Tan Tock Seng
Tan Tock Seng (Bahasa Cina: 陳篤生 ; pinyin: Chén Dǔshēng; Pe̍h-ōe-jī: Tân Tok-seng; 1798–1850) ialah seorang saudagar dan ahli filantropi Singapura dilantik sebagai Kapitan China pulau tersebut oleh kerajaan Negeri-Negeri Selat pada ketika itu.
Kapitan Tan Tock Seng | |
---|---|
陳篤生 | |
Kapitan Cina Singapura | |
Didahului oleh | Kapitan Choa Chong Long |
Digantikan oleh | Kapitan Tan Kim Ching |
Kawasan pilihan raya | Singapore |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1798 Melaka, Tanah Melayu (kini Malaysia) |
Mati | 24 February 1850 (aged 52) |
Tempat semadi | Outram Road, Singapura[1] |
Pasangan | Lee Seo Neo (李淑娘) |
Anak | Kapitan Tan Kim Ching, Tan Teck Guan and Tan Swee Lim |
Ibu bapa | Tan Guat Teong (bapa) Kow Geok Neo (ibu) |
Dikenali dengan | Tan Tock Seng Hospital[2] |
Beliau datuk kepada Tan Chay Yan, seorang saudagar terkenal di Tanah Melayu. Hospital Tan Tock Seng dan Jalan Tan Tock Seng yang ada di negara kota ini dinamakan sempena beliau.
Biografi
suntingAwal hidup
suntingBeliau lahir di Melaka, Tanah Melayu tahun 1798;[3] ayahnya seorang imigran Orang Hokkien manakala ibunya seorang Cina Peranakan.[4] Beliau berpindah ke Singapura tahun 1819 untuk mencuba nasib baharu di mana beliau menjual hasil ladang termasuk buah sayur dan ayam itik, kesungguhannya dalam bekerja menjadikan beliau seorang peniaga yang berjaya dan ternama.
Kerjaya politik
suntingBeliau menjadi cukup dipercayai sehingga beliau diamanahkan sebagai ketua hakim pertama bangsa Asia di Singapura lantikan Gabenor William John Butterworth. He was skillful at settling feuds among the Chinese and was accustomed to bear the expenses of burying poor Chinese.
Pada tahun 1844, Tan menyumbangkan sebanyak $5,000 (dalam nilai rupee India mengikut matawang semasa) kepada perancangan membina Hospital Tan Tock Seng di Pearl's Hill, ia hasil budi beliau yang berasa kasihan terhadap banyak orang miskin dan sakit yang dilihatnya semasa berniaga.[5] Isterinya Lee Seo Neo yang memiliki sebuah ladang kelapa di Geylang turut menyumbang kepada pembinaan wad perempuan di sana. Hospital ini dipindahkan ke kawasan terkini (Jalan Tan Tock Seng) apabila bangunan lama menjadiuzur dan tidak lagi mampu menampung pesakit banyak.
Tan turut menyumbang kepada pembinaan tokong Tao Thian Hock Keng di Telok Ayer tahun 1842 untuk para pendatang Fujian.
Senja hidup
suntingTan meninggal dunia usia 52 tahun 1850 akibat menghidap penyakit tidak dikenal pasti. Beliau meninggalkan enam orang anak.
Peninggalan
suntingBeliau memiliki banyak tanah utama termasuk 50 ekar (200,000 m²) kawasan stesen kereta api dan sebidang tanah menjangkau dari Padang ke High Street dan Tank Road; serta juga aset sederet rumah kedai dan sebuah ladang buah pala bersama seorang saudaranya. Ketiga-tiga anak lelaki beliau (Tan Kim Ching, Tan Teck Guan and Tan Swee Lim) mewarisi pemilikan kesemua tanah ini, anak sulungnya Tan Kim Ching turut mengambil alih menjaga hospital tinggalan ayah mereka. Tiga anak perempuannya pula mewarisi hadiah 36,000 dolar Selat sebagai tampungan sendiri; salah sati anak ini berkahwin dengan Lee Cheng Tee, seorang pemilik syarikat limbungan Cheng-Tee Watt-Seng & Co.
Beliau antara tokoh diperingati selain Sang Nila Utama, Munshi Abdullah dan Naraina Pillai semasa keraian dwiabad Singapura moden dengan terdirinya patung-patung arca di tepian Sungai Singapura tahun 2019.[6]
Rujukan
sunting- ^ "Tan Tock Seng". National Library Board. Dicapai pada 9 Januari 2015.
- ^ "Tan Tock Seng Hospital".
- ^ One Hundred Years' History of the Chinese in Singapore
- ^ Leo Suryadinata (2012). Southeast Asian Personalities of Chinese Descent: A Biographical Dictionary, Volume I & II. Institute of Southeast Asian Studies. ISBN 981-4345-21-0.
- ^ "Tan Tock Seng Hospital". streetdirectory.com. Dicapai pada 9 January 2015.
- ^ "4 arca baru hiasi tepian Sungai S'pura bagi memperingati tokoh-tokoh pembangunan negara". Berita Mediacorp. 1 April 2019. Dicapai pada 11 Ogos 2020. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan)