vietnam, Ngày nhà giáo Việt Nam (Hari Pendidik Vietnam) jatuh pada November 20. Pada hari tersebut, para pelajar dapat cuti daripada sekolah, tetapi mereka dijangkakan melawat guru dan bekas guru mereka di rumah mereka dan mereka membawa bunga untuk menunjukkan penghargaan mereka.

Pautan luar

sunting
  1. ^ (dalam bahasa Indonesia) http://www.unotil.org/legal/IndonesianLaw/keppres/kp199478.htm. Dicapai pada 2020-10-05. Missing or empty |title= (bantuan)