Kongkang (bahasa Inggeris: Slow Loris) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Kongkang merupakan salah satu dari tiga spesies loris yang dikelaskan dalam genus Nycticebus: Kongkang Sunda (Nycticebus coucang)[1], Kongkang Bengal (Nycticebus bengalensis) dan Kongkang Kerdil (Nycticebus pygmaeus). Primate Strepsirhini bergerak perlahan ini terdapat dari Borneo dan selatan Filipina di Asia Tenggara, sepanjang Bangladesh, Vietnam, Indonesia, India (Timur laut India, Bengal), selatan China (kawasan Yunnan), dan Thailand. Mereka diburu kerana mata mereka yang besar, yang bernilai dalam perubatan tradisi tempatan, menjadikan mereka dalam daftar spesies terancam.[2] Nama Indonesia adalah malu malu.[3] Spesies Kerdin disenaraikan sebagai terancam oleh Perkhidmatan Haiwan Liar dan Perikanan Amerika Syarikat.[4] International Union for Conservation of Nature and Natural Resources Red List of Threatened Species mengelaskan Kongkang Jawa sebagai spesies terancam dan semua spesies kongkang lain sebagai lemah.

Kongkang
Pengelasan saintifik
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Lorisidae
Genus:
Nycticebus
Spesies:
N. coucang
Nama binomial
Nycticebus coucang
Subspesies

Nycticebus coucang
Nycticebus bengalensis
Nycticebus pygmaeus
Nycticebus javanicus
Nycticebus menagensis

Range map showing ranges of several species: the Sunda slow loris complex (N. coucang) in Thailand, Malaysia, and Indonesia; the Bengal slow loris (N. bengalensis) in east India, China, Bangladesh, Bhutan, Burma, Thailand, Laos, Vietnam, and Cambodia; and the pygmy slow loris ('N. pygmaeus) in Vietnam and Laos.
Taburan Nycticebus
merah = N. pygmaeus;
biru = N. bengalensis;
coklat = N. bancanus, N. borneanus, N. coucang, N. javanicus, N. kayan & N. menagensis

Ciri-ciri fizikal sunting

Kongkang adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Mamalia. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga Lorisidae. Kongkang adalah haiwan berdarah panas, melahirkan anak, menjaga anak, dan mempunyai bulu di badan.

Kongkang adalah sejenis binatang yang pemalu dan bentuknya menyerupai monyet kecuali di bahagian mata. Saiz matanya agak besar dan agak menakutkan. Biasanya kongkang menyorokkan diri di celah-celah rimbunan daun-daun. Kongkang tidak mempunyai keluarga yang ramai atau tidak bergerak dalam kumpulan yang ramai. Pergerakan di atas dahan juga agak perlahan. Matanya sedikit kemerahan.

Kongkang dewasa bersaiz antara 21 hingga 38 cm (8.3 hingga 15.0 in), bergantung kepada spesies, dan berat sehingga 2 kg (4.4 lb). Ekornya hanya kontot, dan kaki dan tangannya hampir sama panjang. Bulu kongkang yang pendek dan tebal boleh memiliki pelbagai warna, tetapi yang paling biasa adalah kelabu kemerah-merahan dengan bahagian bawah putih. Kongkang memiliki ibu jari yang bersetentangan maju, yang digunakan bagi mencekam dan mengenggam dahan, dan belakang yang amat lentur. Salur darah tersusun khas pada pergelangan tangan dan buku lali (rete mirabile) menghalang kekejangan otot dan membenarkan kongkang untuk mencekam untuk tempoh masa yang panjang. Mereka memiliki cakar berdandan pada satu kaki. Matanya luas dan mengarah kehadapan dan juga ke atas, dan penglihatan warna adalah minima. Telinga mereka kecil dan hampir tersorok dalam bulu. Kongkang biasanya lebih kuat berbanding slender loris, dan memiliki deria bau yang kuat.

 
Kongkang Kerdil betina (Nycticebus pygmaeus) berpaut pada lengan

Bentuk tempurung kongkang sebagaimana yang dijangka, menyerupai tempurung kepala suborder Strepsirhini/Prosimii. Sebagai contoh, kamar otaknya rendah dan berbentuk bujur; kedua-dua bahagian hadapan (""frontal lobe" mahupun belakang ("lobus oksipital") banyak berkembang. Tambahan lagi, rekahan hadapan ("frontal suture" jelas kelihatan dan tulang lacrimal terletak di luar soket mata. Tabiat kongkang aktif malam ("nocturnal") menghasilkan mata yang agak besar. Kongkang memiliki postorbital closure, tetapi tidak memiliki "orbital closure" lengkap. Hubungan ruang spatial antara cecincin tympanic dan bulla pada kongkang dikelaskan sebagai bersambung di bahagian dalam. Tidak seperti sebahagian besar ahli kepada subordor Prosimii, kongkang tidak memiliki bulla yang kembung. Foramen magnumnya terletak di kedudukan lebih di belakang ("posterior position"). Bergerak ke dalam bahagian tengkorak ("cranium"), terdapat pemisahan antara dua mesial incisors yang menyerupai moist rhinarium yang terdapat pada Strepsirhinis. Ciri-ciri berbeza antara dua superkeluarga Lemuroidea dan Lorisoidea adalah hidung seperti paip, pendek kongkang. Akhir sekali, sebagaimana dijangka, splanchnocranium bagi N. coucang adalah pada tahap yang sama seperti neurocraniumnya.

Sama seperti bentuk tengkorak ("cranial"), bentuk gigi ("dental morphology" bagi kongkang adalah serupa dengan kumpulan Strepsirhines yang lain. Rahangnya berbentuk V dan tidak bercantum dan formula pergigian adalah  . Sungguhpun memiliki jumlah gigi yang sama, gigi rahang atas "maxilla" mempunyai aturan yang agak berlainan berbanding yang pada bahagian rahang. Terdapat ruang antara kebanyakan gigi seri mesial dan ke empat-empat gigi serinya adalah amat kecil. Pada bahagian rahang, gigi seri dan taringnya adalah selari. Bentuk gigi taring menyerupai gig seri (incisiform). Sambungan melintang kesemua bentuk enam gigi ini membentuk sisir gigi. Kehadiran sisir gigi tersebut disebabkan oleh tiga bentuk kegunaan yang berbeza: diet, sosial, dan pertahanan. Akibat kehadiran gigi taring pada sisir gigi, P2 juga berubah bentuk dan menyerupai taring (kaniform). Kondilus mandibular bagi kongkang adalah hampir pada tahap yang serupa dengan permukaan gigi berpadu ("occlusal"), yang menyebabkan gigi belakang berpadu sebelum gigi hadapan.Kehadiran proses glenoid mengawal pergerakan rahang. Oleh kerana kongkang merupakan primate frugivoris, puncak giginya adalah rendah dan mulat, tidak tajam dan runcing.

Sifat semulajadi kongkang yang bergerak perlahan menggunakan keempat anggotanya membentuk anatomi tengkorak belakangnya ("postcranial "). Bergerak cara ini memerlukan badan yang melentur (kelenturan menegak dan pusingan tulang belakang) dengan gengaman kukuh. Pemanjangan vertebra lumbalis membantu membina badan kongkang yang mudah melentur. Tambahan lagi, selain itu scapulas terletak amat melintang ("laterally") dan lebar. Ini membantu N. coucang yang sering memanjat. Oleh kerana tiada pasangan anggotanya yang menguasai pergerakan, tangan dan kaki belakangnya adalah hampir sama panjang; indeks intermembralnya menghampiri 1.Dua ciri kongkang yang menonjol bagi kesemua kongkang adalah kaki dan tangannya. Tangannya memiliki telapak yang lebar dan keupayaan mencapah ("pollex") 180º berbanding jejari lain. Jari II menjadi amat berkurangan, dengan itu membenarkan genggaman yang lebih luas dan kuat. Tangannya ketiadaan jaringan antara jari ("interdigital webbing") antara jari III, IV, dan V, yang membenarkan jari melebar lebih luas. Kakinya sama dengan tangannya, kecuali hallux adalah lebih besar berbanding pollex. Pada kaki terdapat satu cakar; kesemua jari lain memiliki kuku. Keupayaan mengenggam ini membenarkan memanjat dan bergayut yang merupakan ciri-ciri pergerakan kongkang.

Pertahanan sunting

Kongkang mampu untuk menghasilkan toxin yang dicampurkan dengan air liurnya sebagai pertahanan daripada musuh-musuhnya. Ibu kongkang akan menjilat toksin ini pada anaknya sebelum meninggalkan mereka untuk mencari makanan. Toksin dihasilkan oleh kelenjar pada bahagian dalam siku mereka. Kongkang menyedutnya ke dalam mulut mereka dan menyampaikannya apabila mereka menggigit atau menjilat.[5] Gigi Kongkang menyebabkan bengkak yang menyakitkan, dan toksin adalah ringan dan tidak membawa maut. Kes kematian manusia disebabkan oleh anaphylactic shock.[6] Sekiranya toksin tidak menghalang pemangsa, Kongkang perlahan sering akan jatuh dari cawangan ke tanah dan melancarkan bola pelindung.

Permakanan sunting

Kongkang merupakan maserba yang memakan daging apabila berpeluang, biasanya memakan serangga, siput, mengkarung, burung kecil, telor, dan haiwan bertulang belakang yang lain. Dengan gerakan perlahan dan senyap, mereka mengendap mangsa dan menangkapnya dengan menyambar menggunakan kedua belah tangan. Apabila daging tiada, mereka makan buah, daun muda, dan getah pokok. Kadar metabolis kongkang adalah 40% lebih rendah berbanding anggaran berasaskan saiz.

Pembiakan sunting

Kongkang merupakan poligami[7] dan membiak sepanjang tahun. Selepas tempoh gestasi sekitar 190-hari, kongkang betina melahirkan seekor (atau jarang sekali dua) anak. Kongkang biasanya terhad pada satu atau dua anak setahun. Bagaimanapun, kongkang kerdil (Nycticebus pygmaeus) memiliki tabiat mengawan bermusim. Kongkang betina mula subur pada Februari dan March, dan bayi dilahirkan pada akhir musim panas. Kongkang kerdil turut memiliki bilangan anak yang besar. Sekurang-kurangnya 50% sarang memiliki lebih dari satu anak, dan terdapat dokumen di mana empat anak direkodkan dalam satu sarang. Kongkang yang baru dilahirkan menggenggam erat pada perut ibunya (atau kadang-kala pada bapanya). Anak kecil dilahirkan agak berkembang, dan siibu akan meletakkan mereka di dahan pada waktu malam ketika mencari makanan. Anak kongkang mula makan makanan pejal ketika berusia empat minggu dan berhenti menyusu ketika berusia enam bulan. Kematangan seksual dicapai pada sekitar 10 hingga 24 bulan. Jangka hayat kongkang adalah sekitar 14 tahun hidup liar dan 26 tahun dalam kurungan.

Kebiasaannya, Kongkang makan pisang ataupun buah-buahan yang lembut isinya. Kebiasaannya ia gemarkan buah-buahan manis. Kongkang juga menggemari serangga kecil seperti ulat, cengkerik dsbnya.

Pengekalan sunting

Kongkang merupakan haiwan yang dilindungi and memerlukan lesen pemburuan.

Perlindungan sunting

Perdagangan haram sunting

Kongkang telah menjadi mangsa perdagangan haram kerana permintaan ramai sebagai haiwan peliharaan eksotik. Perkara ini sungguh teruk sehingga menjadi penyebab utama penurunan populasi kongkang dan menyebabkan spesies kongkang didaftar dalam senarai haiwan yang dikelaskan sama ada 'Terjejas' atau 'Terancam' oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN) dalam Senarai Merah.[8]

Berikut merupakan proses perdagangan haram kongkang:[9]

  1. Beribu-ribu kongkang ditangkap untuk dijual di jalanan atau kedai haiwan. Biasanya, seluruh keluarga kongkang ditangkap untuk perdagangan itu.
  2. Sebelum dijual, gigi kongkang dicabut dengan menggunakan pengepit kuku, playar atau alat pemotong yang lain tanpa menjalankan anestetik. Ini bertujuan supaya melindungi seseorang daripada gigitan berbisa seekor kongkang. Namun, perbuatan ini sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan jangkitan atau kematian.
  3. Kemudian, kongkang dihantar melalui lori yang gelap, terlebih muatan dan mempunyai pengudaraan yang buruk. Keadaan ini boleh meningkatkan kadar kematian daripada 30% ke 90%. Lebih teruk lagi, kongkang yang dijumpai biasanya disertakan dengan beberapa ekor kongkang yang sudah mati.

Rujukan sunting

  1. ^ Protection of Wild Life Act 1972
    LAWS OF MALAYSIA<br<Act 76
  2. ^ Burton, Maurice (2002). International Wildlife Encyclopedia. 11 (ed. 3rd). Marshall Cavendish. m/s. 1490–1492. ISBN 9780761472759. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan)
  3. ^ Piper, Ross (2007). Extraordinary Animals: An Encyclopedia of Curious and Unusual Animals. Greenwood. ISBN 9780313339226.[halaman diperlukan]
  4. ^ "Lesser Slow loris (Nycticebus pygmaeus)". U.S. Fish and Wildlife Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-15. Dicapai pada 16 May 2009.
  5. ^ The Guardian. Text "/loris-illegal-animal-trade-indonesia" ignored (bantuan); Missing or empty |title= (bantuan); |access-date= requires |url= (bantuan)
  6. ^ Wilde, H. (1972). "Anaphylactic Shock Following Bite by a 'Slow Loris,' Nycticebus Coucang" (PDF). American Journal of Tropical Medicine and Hygiene. 21 (5): 592–594. ISSN 0002-9637.
  7. ^ "Mammals". Grzimek's Animal Life Encyclopedia. 14 (ed. 2nd). Gale. 2004. m/s. 13–21.
  8. ^ "http://news.mongabay.com/2011/03/cute-umbrella-video-of-slow-loris-threatens-primate/"> Hance, Jeremy (2011).  "'Cute' umbrella video of slow loris threatens primate"
  9. ^ "http://www.internationalanimalrescue.org/how-slow-loris-became-someones-pet"> International Animal Rescue, How slow loris became someone's 'pet

Pautan luar sunting