CRC Press, LLC merupakan kumpulan penerbitan yang berpengkalan di Amerika Syarikat berkepakaran menerbitkan buku-buku teknikal. Kebanyakan penerbitan mereka berkaitan kejuruteraan, sains dan matematik. Skop mereka termasuklah buku-buku dalam bidang perniagaan, forensik dan teknologi maklumat. CRC Press kini merupakan sebahagian daripada Taylor & Francis, yang merupakan anak syarikat Informa.

CRC Press
Fail:CRC Press.png
Syarikat indukTaylor & Francis
StatusAktif
Diasaskan pada1973 (sebagai syarikat penerbitan)
Negara asalAmerika Syarikat
Lokasi ibu pejabatBoca Raton, Florida
PengedaranSeluruh dunia
Topik bukan fiksyenBuku-buku teknikal bukan cereka (kejuruteraan, sains, matematik, perniagaan, teknologi maklumat)
ImprinChapman & Hall, Productivity Press, Auerbach Publications[1]
Laman web rasmicrcpress.com

Sejarah sunting

CRC Press telah diasaskan sebagai Chemical Rubber Company (CRC) pada 1903 oleh tiga orang adik beradik iaitu Arthur, Leo dan Emanuel Friedman di Cleveland, Ohio, berdasarkan perusahaan yang lebih awal oleh Arthur, yang telah mula menjual apron makmal getah pada tahun 1900.[2][3] Syarikat itu secara beransur-ansur diperluaskan kepada jualan peralatan makmal untuk ahli kimia. Pada 1913 CRC menawarkan buku panduan ringkas (116 muka surat), Rubber Handbook sebagai insentif ke atas setiap pembelian sedozen apron. [3][4] Semenjak itu, Rubber Handbook telah dikembangkan menjadi buku perdana CRC, CRC Handbook of Chemistry and Physics.[4]

Pada 1964, Chemical Rubber memutuskan untuk menumpukan perhatian pada perusahaan penerbitan, dan pada 1973, syarikat ini telah menukar nama kepada CRC Press, Inc, dan keluar dari perniagaan pembuatan.[2][4]

Pada 1986, CRC Press telah dibeli oleh Times Mirror Company.[5] Times Mirror mula memikirkan kemungkinan penjualan CRC Press pada 1996, dan pada bulan Disember 1996, mereka mengumumkan penjualan CRC Press kepada Information Ventures.[6][7] Pada 2003, CRC menjadi sebahagian daripada Taylor & Francis, yang mana pada 2004 menjadi sebahagian daripada penerbit dari UK Informa.[4][8]

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Auerbach Publications". Dicapai pada 27 September 2016.
  2. ^ a b "Encyclopedia of Cleveland History: CRC PRESS, INC". Case Western Reserve University. Dicapai pada 2015-11-11.
  3. ^ a b "CRC Press-Taylor & Francis Group - Engineering Education Suppliers Guide". engineeringeducationsuppliersguide.com. Dicapai pada 2015-11-11.
  4. ^ a b c d CRC Press Pioneers in Publishing Diarkibkan 2009-01-25 di Wayback Machine, accessed 5 April 2009.
  5. ^ ROSENSTIEL, THOMAS B.; CROOK, DAVID (1986-11-29). "Times Mirror to Buy Broadcasting Magazine and CRC". Los Angeles Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0458-3035. Dicapai pada 2015-11-11.
  6. ^ Rose, Frederick (13 March 1996). "Times Mirror Plans To Explore Options For Book Divisions". The Wall Street Journal. Dow Jones & Company, Inc. Dicapai pada 11 September 2015 – melalui Proquest. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  7. ^ Millot, Jim (16 December 1996). "Times Mirror reorganization completed, Willes says". Publishers Weekly. PWxyz, LLC. Dicapai pada 11 November 2015 – melalui Proquest. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)
  8. ^ "Taylor & Francis to acquire CRC Press". Publishers Weekly. PWxyz, LLC. 250 (10). 10 March 2003. Dicapai pada 11 November 2015 – melalui Proquest. Unknown parameter |subscription= ignored (bantuan)

Pautan luar sunting