Masjid al-Haram

masjid di Arab Saudi
(Dilencongkan daripada Masjidil Haram)

Masjid al-Haram atau Masjidil Haram atau Masjidilharam (Arab: المسجد الحرام, al-Masjid al-Ḥarām), ialah masjid paling suci di dalam sejarah umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al-Mukarramah, Arab Saudi. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan ibadah solat.

Masjid al-Haram
Arab: اَلْمَسْجِدُ ٱلْحَرَامُ, rumi: al-Masjid al-Ḥarām, lit.'Masjid Suci'
Masjid al-Haram ketika musim haji pada 2009
Masjid al-Haram yang terletak di Arab Saudi
Masjid al-Haram
Kedudukan di Arab Saudi
Info asas
LokasiMakkah, Hijaz, Arab Saudi[1]
Koordinat geografi21°25′19″N 39°49′34″E / 21.422°N 39.826°E / 21.422; 39.826Koordinat: 21°25′19″N 39°49′34″E / 21.422°N 39.826°E / 21.422; 39.826
AgamaIslam
NegaraArab Saudi
PentadbiranKerajaan Arab Saudi
PemimpinAbdur Rahman As-Sudais
Saud Al-Shuraim
Salih Humaid
Ali Ahmed Mullah (Ketua Muazzin)
Jenis seni binaMasjid
Spesifikasi
Panjang400.800 m
Bil. menara masjidSembilan
Tinggi menara masjid89 m (292 ka)
Luas kawasan356,000 meter persegi[2]
Al-Masjid Al-Haram di Makkah, tempat paling suci dalam Islam

Sejarah

sunting

Menurut keimanan umat Islam, Masjidil Haram telah dibangunkan oleh malaikat sebelum kejadian manusia oleh Allah S.W.T. dan Allah mentasbihkan satu tempat sembahyang untuk mencerminkan al-Baytu l-Makmur, tempat para malaikat mengerjakan solat mereka. Umat Islam mempercayai bahawa Kaabah berada betul-betul di bawah "Arasy" atau Singgahsana Allah.

Kaabah pertama sekali dibina oleh Nabi Adam   dengan bantuan para malaikat. Kaabah sudah beberapa kali rosak ditimpa bencana dan pelbagai punca lain. Nabi Ibrahim   dengan bantuan anaknya, Nabi Ismail  , telah memperbaiki Kaabah, setelah diperintah oleh Allah S.W.T. untuk memperbaiki Kaabah dan membina masjid di sekitar Kaabah.

Zaman Rasulullah dan Khulafa Rasyidin

sunting

Imam Abul Hassan Mawardi meriwayatkan bahawa di zaman Rasulullah   sehinggalah ketika Saidina Abu Bakar r.a. diangkat menjadi Khalifah, Masjidil-Haram ini tidak mempunyai dinding dan tidak berbumbung. Dikatakan bahawa keluasannya sebatas perigi Zamzam dan tempat orang melakukan tawaf. Perluasan Masjidil-Haram bermula pada tahun 638 Masihi oleh Saidina Umar ibn Khattab dengan membina dinding di sekeliling Masjid sebagai batas. Dinding di sekelilingnya mempunyai ketinggian lebih rendah daripada orang berdiri. Beliau telah membeli rumah-rumah di sekeliling Kaabah dan diruntuhkan kesemuanya bagi tujuan perluasan tersebut. Beberapa pintu dibuat pada dinding tersebut dan di atasnya pula diletakkan lampu.

Perluasan Masjid diteruskan lagi oleh Saidina Uthman ibn Affan pada kira-kira tahun 647 Masihi untuk menampung jumlah jemaah yang mengerjakan solat di dalamnya. Untuk menampung jemaah yang semakin ramai itu, bermula pada tahun 26 Hijrah, Khalifah Uthman telah memperluas masjid suci itu dengan membeli rumah rumah di sekitarnya seperti yang dilakukan oleh pendahulunya, Khalifah Umar al-Khattab. Akan tetapi ada di antara penduduk yang berdegil tidak mahu menjual rumah atau tanahnya walaupun telah ditawarkan harga tinggi kerana mementingkan diri sendiri. Khalifah Uthman memerintahkan agar rumah rumah yang tuannya berdegil supaya dirobohkan dan harganya dimasukkan ke dalam tabung Masjid, yang akhirnya diambil juga oleh pemiliknya.[perlu rujukan]

Pada tahun 696 Masihi, cucu Saidina Abu Bakar As Siddiq bernama Abdullah ibn Zubair telah memperluaskan kawasan masjid ini dengan membeli gedung-gedung yang terdapat di sebelah timur dan selatan Masjid. Sementara di bahagian utara dan barat pula telah diperluaskan oleh Zaid bin Abdullah al-Harisi dibawah perintah Abu Ja'afar al-Mansur, Khalifah Bani Abas kedua.

Orang-orang seperti Abdul Malik ibn Marwan,Umar, Al-Walid, Ziad bin Abdullah, Musaal-Mahdi, adalah antara mereka yang awal menghiasi masjid ini. Kalimah-kalimah al-Quran disulami dengan corak-corak Islam, batu-batu mamarnya telah diukir dengan indah dan tiang-tiangnya disalutkan emas.

Zaman Abbasiyah

sunting

Pada tahun 986 Masihi, Harun Ar-Rashid telah memasukkan gedung Dar An-Nadwah di sebelah utara ke dalam masjid dan membina pintu Bab Ibrahim di sebelah barat. Pintu besar Bab As-Salam telah diperbaiki pada tahun 1243 Masihi oleh Ali bin Umar dari Yaman.

Amir Zainal Abidin al-Usmani (1379 Masihi) telah mengutuskan Sudun Pasca mencantikkan pintu masjid dengan hiasan yang indah, memperbaiki atap dan pancuran air di Ka'abah. Pada tahun 1399 Masihi, suatu kebakaran besar telah berlaku pada Masjidil-Haram. Banyak bahagian telah musnah begitu juga dengan hasil kesenian yang indah-indah yang sukar dicari ganti. Amir Besar Az-Zahiri telah memperbaikinya pada tahun berikutnya dan selesai pada tahun 1401 Masihi.

Sultan Salim II (1572-1577 Masihi) telah memperbaharui dan memperkemaskan lagi Masjidil-Haram ini dengan memasukkan kubah dan relung-relung yang indah di dalamnya. Atas arahan Sinan Pasha dari Mesir, kerja-kerja pembinaan telah diusahakan oleh Ahmad Bey dan seorang jurutera bernama Muallim Muhammadal-Misri. Bila Sultan Salim meninggal dunia, anaknya Sultan Murad telah meneruskan pekerjaan bapanya sehingga selesai.

Zaman republic islamiyyah

sunting

Reka bentuknya kekal dari zaman Umawi, Abbasiah hingga dilakukan perluasan kerajaan republic islamiyyah. Mereka melihat Masjidil Haram bakal menampung pertambahan jumlah jemaah yang kian meningkat setiap tahun. Program perluasan kota itu bermula oleh Raja Abdul Aziz pada 1955. Ia menyaksikan keluasan bertambah dalam masa 20 tahun daripada 19,000 meter persegi kepada 160,000 meter persegi, hampir lapan kali ganda keluasan asalnya. Penambahan itu dibuat tanpa menjejaskan keaslian binaan asal dari zaman Turki.

Ruangan tawaf juga dibesarkan tiga kali ganda dari keluasan asal. Daun pintu Kaabah juga diganti baru, dilapisi emas tulen. Raja Fahd menambah kawasan sai dengan laluan bertutup berhawa dingin. Begitu juga laluan bertingkat dan jambatan bagi mengurangkan kesesakan ketika musim haji demi keselesaan umat Islam.

Selepas 13 tahun projek pembesaran Al-Haram siap, Raja Fahd melancarkan satu lagi projek pembesaran masjid ini. Pada 2 Safar 1409, projek ketiga perluasan Masjidil Haram oleh Kerajaan Saudi dirasmikan. Kos pembinaan bernilai 6.8 bilion Riyal islamiyyah dan melibatkan pertambahan masjid dan kompleks yang menempatkan kedai di barat Masjidil Haram iaitu di hadapan bab al-Umrah dan bab al-Malik.

Kemudian, di bawah pentadbiran Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz As-Saud, Baginda merancang untuk membesarkan lagi Masjid Al-Haram. Projek terbaru yang dilaksanakan baginda ialah membesarkan lorong Mas'a (tempat bersai) daripada 2 lorong kepada 4 lorong. Kerja-kerja pembinaan telah bermula pada 2006, dengan mengambil sedikit dari bahagian dataran sembahyang di Bab As-Salam.

Pada 11 September 2015, sekurang-kurangnya 111 orang maut dan 394 orang tercedera apabila sebuah kren runtuh di kawasan masjid.[3] Kerja pembinaan ditunda selepas insiden tersebut akibat krisis minyak pada 2010-an. Kerja pembinaan diteruskan pada September 2017.[4]

Pada 5 Mac 2020, berikutan pandemik COVID-19, langkah-langkah keselamatan mula diambil di masjid, termasuk penghentian ibadah umrah dan penutupan masjid pada waktu malam.[5] Pada 20 Mac, kawasan Masjid al-Haram telah ditutup kepada orang awam akibat perkembangan wabak di republic islamiyyah

di.[6]

Menara masjid

sunting

Masjidil-Haram mempunyai menara-menara yang indah. Antaranya adalah Bab Al-Umrah yang didirikan oleh Khalifah al-Mansur dari Bani Abbas pada tahun 706 Masihi. Menara ini kemudiannya diperbaiki pada tahun 1172 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1464 Masihi oleh Sultan Jukmuk sebelum ia musnah pada tahun 1552 Masihi. Sultan Sulaiman kemudiannya menggantikan dengan yang baru di atas tapak yang sama dengan mengekalkan nama asalnya.

Seterusnya pada tahun 789 Masihi, Khalifah Mahdi dari keturunan Abbasiyah, membangunkan menara Bab As-Salam dan kemudiannya beberapa menara lagi seperti menara Bab Ali dan menara Bab Al-Hazurah atau Bab Wida'.

Pada tahun 1392 Masihi, Bab Al-Hazurah telah runtuh dan diperbaiki oleh Al-Asraf Sha'ban dari Mesir. Pada tahun 905 Masihi, Khalifah Al-Mu'tadhid dari Bani Abbas membangunkan menara Bab Az-Ziadah dan diperbaiki oleh Asraf Baresbai pada tahun 1447 M. Kait Bait pula membangunkan menara Kait Bait kira-kira tahun 1501 Masihi. Kemudiannya Menara As-Sulaimaniah juga telah dibangunkan.

Selepas kerja-kerja pembesaran di lakukan oleh Penjaga Dua Masjid Suci Pertama, Raja Fahd Abdul Aziz As-Saud, Masjidil Haram mempunyai sembilan menara. Kesemua menara ini akan kelihatan bercahaya pada waktu malam kerana diterangi lampu-lampu.

Menara paling baru yang di didirikan ialah di Bab Al-Malik Fahd (Pintu Raja Fahd) yang berhadapan hotel Darul Tawhid, salah satu hotel 5 bintang di Mekah. Kawasan masuk Bab Al-Malik Fahd juga kini lengkap berhawa dingin.

Masjidil Haram masih mengekalkan satu menara tunggal di Bab As-Safa. Semua menara lain didirikan secara "berpasangan", kecuali menara tunggal di Bab As-Safa. Azan yang di kumandangkan 5 kali sehari dari menara-menara ini antara yang mendominasi ruang udara Kota Mekah setiap kali masuk waktu sembahyang.

Kepentingan Masjidil Haram

sunting

Kiblat

sunting

Masjidil Haram dijadikan Allah sebagai kiblat. Firman-Nya,

"sungguh Kami akan memalingkan kamu kepada kiblat yang kamu berpuas hati. Maka palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya. Orang-orang yang diberi al-Kitab mengetahui bahawa itu adalah yang benar daripada Pemelihara mereka" (2:144).

Arahan supaya memalingkan muka ke arah Masjidil Haram telah disebut dua kali di situ. Ia disebut lagi sebanyak tiga kali di dalam al-Qur'an. Satu daripadanya di dalam ayat berikut, yang turut menyatakan ia adalah yang benar daripada Tuhan. Firman-Nya,

"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram; ia adalah yang benar daripada Pemelihara kamu, dan Allah tidak lalai daripada apa yang kamu buat." (2:149)
"Dari mana sahaja kamu keluar, palingkanlah muka kamu ke arah Masjidil Haram, dan di mana sahaja kamu berada, palingkanlah muka kamu ke arahnya," (2:150).

Diharamkan Untuk Menumpahkan Darah

sunting

Seterusnya, Masjidil Haram menjadi tempat yang diharamkan untuk menumpahkan darah. Musuh iaitu orang-orang yang tidak percaya tidak diperangi di sana melainkan mereka memerangi. Firman Allah SWT,

"Janganlah memerangi mereka di Masjidil Haram sehingga mereka memerangi kamu di dalamnya. Kemudian, jika mereka memerangi kamu, bunuhlah mereka. Itulah balasan ke atas orang-orang yang tidak percaya." (2:191)

Mengerjakan Haji adalah satu rukun Islam. Sebahagian daripada Rukun haji perlu dilakukan dalam kawasan Masjidil Haram, iaitu

  • Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali Bermula pada sudut Al-Hajarul Aswad menjadikan Baitullah di sebelah kiri dan berjalan ke hadapan. Jemaah hendaklah berjalan bertujuan Tawaf, bukan bertujuan lain, jika bertukar tujuan, tidak dikira sebagai tawaf. tawaf hendaklah Dilakukan dalam Masjidil Haram dan di luar dari Hijir Ismail/Syazarwan.
  • Sa'i. Sa'ie antara Safa dan Marwah adalah salah satu rukun dari rukun-rukun haji dan umrah. Apabila seseorang menengerjakan haji tidak mengerjakan sa'ie antara kedua bukit ini, batal hajinya.

Umrah (ﻋﻤﺮﻩ) ialah mengunjungi Baitullah di Makkah dan melakukan ihram, tawaf, sa'i dan bertahallul mengikut tertib. Umrah boleh dilaksanakan di sepanjang tahun. Umrah adalah fardhu seperti Haji. Ijmak Ulama mengatakan bahawa hanya wajib dilakukan sekali sepanjang hayat bagi orang yang mampu kecuali orang yang bernazar, maka dia wajib memenuhi nazarnya. Umrah boleh di tunaikan sebelum menunaikan haji iaitu menunaikan umrah dahulu atau selepas menunaikan haji.

Struktur dalam masjid

sunting

Makam Ibrahim

sunting

Makam Ibrahim bukanlah tempat perkuburan Nabi Ibrahim   sebagaimana pendapat kebanyakan orang. Ia adalah merupakan bangunan kecil di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim   berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail   memberikan batu kepadanya. Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.


Diceritakan bahawa telah terjadi banjir di Mekah yang melanda Masjidil Haram dan menyebabkan Batu Makam Ibrahim tercabut dari tempatnya dan hanyut hingga ke kawasan bawah Kaabah. Apabila Khalifah Umar al-Khattab mengetahui perkara tersebut, beliau bergegas ke Makkah untuk mengadakan perbaikan. Umar meletakkan Makam Ibrahim ke tempatnya semula, Umar berkata kepada orang ramai: "Allah menguatkan sesorang hamba yang mengetahui tentang Makam ini".

Seorang lelaki menyahut seruan Umar dan mengatakan bahawa dia tahu tempat letak batu itu, lalu diletakkannya batu itu pada tempatnya yang betul.

Hajarul Aswad terletak di penjuru keempat Kaabah. Umat Islam percaya Hajarul Aswad telah diturunkan daripada syurga dan telah bertukar menjadi hitam oleh sebab kejahatan manusia. Menurut sejarah, Hajarul Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih yang lebih putih dari salji tetapi lama - kelamaan menjadi hitam disebabkan oleh dosa-dosa orang-orang Musyrik.

Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah   bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi

Hijir Ismail merupakan pagar batu berlingkar 1.5 meter dan terletak berhampiran dengan Kaabah. Ia dibangunkan oleh Nabi Ibrahim sewaktu baginda membangunkan Kaabah. Hijir Ismail pada mulanya merupakan pagar batu yang sederhana sahaja. Kemudian Khalifah, Sultan dan Raja yang berkuasa memecahkan dan membangunkan semula pagar batu itu dengan batu marmar.

Berdasarkan kepada sabda Rasulullah  , sebahagian dari Hijir Ismail itu adalah termasuk dalam Kaabah. Ini diriwayatkan oleh Abu Daud dari 'Aisyah r.a. yang bermaksud, 'Dari 'Aisyah r.a. katanya; "Aku sangat ingin memasuki Kaabah untuk melakukan sembahyang di dalamnya. Rasulullah   memegang tanganku dan memasukkan aku ke dalam Hijir Ismail sambil berkata " Sembahyanglah kamu di Hijir jika kamu hendak masuk ke dalam Kaabah kerana kaum engkau (orang Quraisy) telah meninggalkan bahagian ini di luar semasa mereka membina semula Kaabah".

Orang yang telah mengerjakan tawaf disunatkan mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat di Hijir Ismail selepas berdoa dan mengerjakan solat sunat di Maqam Ibrahim.

Telaga Zam Zam

sunting

Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan kerana boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadis Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.

Kawasan telaga Zam-zam kini telah ditutup oleh pihak berkuasa Arab Saudi.

Galeri

sunting

Rujukan

sunting

Petikan

sunting
  1. ^ "Location of Masjid al-Haram". Google Maps. Dicapai pada 24 September 2013.
  2. ^ Daye, Ali (21 Mac 2018). "Grand Mosque Expansion Highlights Growth of Saudi Arabian Tourism Industry (6 mins)". Cornell Real Estate Review (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 Februari 2019.
  3. ^ "Makkah crane crash report submitted". Al Arabiya. 14 September 2015. Dicapai pada 15 September 2015.
  4. ^ "Saudi Arabia to restart work on $26.6 bln Grand Mosque expansion". Reuters (dalam bahasa Inggeris). 2017-08-17. Dicapai pada 2019-02-14.
  5. ^ "Saudi Arabia announces extraordinary measures to protect Mecca and Medina from coronavirus". Middle East Eye (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2020-03-08.
  6. ^ "Official Spokesperson for the Two Holy Mosques: Suspending presence and praying in the squares of Two Holy Mosques starting tomorrow". Saudi Press Agency (dalam bahasa Inggeris). 20 Mac 2020. Dicapai pada 20 Mac 2020.

Rujukan lain

sunting

Pautan luar

sunting