Pontian Kecil merupakan sebuah bandar di Daerah Pontian, Johor, Malaysia. Nama ini diambil dari nama Sungai Pontian yang merentasi pekan ini dan bandar Pontian yang terletak di kuala sungai. Jadi kuala Sungai Pontian menjadi menjadi laluan bot nelayan pantai keluar dan masuk setiap pagi dan malam. Ramai penduduknya bekerja sebagai tauke, tekong dan awak-awak. Biasanya mereka adalah nelayan pantai di Selat Melaka dan mendaratkan ikan di kuala Pontian Kecil.

Pontian Kechil

Unit pelancongan kerajaan negeri Johor telah memajukan pekan ini dengan perancangan bandar yang lebih berkesan. Pantai paya bakau yang menghadap Selat Melaka telah dibina benteng daripada ketulan-ketulan batu memanjang. Oleh itu hakisan ombak dapat disekat dan bangunan perniagaan serta rekreasi telah dibina. Sebuah replika buah nanas telah dibina kerana Pontian juga terkenal dengan buah nanas.