Geopolitik ialah kajian yang menganalisis geografi, sejarah, serta sains sosial, dengan rujukan kepada politik antarabangsa. Ia memeriksa kepentingan politik dan strategi geografi, dengan geografi ditakrifkan dari segi lokasi, keluasan dan sumber kawasan-kawasan.

Perkataan ini telah dicipta oleh Rudolf Kjellén, seorang ahli sains politik Sweden, pada permulaan abad ke-20. Kjellén telah diilhami oleh ahli geografi Jerman, Friedrich Ratzel, yang menerbitkan bukunya, Politische Geographie (geografi politik) dalam tahun 1897. Buku itu dipopularkan dalam bahasa Inggeris oleh diplomat Amerika, Robert Strausz-Hupé, seorang ahli fakulti Universiti Pennsylvania.