Bunga tetramer Ludwigia octovalvis menunjukkan kelopak (petal) dan sepal
Selepas mekar, sepal Hibiscus sabdariffa menjadi buah hiasan boleh dimakan

Sepal (/ˈsɛpəl/ atau /ˈspəl/)[1][2][3] ialah sebahagian daripada bunga angiosperma (tumbuhan berbunga). Istilah sepalum dicipta oleh Noël Martin Joseph de Necker pada 1790, dan datang daripada bahasa Greek σκεπη, "penutup/pembalut".[4][5]

Secara keseluruhan, sepal dipanggil kaliks,[6] bahagian pusaran paling luar yang membentuk sebuah bunga. Perkataan kaliks diambil daripada Latin calyx,[7] Calyx berasal daripada Greek καλυξ kuntum, sekam atau balutan, daripada Sanskrit kalika, kuntum.[8]

Biasanya hijau, sepal lazimnya berfungsi melindungi bunga dalam kuntum, dan selalunya mempunyai fungsi menyokong kelopak apabila mekar.[9]

RujukanSunting

  1. ^ Daripada Perancis sépale, daripada Latin Baru sepalum, paduan sep- daripada Greek skepē, "penutup/pembalut" dan -alum daripada Latin Baru petalum, "kelopak", dipengaruhi Perancis pétale "kelopak".
  2. ^ "sepal". Oxford Dictionary.
  3. ^ "sepal". Collins Dictionary.
  4. ^ Stearn, William T. (2000). Botanical Latin, Ed. ke-4: 38-39. ISBN 0-88192-321-4
  5. ^ Necker, N.J. de (1790). Corollarium ad Philosophiam botanicam Linnaei 18, 31
  6. ^ Shorter Oxford English dictionary, Ed. ke-6. United Kingdom: Oxford University Press. 2007. m/s. 3804. ISBN 0199206872.
  7. ^ Jackson, Benjamin, Daydon; A Glossary of Botanic Terms with their Derivation and Accent; Diterbitkan Gerald Duckworth & Co. London, Ed. ke-4 1928
  8. ^ Tucker, T. G. (1931). A Concise Etymological Dictionary of Latin. Halle (Saale): Max Niemeyer Verlag.
  9. ^ Beentje, Henk (2010). The Kew Plant Glossary. Richmond, Surrey: Royal Botanic Gardens, Kew. ISBN 978-1-84246-422-9., m/s. 106

Lihat jugaSunting