Dalam konteks bidang geopolitik Eropah zaman pertengarah, sesebuah kerajaan atau negara boleh mempunyai wilayah pinggiran (bahasa Inggeris: march, Belanda: mark dedua turunan Proto-Jerman *marko seakar Latin margo "pinggir"[1][2]) seperti zon penampan yang didirikan kubu demi pertahanan daripada serangan pihak jiran. Keluasan lazimnya lebih kurang sama dengan kaunti tetapi diutamakan lebih tinggi dengan pemimpin bangsawan (marquis atau margrave– setaraf temenggung) berbanding kaunti baisa yang dipimpin seorang count.

Semasa zaman kerajaan Islam Andalusiyah, Kekhalifahan Qurtubah mendirikan tiga "perbatasan" (Arab: ثَغْر thaghr muf. ثُغُـوْرthughūr jam.)[3] utama:[4][5]

  • Perbatasan Hulu (الثَغْر الأعلىAth-Thaghr al-Aʿlā), ibukota: Sarakustah
  • Perbatasan Tengah (الثَغْر الأوسطAth-Thaghr al-Awsaṭ) merangkumi wilayah lembah Ebro antara pesisiran Laut Rum dan sesungai Douro dan Tajo, ibukota: Tulaitilah dan Madinah Salim
  • Perbatasan Hilir (الثَغْر الأدنىAth-Thaghr al-Adnā) di pesisir barat semenanjung termasuk Usbunah, ibukota: Mardah dan Batalyus

Raja Charlemagne sendiri mendirikan kawasan pinggiran Hispanica (Latin: Marchia Hispanica, Sepanyol: Marca Hispánica, Arab: ثَغْر الإسباني, rumi: Ath-Thaghr al-Isbānī) sebagai perbentengan mempertahankan empayar baginda daripada kemaraan tentera Islam Andalusiyah dari Perbatasan Hulu mereka.

Gambaran tentang keberbahayaan kawasan march di mana writ raja tidak dapat berkuasa, berbeza dengan keadaan di dewan atau istananya, telah dibayangkan oleh puisi, Beowulf, berkenaan dengan sekeping tanah paya di tepi tasik yang dikuasai oleh raksasa Grendel: "the fell and fen his fastness was, the march his haunt" yang lebih kurang berbunyi "bukit dan tanah paya kubunya, march itu tempat tumpuannya".

Nama "Denmark" mengekalkan kata seasal bahasa Norse Lama, merki ("sempadan"), mörk ("hutan kecil", "hutan"), sehingga hari ini.

Rujukan

sunting
  1. ^ Online Etymology Dictionary
  2. ^ Lihat:
    • M. Philippa, F. Debrabandere, A. Quak, T. Schoonheim & N. van der Sijs, penyunting (2009). "mark (grens)". Etymologisch Woordenboek van het Nederlands. Amsterdam – melalui EtymologieBank. ...gelatiniseerd marca, marcha ‘grensstreek’... < [Proto-Germaans] *markō- ‘grens’, afleiding van *mark- ‘segment, afgescheiden deel’...verwant met Latijn margō ‘rand, grens’...CS1 maint: multiple names: editors list (link)
    • K. Prent; J. Adisubrata; W. J. S. Poerwadarminta (1969). "margo". Kamus Latin-Indonesia. Jogjakarta: Penerbitan Jajasan Kanisius. m/s. 520. tepi; pinggir; kelim; batas
  3. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 57. ISBN 967-65-7321-3.
  4. ^ Guzmán, Roberto Marín (2006). Sociedad, política y protesta popular en la España musulmana. Universidad de Costa Rica. m/s. 68. ISBN 9968936960.
  5. ^ Manuela Marín, penyunting (1962). The Formation of al-Andalus, Part 1: History and Society (ed. cetakan semula 2016). Routledge. m/s. 380. ISBN 9780860787082.