Faraj (Jawi: فرج), kuntum (bahasa halus[1]), puki atau pepek (bahasa kasar) ialah saluran tiub yang menuju dari uterus ke luar badan mamalia berplasenta dan marsupial betina, atau ke kloaka burung, monotrem, dan sebilangan reptilia betina. Serangga-serangga dan invertebrata-invertebrata yang lain juga mempunyai faraj yang merupakan bahagian akhir oviduktus. Dalam percakapan biasa, istilah "faraj" sering digunakan untuk merujuk kepada puki atau genitalia perempuan amnya; sebenarnya faraj merupakan struktur dalaman yang khusus dan puki merupakan genitalia luar sahaja. Bibir-bibir dan bahagian-bahagian lain juga dianggap sebagai sebahagian faraj dalam penggunaan umum.

Faraj
Pandangan hadapan skematik pada anatomi wanita.
Vulva dengan bulu ari-ari yang dibuang dan labia yang dipisahkan untuk menunjukkan pembukaan faraj:
Butiran
Pendahuluurogenital sinus and paramesonephric ducts
Arterisuperior part to uterine artery, middle and inferior parts to vaginal artery
Uratuterovaginal venous plexus, vaginal vein
Saraf
  • Sympathetic: lumbar splanchnic plexus
  • Parasympathetic: pelvic splanchnic plexus
Limfaupper part to internal iliac lymph nodes, lower part to superficial inguinal lymph nodes
Pengenalpastian
nama bahasa LatinVagina
MeSHD014621
TAA09.1.04.001
FMAFMA:19949
Terminologi anatomi
Faraj

Peristilahan Sunting

Faraj serapan Arab: فَرْج, rumi: farj bermaksud "kembang", "diluaskan" terbitan kata kerja فَرَجَ faraja "melapangkan".[2]

Kata puki ڤوكي‎ diturunkan dari kata akar Proto-Austronesia *puki bukan sahaja untuk bukaan ini malah merangkumi seluruh alat sulit wanita.[3] Ia kata yang kasar dibawa malah dijadikan kata makian.

Anatomi Sunting

 
Anatomi vulva skematik.

Faraj (tidak rasmi pepek, cipap, poen) manusia ialah sebuah saluran berotot elastik kenyal seperti plastik yang menganjur di dalam tubuh perempuan. Ia biasanya pendek sedikit dan lebih nipis dari saiz zakar lelaki sederhana, sekurang-kurangnya panjangnya 4 inci (100 mm) dan 1 inci (25 mm) pada garis (walaupun ada banyak perbezaannya pada individu dari wanita ke wanita) tetapi keanjalannya menyebabkan ia untuk dapat menerima zakar-zakar yang lebih besar. Ia menyambungkan vulva di luar ke pangkal rahim pada uterus di bahagian dalam. Kalau wanita itu berdiri tegak, tiub vagina tercacak ke atas dan ke belakang, serta membentuk suatu sudut yang lebih sedikit daripada 45 darjah dengan uterus. Lubang vagina ialah pada hujung belakang (kaudal) vulva, di belakang lubang uretra. Di atas faraj adalah Mons Veneris. Faraj, bersama-sama dengan bahagian dalam vulva, biasanya berwarna merah jambu yang serupa dengan semua membran mukus dalaman di dalam mamalia-mamalia. Panjang, lebar dan bentuk faraj boleh berlainan. Ketika seorang wanita beranak dan semasa persetubuhan, faraj melebar dan memanjang sebanyak 2-3 kali.

Pelincir vagina dihasilkan oleh kelenjar Bartholin berdekatan dengan pembukaan faraj dan serviks dan juga meresap dalam dinding faraj (yang tidak mengandungi sebarang kelenjar).

Selaput daramembran terletak di belakang bukaan uretra — menutup sebahagian daripada faraj dalam kebanyakan organisma, termasuk sesetengah wanita, semenjak kelahiran sehingga ia dipecah oleh persetubuhan, atau oleh sebilangan aktiviti lain, termasuk pemeriksaan perubatan, kecederaan, sesetengah jenis latihan, kemasukan objek asing, dsb. Akan tetapi, harus dicatatkan bahawa persetubuhan tidak selalu meyebabkan selaput dara rosak, dan ia juga tidak benar bahawa seorang wanita dengan selaput dara yang tidak rosak bermakna dia seorang dara.

Fungsi faraj Sunting

Pada pandangan biologi, faraj mengerjakan fungsi-fungsi berikut:

  • Memberikan jalan airan darah haid untuk meninggalkan badan.
  • Aktiviti seks
  • Melahirkan anak

Darah haid Sunting

Faraj memberikan laluan untuk haid keluar dari badan.

Penyingkiran darah lama secara semulajadi ini pada dahulunya seringkali menimbulkan kepayahan kepada kaum wanita dalam mengerjakan kegiatan seharian mereka sama ada dari faktor kesihatan mahupun budaya - lagi-lagi dengan pantang larang yang diwujudkan menyentuh keadaan ini. Namun, penemuan yang telah dikembangkan dalam zaman moden kini seperti tampon, cangkir atau cecawan haid (menstrual cup) dan tuala wanita telah meringankan beban ini di mana penyerapan cecair terbuang menggunakan alat-alat ini memudahkan kaum wanita bergiat seperti biasa.

Kegiatan seks Sunting

Tumpuan hujung-hujung saraf yang terletak dekat lubang vagina boleh menyebabkannya merasai seronok semasa aktiviti seks apabila dia dirangsangkan dengan cara yang dia suka, dan mungkin berakhir dengan puncak syahwat. Aktiviti ini termasuk persetubuhan heteroseksual di mana zakar pasangannya dicucuk ke dalam vaginanya. Semasa persetubuhan, haba, tekanan dan geseran vagina pada zakar merangsangkan lelaki, biasanya menyebabkannya mencapai puncak syahwat dan pancutan mani, yang boleh menyebabkan persenyawaan dan kehamilan. Terdapat zon badan yang mudah terangsang yang dipanggil titik G di dalam vagina (di bahagian anterior vagina, kira-kira lima sentimeter dari lubang). Sesetengah perempuan (walaupun dikatakan hanya merupakan minoriti) boleh mengalami puncak syahwat yang amat kuat jika titik Gnya dirangsangkan dengan cara betul semasa bersetubuh atau melakukan aktiviti seks yang lain. Ada orang yang mengatakan bahawa puncak syahwat titik G menyebabkan pancutan perempuan yang telah dipertikaikan.faraj yang lembut akan menyebabkan zakar panjang 5cm

Melahirkan anak Sunting

Semasa melahirkan anak, faraj memberikan laluan untuk mengeluarkan fetus(bayi)) daripada uterus(rahim)) untuk hidup sendiri di luar badan ibunya.

Kesihatan dan kebersihan seks Sunting

Faraj pada dirinya adalah organ yang membersihkan diri dan tidak perlu pengolahan atas nama kebersihan diri. Douche tidak digalakkan oleh doktor-doktor kerana amalan ini mengganggu keseimbangan flora vagina dan boleh menyebabkan penyakit keradangan pelvis.

Faraj diuji ketika pemeriksaangynecological, biasanya menggunakan instrumen yang dipanggil sebuah speculum, yang membiarkan faraj terdedah untuk inspeksi gambaran atau mengambil sampel (sila lihat pap smear).

Berbagai penyakit dapat menjejaskan faraj termasuk barah dan jangkitan kulat kandidiasis. Sila lihat kesihatan vulvovaginal.

Hubungan dengan manusia Sunting

Budaya Barat menganggap subjek ini dilarang. Seorang dimainkan oleh Eve Ensler digelar sebagai The Vagina Monologues adalah contoh jarang pada perkataan ini dalam budaya kebanyakan.

Faraj juga dikenali oleh banyak perkataan, banyaknya dianggapkan kurang sopan dan di larang. Perkataan seks yang terumum dalam Bahasa Melayu ialah puki, pantat , cipap, Tundun, burit dan pepek. Atau dalam loghat Sabah adalah pukitai manakala Sarawak pula keting. Dalam Bahasa Indonesia faraj dipanggil memek, bokep dan meki. Perkataan seperti pepek, puki dan cipap juga sama digunakan di Indonesia. Berbagai nama beraneka dan julukan ciptaan lain juga umum digunakan.

Lihat juga Sunting

Rujukan Sunting

  1. ^ Anisah Barakbah (2017). "Alat Sulit/Kuntum/Faraj". Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. ISBN 9789671330593.
  2. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 277. ISBN 967-65-7321-3.
  3. ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*puki: vulva, vagina". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 7 Julai 2022.

Pautan luar Sunting