Penjara atau jel ialah tempat kurungan dari pelbagai kemudahan dan kebebasan. Penjara secara umumnya adalah institusi yang diatur pemerintah dan merupakan sebahagian daripada sistem kehakiman dan pengadilan jenayah suatu negara, atau sebagai kemudaha untuk menahan tahanan perang.

Allied prisoners of war after the liberation of Changi Prison, Singapore - c. 1945.jpg

SejarahSunting

Beberapa ahli falsafah Yunani Purba seperti Plato mula membina pendapat untuk menggunakan hukuman untuk membetulkan pesalah berbanding secara suka-suka. Pada asalnya, pemenjaraan dilaksanakan terhadap mereka yang tidak mampu membayar denda. Lama-kelamaan, memandangkan warga Athens miskin tidak dapat membayar denda sehingga memperoleh tempoh penjara yang tak terbatas, batas-batas waktu mula ditetapkan.[1] Penjara dalam Athens purba dikenali sebagai desmoterion ("tempat berantai").[2]

Jumlah tahanan duniaSunting

Lebih dari 9 juta orang dipenjara di seluruh dunia ketika ini. Populasi tahanan penjara di kebanyakan negara meningkat dengan mendadak pada awal tahun 1900-an.

Jumlah tahanan Amerika Syarikat adalah yang terbanyak berdasarkan negara, melebihi 2 juta orang; 70% daripadanya merupakan tahanan kes dadah. Di Rwanda, hingga tahun 2002, lebih dari 100,000 orang ditahan dengan kecurigaan mengenai penglibatan mereka dalam pembunuhan yang terjadi pada tahun 1994.

Rusia dan China (dengan populasi 5 kali lebih besar dari AS) juga mempunyai jumlah tahanan melebihi 1 juta pada tahun 2002. Tiada data yang tersedia untuk Korea Utara.[3]

Britain mempunyai 73,000 tahanan pada 2003, serupa dengan jumlah yang dimiliki Jerman dan Perancis.

RujukanSunting

  1. ^ Allen, Danielle S. "Punishment in Ancient Athens". Harvard University, Center for Hellenic Studies. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-03.
  2. ^ Roth, Michael P. (2006). Prisons and Prison Systems: A Global Encyclopedia. Greenwood Publishing. m/s. xxvi. ISBN 9780313328565. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-15.
  3. ^ [1] Diarkibkan 2009-03-25 di Wayback Machine, [2]

Pautan luarSunting

  •   Media berkenaan Penjara di Wikimedia Commons