Haid (Jawi: حيض), datang bulan (bahasa halus[1]) atau menstruasi (Ubt.[2]) merujuk kepada satu fisiologi tetap dan teratur yang dialami oleh perempuan yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang perempuan akan kehilangan darah. Tempoh pembiakan seseorang perempuan dicirikan dengan perubahan ritma pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritma ini dikenali sebagai kitaran haid.

Kitaran haid

Fungsi kitaran haid ialah untuk menghasilkan ovum yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk penempelan embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, ovum akan mengalami kemerosotan dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui faraj.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadang kala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang biasa ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang biasa dan sihat ialah antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus perempuan yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi perempuan yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 mililiter. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah antara 60 hingga 200 mililiter.

Sesetengah perempuan akan mengalami simptom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Dalam tempoh tersebut, wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan perempuan. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh perempuan tersebut. Mereka yang mengunjungi kedai farmasi akan ditemu bual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada perempuan berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temu bual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.

Umum (Overview) sunting

Wanita mula mengalami haid dan merupakan tahap akhir bagi kematangan bagi wanita. Usia purata awal haid bagi manusia adalah 12 tahun, tetapi biasanya antara usia 8 hingga 16. Faktor seperti keturunan, permakanan dan kesihatan keseluruhan mungkin mempercepat atau melambatkan awal haid.[3] Pengakhiran kitaran haid pada akhir usia pembiakan wanita dikenali sebagai putus haid (menopause). Usia putus haid bagi wanita adalah 51 tahun, dengan tempoh antara 40 dan 58 adalah perkara biasa. Putus haid sebelum usia 35 dianggap pramatang. Usia putus haid kebanyakannya disebabkan warisan; bagaimanapun, penyakit, sesetengah pembedahan, atau rawatan perubatan mungkin menyebabkan putus haid berlaku lebih awal.[4]

Tempoh kitaran haid biasanya berbeza, dengan sesetengah kitaran pendek dan sesetengah kitaran lebih panjang. Wanita yang mengalami perbezaan kurang dari lapan hari antara tempoh kitaran terpanjang dan terpendek dianggap sebagai mempunyai kitaran haid yang tetap. Ia adalah luar biasa bagi wanita mengalami perbezaan kitaran haid kurang dari empat hari. Perbezaan antara lapan dan 20 hari dianggap serdahana tidak tetap. Perbezaan antara 21 hari atau lebih dalam tempoh kitaran haid terpanjang dan terpendek dianggap tidak tetap.[5]

Kitaran haid dikira dari hari pertama aliran haid, disebabkan permulaan haid selari dengan kitaran hormon. Kitaran haid mungkin dibahagi kepada beberapa fasa, dan tempoh setiap fasa berbeza bagi wanita dengan wanita lain dan dari kitaran dengan kitaran. Nilai purata diberikan di bawah:

Nama fasa Hari
fasa haid 1–4
fasa follicular (juga dikenali sebagai fasa proliferative) 5–13
ovulasi (bukan fasa tetapi kejadian membahagi fasa) 14
fasa luteal (juga dikenali sebagai fasa rembesen (secretory) 15–26
fasa ischemik (sesetengah sumber mengumpulkan fasa ini dengan fasa rembesen) 27–28

Semasa fasa follicular, lapisan Endometrium pada uterus menebal, dirangsang oleh peningkatan jumlah estrogen. Follicles dalam ovari mula membentuk di bawah pengaruh gabungan rumit hormon, dan selepas beberapa hari satu atau dua folikel (follicles) menjadi dominan (folikel lain menjadi pengun dan mati). Folikel dominan membebaskan ovum atau telur dalam kejaidan yang dikenali sebagai ovulasi. (Sebiji telur yang disenyawakan dengan spermatozoon akan menjadi satu zigot, mengambil masa satu hingga dua minggu untuk bergerak ke bawah melalui tiub fallopio sehingga ke uterus. Jika telur tidak disenyawakan dalam tempoh sehari selepas ovulasi, ia akan mati dan diserap oleh badan wanita.[6]) Selepasa ovulasi baki folikel dalam ovari membentuk corpus luteum; ia mempunyai fungsi utama bagi menghasilkan sejumlah besar progesterone. Di bawah pengaruh progesterone, lapisan uterus endometrium bertukar untuk kemungkinan pembenihan embrio bagi kehamilan. Sekiranya pembenihan tidak berlaku dalam tempoh dua minggu, corpus luteum akan mati, menyebabkan kejatuhan merudum dalam paras progesterone dan estrogen. Kejatuhan hormon ini menyebabkan uterus meluruhkan lapisannya dalam proses yang dikenali sebagai haid.

Fasa dalam kitaran haid sunting

Haid sunting

Haid atau juga dikenali sebagai pendarah haid, datang bulan, atau uzur. Pendarahan haid merupakan tanda seseorang wanita tidak hamil. (Bagaimanapun, ini bukan pasti, kerana kadang-kala terdapat sedikit pendarah semasa tempoh awal mengandung yang dikenali sebagai bunting pelanduk dikalangan orang Melayu.) Semasa tahun wanita subur, ketiadaan haid merupakan tanda pertama kepada wanita bahawa dia mungkin mengandung.

Eumenorrhea menandakan haid normal, tetap yang berlansung selama beberapa hari (biasanya 3 hingga 5 hari, tetapi 2 hingga 7 hari turut dianggap biasa).[7] Purata kehilangan darah semasa haid adalah 35 millilitres dengan 10–80 ml dianggap biasa;[8] ramai wanita turut menyedari penyingkiran lapisan endometrium yang kelihatan sebagai tisu bercampur darah. Enzim dipanggil plasmin — terkandung dalam endometrium — cenderung menghalang darah dari membeku. Disebabkan kehilangan darah ini, wanita mempunyai keperluan diat bagi besi berbanding lelaki bagi menghalang kekurangan besi. Ramai wanita mengalami kekejangan uterus semasa tempoh ini (kekejangan teruk atau simptom lain dikenali sebagai senggugut (dysmenorrhea)). Industri yang besar bagi keluaran berasaskan haid telah terbentuk bagi membantu wanita semasa haid.

Fasa folikel sunting

Melalui pengaruh peningkatan dalam hormon penggalak folikel (follicle stimulating hormone - FSH), lima sehingga tujuk tahap folikel ovari disediakan bagi kemasukan dalam kitaran haid akan datang.Folikel ini, yang telah membesar bagi sebahagian besar tahun itu dalam proses yang dikenali sebagai folliculogenesis, bersaing sesama sendiri bagi dominan. Di bawah pengaruh beberapa hormon, kesemua kecuali satu folikel akan mengalami atresia, sementara satu (atau kadang-kala dua) folikel dominan akan terus matang. Ketika matang, folikel merembes estradiol dalam jumlah meningkat, iaitu sejenis estrogen.

Estrogen yang dirembas oleh folikel, memulakan pembentukan lapisan baru endometrium dalam uterus, histologikal dikenali sebagai proliferative endometrium. Estrogen turut merangsang kamar dalam pangkal rahim bagi menghasilkan lendir subur pada pangkal rahim, yang mungkin disedari oleh wanita yang mengamalkan sedar kesuburan (fertility awareness).

Ovulasi sunting

 
Ovari hampir membebaskan telur.

Apabila telur matang, ia merembes estradiol yang mencukupi bagi memulakan pembebasan hormon luteinizing (LH) akut. Dalam kitaran purata peningkatan LH bermula sekitar hari ke-12 dan mungkin berterusan selama 48 jam. Pembebasan LH mematangkan telur dan melemahkan dinding folikel di ovari. Proses ini mendorong kepada ovulasi: pembebasan ovum yang kini matang, sel terbesar dalam badan (dengan keratan rentas sekitar 0.5 mm). Dari ovari mana — kiri atau kanan — ovuum muncul pada asasnya secara rawak; tiada kordinasi kiri/kanan wujud. Telor itu ditolak masuk kedalam tiub fallopian oleh fimbria - cebisan tisu pada hujung setiap tiub fallopian. Sekiranya persenyawaan berlaku, ia akan berlaku dalam tiub fallopian.

Pada sesetengah wanita, ovulasi menyebabkan ciri kesakitan yang dikenali sebagai senggugut mittelschmerz (istilah Jerman bererti 'sakit tengah') yang mungkin berlansung selama beberapa jam. Pertukaran mengejut hormon pada tempoh ovulasi turut menyebabkan pendarahan ringan tengah-kitaran bagi sesetengah wanita. Telor yang tidak disenyawakan akhirnya lerai atau larut.

Fasa Luteal sunting

Corpus luteum merupakan jisim pepejal yang terbentuk dalam ovari selepas telor telah dibebaskan kedalam tiub fallopian yang terus membesar dan membahagi seketika. Selepas ovulasi, sisa folikel bertukar membentuk corpus luteum dengan sokongan hormon pituitari. Corpus luteum ini akan menghasilkan progesterone sebagai tambahan kepada estrogens bagi selama 2 minggu berikut. Progesterone memainkan peranan penting dalam menukar proliferative endometrium menjadi lapisan penerima rembesen bagi pembenihan dan sokongan bagi awal hamil. Ia meningkatkan suhu badan sebanyak setengah hinmgga satu darjah Fahrenheit (suku hingga setengah darjah Celsius), dengan itu wanita yang merakamkan suhu badan mereka secara harian akan menyedari bahawa mereka mamasuki fasa luteal. Sekiranya persenyawaan telor telah berlansung, ia akan mengembara sebagai blastocyst awal melalui tiub fallopian ke rongga uterine dan terbenam pada lapisan ovari selama 6 hingga 12 hari selepas ovulasi. Tidak lama selepas pembenihan, embrio yang sedang membesar akan memberi isyarat kepada sistem keibuan. Salah satu isyarat terawal terdiri daripada human chorionic gonadotropin (hCG), hormon yang dapat diukur oleh ujian kehamilan. Isyarat ini penting bagi mengekalkan corpus luteum dan membolehkannya agar terus menghasilkan progesterone. Sekiranya kehamilan tidak berlaku dan tanpa hCG, corpus luteum mati dan aras inhibin dan progesterone merosot. Ini akan menyediakan keadaan bagi kitaran selanjutnya. Progesterone withdrawal leads to menstrual shedding (progesterone withdrawal bleeding), and falling inhibin levels allow FSH levels to rise to raise a new crop of follicles.

Tempoh kesuburan sunting

Panjang tempoh fasa follicular — dan dengan itu panjang tempoh kitaran haid — mungkin berubah dengan banyaknya. Bagaimanapun fasa luteal, hampir sentiasa mengambil tempoh jumlah hari yang sama bagi setiap wanita: Sesetengah wanita mempunyai fasa 10 hari, yang lain 16 hari, sementara purata adalah 14 hari. Sperma mampu hidup dalam wanita selama 3 hari secara purata, dengan tempoh sehingga lima hari dianggap biasa. Kehamilan disebabkan hayat sperma sehingga lapan hari pernah direkodkan.[9][10][11] Tempoh paling subur (masa kemungkinan kehamilan berlaku disebabkan hubungan kelamin) merangkumi tempoh masa 5 hari sebelum ovulasi sehingga 1–2 days selepas ovulasi. Dalam kitaran purata 28 hari dengan 14-hari fasa luteal, ini bersamaan dengan minggu kedua dan permulaan minggu ketiga kitaran haid. Kaedah mengelak kehamilan menggunakan pintar subur (Fertility awareness) cuba menentukan tempoh tepat ovulasi bagi menentukan hari kemungkinan subur dan tidak subur dalam kitaran haid.

Mereka yang mendengar mengenai kitaran haid dan ovulasi sering kali silap menganggap, bagi tujuan mencegah kehamilan, bahawa kitaran haid tetap mengambil masa 28 hari, dan ovulasi sentiasa berlaku 14 hari selepas permulaan haid. Anggapan ini mungkin mendorong kepada kehamilan tidak dirancang. Ambil perhatian juga bahawa bukan semua pendarahan dianggap haid, dan ini boleh mengelirukan semasa pengiraan tempoh subur mereka.

Sekiranya wanita ingin hamil, tempoh paling subur berlaku antara 19 dan 10 hari sebelum jangkaan haid. Ramai wanita menggunakan kit pengesan ovulasi yang mengesan kehadiran peningkatan LH dalam air kencing untuk menunjukkan tempoh paling subur. Sistem mengesan ovulasi lain bergantung kepada pengamatan satu atau lebih dari tiga tanda kesuburan utama (suhu badan (basal body temperature), cecair pangkal rahum, dan kedudukan pangkal rahim).

Dikalangan wanita yang tinggal berdekatan, permulaan haid cenderung untuk berlaku serentak. Kesan McClintock mula digambarkan pada 1971, dan kemungkinannya dijelaskan melalui tindakan pheromone pada 1998.[12] Bagaimanapun, kajian selanjutnya mempertikaikan keputusan ini.[13]

Kawalan hormon sunting

Kitaran haid dikawal dengan amat terperinci. Selama beberapa tahun, penyelidik telah bertelingkah berkenaan system pengurusan mana yang mempunyai kawalan akhir: hipothalamus, pituitari, atau ovari dengan pertumbuhan folikel; tetapi kesemua tiga sistem kelihatannya berinteraksi. Dalam kesemua kejadian, folikel yang membesar mempunyai peranan penting: ia mematangkan lapisa, memberikan suapbalas yang berkenaan kepada hipothalamus dan pituitari, dan mengubah perubahan lendir pada pangkal rahim servix.

Gonadal sunting

Dua hormon seks memainkan peranan dalam pengawalan kitaran haid: estrogen dan progesterone:

  • Estradiol memuncak dua kali, semasa pertumbuhan folikel dan semasa fasa luteal.
  • Progesterone kekal hampir tiada sebelum ovulasi, tetapi menjadi kritikal semasa fasa luteal dan semasa kehamilan. Kebanyakan ujian bagi ovulasi mengesan bagi kehadiran progesterone.

Selepas ovulasi, corpus luteum — yang terbentuk dari folikel pecah dan kekal dalam ovari — merembeskan kedua-dua estradiol dan progesterone. Hanya sekiranya kehamilan berlaku hormon muncul bagi menghentikan kitaran haid, sementara penghasilan estradiol dan progesterone berterusan. Pengawalan hormon tidak normal mendorong kepada gangguan dalam kitaran haid.

Hipothalamus dan pituitari sunting

Hormon seks ini dibawah kawalan kelenjar pituitari, dan kedua FSH dan LH memainkan peranan penting:

  • FSH menggalakkan folikel ovari dalam ovari untuk membesar dan matang.
  • LH mecetuskan ovulasi.

Gonadotropin-membebaskan hormon bagi hipothalamus mengawal pituitari, tetapi kedua pituitari dan hipothalamus menerima suapbalas dari folikel.

Kesan kitaran haid pada sistem saraf sunting

Sesetengah wanita dengan pengalaman neurologi mengalami peningkatan aktiviti pada masa yang sama setiap bulan. 80 peratus wanita dengan epilepsi mengalami peningkatan serangan kekejangan berbanding biasa dalam fasa kitaran mereka apabila progesterone menurun dan estrogen meningkat.

Tikus telah digunakan sistem uji kaji bagi menyiasat kemungkinan mekanisma darimana aras hormon steroid seks mungkin mengawal fungsi sistem saraf. Semasa sebahagian kitaran estrous tikus ketika mana progesterone memuncak, paras sel saraf penerima GABA subtaip delta adalah tinggi. Disebabkan penerima GABA merupakan berpotensi memendam pancasinaptik (Inhibitory postsynaptic potential), sel saraf dengan penerima delta lebih tinggi cenderung kurang menembak berbanding sel yang mempunyai sedikit penerima delta. Semasa bahagian kitaran estrous tikus ketika mana paras estrogen adalah lebih tinggi berbanding paras progesterone, jumlah penerima delta merosot, meningkatkan lagi aktiviti sel saraf, yang seterusnya meningkatkan kecenderungan bagi keresahan dan kekejangan.[14]

Ovulasi tersembunyi sunting

Tidak sebagaimana spesies lain, pertikaran fizikal luaran wanita ketika ovulasi tidak ketara. Sebaliknya, spesies lain seringkali menunjukkan kecenderungan mengawan dangan resah, bengkak, dan/atau pertukaran warna pada kawasan kelamin. Manusia merupakan mamalia tunggal yang tidak menampakkan ciri ovulasi jelas yang dapat dilihat secara luaran semasa ovulasi, sungguhpun sesetengah mengatakan bahawa tempoh estrus berpanjangan bagai bonobo (wanita dalam usia membiak subur bagi 75% dari kitaran haid mereka)[15] has a similar effect to the lack of a "heat" in human females.[16] While women can be taught to recognize their own ovulation (fertility awareness), whether men can detect ovulation in women is highly debated. At least one recent study has argued that men are more likely to initiate sex with fertile women[17], while another has found male-initiated sex to occur at a constant rate throughout the menstrual cycle.[18]

Ovari sebagai bank telor sunting

Bukti menunjukkan bahawa telor dihasilkan dari sel germ awal kehidupan fetus.Jumlah ini berkurangan kepada anggaran 400,000 hingga 450,000 ova tidak matang pada setiap ovari semasa remaja (puberty). Kitaran haid, sebagai keadaan biologi, pada kebiasaannya membenarkan ovulasi hanya satu telor setiap bulan. Dengan itu sepanjang jangka hayat tempoh pembiakan mereka, wanita akan menghasilkan sekitar 400 hingga 450 telor matang. Kesemua telor ini larut dalam proses yang dikenali sebagai atresia. Disebabkan kesemua bekalan telor wanita terbentuk semasa hayat fetal,[19] untuk dimatangkan (ovulated) berabad kemudian, ia telah dicadangkan bahawa sepanjang jangka hayat yang panjang mungkin mendorong khromatin telor lebih cenderung kepada masalah pembahagian, pecah, dan mutasi berbanding khromatin sperma, yang dihasilkan secara berterusan sepanjang jangka hayat pembiakan lelaki.

Kitaran luar biasa sunting

Pendarahan sunting

Pendarahan yang banyak atau jumlah melebihi 80 ml (hipermenorrhea atau menorrhagia) adalah tidak normal.

Pendarahan amat sedikit (kurang dari 10ml) dikenali sebagai hipomenorrhea.

Pendarahan berpanjangan (metrorrhagia, juga sebagai meno-metrorrhagia) tidak lagi menunjukkan pola selingan yang jelas. Pendarahan kegagalan uteria (Dysfunctional uterine bleeding) merujuk kepada aliran luar biasa yang disebabkan oleh hormon, biasanya anovulation.

Kesemua pendarahan tidak normal memerlukan perhatian perubatan; ia mungkin menunjukkan ketidak seimbangan hormon, fibroid pada uterus, atau masalah lain. Disebabkan wanita yang mengandung mungkin berdarah, ujian kehamilan mungkin membentuk sebahagian daripada penilaian pendarahan tidak normal.

Panjang kitaran sunting

Istilah perubatan bagi kitaran dengan selang 21 hari atau kurang adalah polymenorrhea dan, sebaliknya, istilah bagi selang kitaran melebihi 35 hari adalah oligomenorrhea (atau amenorrhea sekiranya selang melebihi 180 hari).

Amenorrhea merujuk kepada ketiadaan haid berpanjangan bagi wanita dalam tempoh membiak. Sebagai contoh, wanita dengan lemak badan amat rendah, seperti ahli sukan, mungkin berhenti datang haid. Amenorrhea turut berlaku semasa hamil.

Haid awal sunting

Keadaan remaja precocious (precocious puberty) telah menyebabkan haid berlaku kepada gadis semuda lapan bulan.[20]

Pencegah kehamilan dan haid sunting

Pilihan hormon sunting

Hormon seperti estrogen dan progesterone membentuk sebahagian besar bahan aktif utama dalam kaedah kawalan kehamilan seperti pil. Biasanya ia menyebabkan aliran bulanan yang secara kasar menurut kitaran haid dari segi zahirnya, tetapi menghalang ovulasi. Dengan kebanyakan pil, wanita mengambil pil hormon selama 21 hari, diikuti dengan 7 hari pil placebo tidak berfungsi atau berhenti sama sekali, kemudian kitaran ini bermula sekali lagi. Semasa 7 hari pil placebo, pendarahan kerana berhenti withdrawal berlaku; ini berbeza dengan haid biasa, dan dengan berhenti mengambil placebos dan terus dengan batch pil hormon berikut mungkin menghalangnya. (Terdapat dua versi pil yang utama: monophasik dan triphasik. Dengan pil triphasik, meninggalkan placebos dan terus dengan dos bulan berikutnya mampu menyebabkan wanita mengalami pengalaman tompok (spotting) atau pendarahan pencapaian (breakthrough bleeding). Pada 2003, U.S. Food and Drug Administration (FDA) meluluskan pil mencegah kehamilan dos monophasik rendah yang menyebabkan pendarahan kerana berhenti "withdrawal" setiap 3 bulan. Satu lagi versi pil adalah Loestrin Fe, yang hanya mempunyai "minggu" empat hari 'placebo (placebos itu sebenarnya tambahan zat besi bertujuan menggantikan besi yang hilang akibat pelupusan dinding uterine); tiga placebos lain digantikan dengan pil hormon aktif. Sistem ini bertujuan meringkaskan tempoh haid. Mircette mengandungi beberapa hari pil estrogen sahaja sebagai tambahan kepada gabungan pil estrogen/progestin biasa, bagi kes di mana wanita yang mempunyai masalah dengan estrogen rendah semasa hari placebo dengan pil lain.

Jenis lain kawalan kehamilan lain yang memberi kesan kepada haid termasuk Nuvaring varginal dan bawah kulit - transdermal patch (seperti pek pil piwaian, hormon aktif diberikan selama tiga minggu, diikuti satu minggu rehat bagi pendarahan) dan suntikan (yang mampu menyekat pendarahan selagi suntikan diambil setiap dua belas minggu, sungguhpun pendarah tompok adalah kesan sampingan).

Kesan pada haid sunting

Kesemua kaedah tersebut direka bagi mengawal pendarahan bulanan. Disebabkan ini, ia seringkali menjadi pilihan wanita yang ingin mengawal kekerapan dan panjang haid mereka, sering kali bagi kemudahan dan terutamanya apabila faktor seperti tidak tetap atau apabila ia menimbulkan masalah. Hormon pencegak kehamilan juga terbukti memperbaiki faktor haid seperti kekejangan, pendarahan banyak, dan isu fizikal dan emosi berkait dengan haid.

Kawalan dan kelenturan sunting

Kaedah hormon yang dikawal oleh pengguna hari demi hari, termasuk pil, cincin, dan pelekat, tidak semestinya digunakan menurut kitaran piwaian takwim. Kegunaannya boleh ditukar dan diganti dalam pelbagai cara bagi menangguh atau melangkau tempoh haid apabila kemudahan diinginkan (contoh., mengembara atau pemeriksaan puan (gynecological) yang dijadualkan), kenikmatan peribadi (seperti hubungan intim yang dijangka seperti perkahwinan), atau kesihatan (termasuk haid menyakitkan atau sensitif kepada lonjakan hormon). Samajuga, pemberhentian mengejut mampu menyebabkan haid pencapaian (breakthrough) pertengahan kitaran.

Kaedah pencegah kehamilan lain sunting

Kebanyakan IUD tidak direka bagi memberi kesan kepada haid atau pendarahan pencapaian (breakthrough), tetapi ia mampu meningkatkan kekejangan atau pendarahan banyak disebabkan kedudukannya dalam uterus. IUD Mirena membebaskan sejumlah kecil dos hormon berterusan seperti progesterone, yang kadang kala mampu menghentikan haid. Tubal sterilization alone will not affect menstruation, though the ablation option often performed at the same time will cause menstruation to cease. Histerektomi sudah pasti menghentikan haid kerana ia membabitkan penyingkiran uterus (dan kadang kala ovari, tiub fallopian, dan pangkal rahim). Kaedah sedar subur (Fertility awareness) tidak memberi kesan sendirian, tetapi membabitkan pemantauan teliti pelbagai bentuk, yang mana tempoh haid itu sendiri adalah penting.

Haid dan bulan sunting

Sumber tradisi bersetuju bahawa kitaran haid berkait dengan kitaran bulan. Sumber ini kebanyakannya menunjukkan bahawa wanita haid semasa anak bulan, dan mengalami ovulasi semasa bulan mengambang. Sungguhpun bukti saintifik mengenainya adalah lemah, masalahnya mungkin disebabkan bahawa wanita kini tinggal dipersekitaran bandar di mana bulan bukanlah sumber cahaya waktu malam yang penting. Fakta bahawa wanita yang bekerja pada shif malam, di mana mereka didedahkan kepada cahaya terang pada waktu malam, sering kali mengalami haid tidak tetap, merupakan satu contoh di mana rima cerah dan gelap memberi kesan kepada fisiologi hormon, termasuk kitaran haid.[21]

Perkataan haid dalam bahasa Inggeris itu sendiri berkait dengan bulan. Istilah "menstruation" dan "menses" datang dari perkataan Latin mensis (bulan), yang sebaliknya berkait dengan bahasa Greek mene (bulan) dan akar kepada perkataan Inggeris bulan — membayangkan fakta bahawa bulan turut mengambil masa sekitar 28 hari bagi mengelilingi Bumi (sebenarnya 27.32 hari). Takwim bulan synodical, tempoh antara dua bulan baru (atau bulan mengambang), adalah 29.53 hari.

Dalam buku 1975 oleh Louise Lacey dia merakamkan pengalaman dirinya dan 27 rakannya yang mendapati bahawa apabila mereka mengalihkan kesemua cahaya buatan pada waktu malam, kitaran haid mereka mula menurut rima kitaran bulan. Dia mengelar teknik itu sebagai Lunaception.[22] Later studies in both humans[23] and animals[24] telah mendapati bahawa cahaya buatan memberi kesan kepada kitaran haid manusia dan kitaran estrus pada tikus (kitaran lebih sekata dalam ketiadaan cahaya buatan pada waktu malam), sungguhpun tiada yang mengulang penyelarasan haid wanita dengan kitaran bulan. Seorang penulis mencadangkan bahawa kesensitif kitaran wanita dengan cahaya disebabkan kekurangan zat sesetengah vitamins dan galian.[25]

Rujukan sunting

  • Gangestad SW, Simpson JA, Cousins AJ, Garver-Apgar CE, Christensen PN (2004). "Women's preferences for male behavioral displays change across the menstrual cycle". Psychol Sci. 15 (3): 203–7. PMID 15016293.CS1 maint: multiple names: authors list (link)

Nota sunting

  1. ^ "datang bulan". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ "menstruasi". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  3. ^ "At what age does a girl get her first period?," from Menstruation and the Menstrual Cycle, National Women's Health Information Center (accessed June 11, 2005)
  4. ^ Shuman, Tracy (February 2006). "Your Guide to Menopause". WebMD. Dicapai pada 2006-12-16.
  5. ^ Kippley, John (1996). The Art of Natural Family Planning (ed. 4th Edition). Cincinnati, OH: The Couple to Couple League. m/s. p. 92. ISBN 0-926412-13-2. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); |pages= has extra text (bantuan); |edition= has extra text (bantuan)
  6. ^ http://www.americanpregnancy.org/gettingpregnant/understandingovulation.html
  7. ^ >The National Women's Health Information Center (November 2002). "What is a typical menstrual period like?". U.S. Department of Health and Human Services. Dicapai pada 2005-06-11.
  8. ^ David L Healy (2004-11-24). "Menorrhagia Heavy Periods - Current Issues". Monash University. ABN 12 377 614 012. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-10-16. Dicapai pada 2007-11-19.
  9. ^ Ball M (1976). "A prospective field trial of the "ovulation method" of avoiding conception". Eur J Obstet Gynecol Reprod Biol. 6 (2): 63–6. PMID 985763.
  10. ^ Dr Evelyn Billings & Ann Westmore (2005). "Trials of The Billings Ovulation Method". Dicapai pada 2005-11-03.
  11. ^ Sinha G, Sinha A (1993). "A field trial of Billings' ovulation method for spacing and limitation of birth". J Indian Med Assoc. 91 (10): 255–6. PMID 8308307.
  12. ^ Stern K, McClintock MK (1998). "Regulation of ovulation by human pheromones". Nature. 392 (6672): 177–9. PMID 9515961.
  13. ^ Adams, Cecil (2002-12-20). "Does menstrual synchrony really exist?". The Straight Dope. The Chicao Reader. Dicapai pada 2007-01-10. Check date values in: |date= (bantuan)
  14. ^ Maguire, J.L. . . . and I. Mody. (2005). "Ovarian cycle-linked changes in GABAA receptors mediating tonic inhibition alter seizure susceptibility and anxiety". Nature Neuroscience. 8 (June): 797–804. External link in |title= (bantuan)
  15. ^ Lanting, Frans; Waal, F. B. M. de (1997). Bonobo: the forgotten ape. Berkeley: University of California Press. m/s. p.107. ISBN 0-520-20535-9. Dicapai pada 2007-09-05. |pages= has extra text (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  16. ^ Stanford, Craig B. (March–April 2000). "The Brutal Ape vs. the Sexy Ape? The Make-Love-Not-War Ape". American Scientist. 88 (2): 110. doi:10.1511/2000.2.110. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-15. Dicapai pada 2007-09-05.CS1 maint: date format (link)
  17. ^ Petrie, M. (August 2004). "Female facial attractiveness increases during the fertile phase of the menstrual cycle". Proc.R.Soc.Lond.B (Suppl.). 271: S270–S272. doi:10.1098/rsbl.2004.0174.
  18. ^ Susan B. Bullivant, Sarah A. Sellergren, Kathleen Stern; dll. (February 2004). "Women's sexual experience during the menstrual cycle: identification of the sexual phase by noninvasive measurement of luteinizing hormone". Journal of Sex Research. 41 (1): 82–93. PMID 15216427. Explicit use of et al. in: |author= (bantuan)CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  19. ^ Krock, Lexi (October 2001). "Fertility Throughout Life". 18 Ways to Make a Baby. NOVA Online. Dicapai pada 2006-12-24. Haines, Cynthiac (January 2006). "Your Guide to the Female Reproductive System". The Cleveland Clinic Women's Health Center. WebMD. Dicapai pada 2006-12-24.
  20. ^ Mikkelson, Barbara (2004-07-21). "Youngest Mother". Snopes.com. Dicapai pada 2006-07-02. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  21. ^ Cohen S. "Melatonin, menstruation and the moon" Townsend Letter for Doctors and Patients, Feb-March, 2005.[1]
  22. ^ Lacey, Louise. Lunaception: A Feminine Odyssey into Fertility and Contraception. New York: Coward, McCann & Geoghegan, 1975.
  23. ^ Singer, Katie. "Fertility Awareness, Food, and Night-Lighting". Wise Traditions in Food, Farming and the Healing Arts, Spring 2004. See section on Night-Lighting.
  24. ^ Harder, Ben. Bright nights kindle cancers in mice. Science News, Week of Aug. 28, 2004; Vol. 166, No. 9 , p. 141.
  25. ^ Shannon, Marilyn. Fertility, Cycles, and Nutrition. Cincinnati, Ohio: The Couple to Couple League International, 2001. pp. 71–72.

Pautan luar sunting

Produk Kesihatan