Lotud
Lotud merupakan salah satu kumpulan etnik dalam bangsa rumpun Dusunic yang tinggal di Sabah, Malaysia Timur di pulau Borneo. Mereka tinggal terutamanya di daerah Tuaran dan juga segelintir di mukim pekan Telipok, Kota Kinabalu di dalam Bahagian Pantai Barat Sabah. Penduduk mereka dianggarkan sebanyak 5,000 pada tahun 1985 tetapi kini dipercayai telah menjadi lebih daripada 20,000. Mereka merupakan kumpulan sub-etnik Dusun, juga dikenali sebagai Kadazan-Dusun.[1][2]
Kawasan ramai penduduk | |
---|---|
Malaysia; Sabah | |
Bahasa | |
Lotud, Melayu, Inggeris | |
Agama | |
Kristian (majoriti), Animisme, Islam | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Kadazan-Dusun |
Keluarga bahasa Dusun merupakan salah satu cabang bahasa Melayu-Polinesia, yang merupakan cabang bahasa Austronesia. Hampir semua suku kaum ini menganut agama Katolik dan beberapa agama Kristian evangelis, dengan bilangan yang sedikit masih mengamalkan animisme.[3] Menurut lisan, etnik ini pada masa dahulu digelar sebagai suku pemburu kepala.[4] Orang Dusun, orang Indonesia (Mungkin), yang mempunyai minat yang sedikit untuk memburu kepala, mendiami kawasan dataran, kaki bukit dan kawasan tanah tinggi di kedua-dua daerah. Mereka adalah petani yang sangat baik dan pada umumnya pekerja keras, peramah, walaupun agak mabuk, damai, dan malah pengecut, walaupun mereka melakukan eksploitasi memburu kepala.[5]
Etnik Lotud mempunyai dunia rohani mereka. Dalam dunia rohani Lotud, Kinohoringan (Tuhan) dan isterinya, Umsumundu, dipercayai secara meluas bahawa mereka mencipta manusia pertama dan segala-galanya di alam semesta. Asug Tantagas wujud di alam rohani sebagai jiwa pakar ritual Lotud, atau tantagas, yang dihantar ke dunia rohani untuk memujuk Hajin Sambawon[6] untuk memudahkan pelepasan roh-roh manusia yang terperangkap. Dalam dunia Lotudspiritual, Asug Tantagas berfungsi sebagai pengantara antara dunia manusia dan alam rohani.
Bahasa
suntingEtnik Lotud mempunyai bahasanya tersendiri iaitu digelar sebagai bahasa Suang Lotud. Ertinya, Suang adalah bermaksud 'Dalam' atau 'Kumpulan' manakala Lotud adalah nama kaum. Kod bahasa resmi bagi Bahasa Lotud ialah DTR.[7]
Bahasa Dusun Moden | Bahasa Suang Lotud | Bahasa Melayu |
---|---|---|
Kopisanangan | Kopiranggayan | Selamat/ Salam Sejahtera |
Poinsikou | Palad-Palad | Terima Kasih |
Hay Jumuyu | Hai Semua | |
Tadau | Adaw | Hari |
Sinsilog | Bodung | Belud |
Penempatan
suntingPenduduk
suntingMenurut bancian 1911, penduduk asli kedua-dua daerah mengikut kaum ialah —
Rumah
suntingRumah Suang Lotud tradisional terdiri daripada enam bahagian iaitu soliu, soriba, rapuhan, kawas, pantaran dan tilud. Mengikut sistem kepercayaan Etnik ini, rumah-rumah mereka adalah tiruan dari rumah-rumah di dunia roh.[8]
- Soliu atau ruang tamu berfungsi sebagai tempat perbincangan, perjumpaan dan upacara adat.
- Soriba atau ruang di bahagian bawah juga digunakan sebagai tempat tidur untuk tetamu.
- Rapuhan berfungsi sebagai dapur dan terbahagi kepada salahan dan pahah untuk mengeringkan daging. Kawasan yang dipisahkan oleh dinding adalah tempat tidur anak perempuan yang belum berkahwin.
- Pantaran pula ruang laluan dan menyimpan bekas simpanan air untuk membasuh kaki serta tangan sebelum masuk ke dalam rumah.
- Tilud adalah ruang untuk menyimpan padi dan produk pertanian.
Kini, rumah panjang tradisional Lotud adalah bentuk seni bina tradisional yang merupakan pencapaian yang paling canggih dalam seni bina di seluruh negeri Sabah selain daripada rumah panjang kaum Murut di daerah Tenom. Struktur seni bina rumah panjang Lotud adalah diperbuat daripada papan (pada zaman dahulu) dengan keras mengukir dengan adze (Melayu: beliung) tanpa kemudahan gergaji. Keseluruhan rumah tidak menggunakan kuku tunggal (seperti kuku hampir mustahil untuk diperoleh pada hari-hari tua) tetapi teknik slip pintar yang sesuai dengan rasuk yang sesuai, serta mengikat cecair dengan rattans. Setiap satu unit rumah panjang terdiri daripada kawasan tidur (ko'odopo), dapur (ropuhan), loteng (tilud), koridor (olot-olot) yang memisahkan bahagian dinding rumah dan beranda (soliw) . Bilangan tiang atau tiang bergantung kepada panjang atau bilangan unit hidup.
Sejarah Etnik
suntingDaripada sumber sejarah tertulis yang ada, Kota Tuaran (Dusun : Tawaran) kemungkinan antara pusat peradaban kaum Dusun yang tertua di Sabah, kerana memiliki tamadun yang maju. Istilah “Tawaran” di dalam bahasa Dusun bererti “jagung”, selain itu dialek Dusun lain memakai istilah “luong” untuk jagung. Rekod terawal istilah “Tawaran” muncul di dalam rekod tulisan seorang pengembara Persia bernama Ibn Rosteh yang menuliskan journal perjalanannya ke Asia Tenggara pada tahun 903 masihi, di mana beliau mengatakan bahwa terdapat sebuah kota perdagangan terkenal bernama "Tawaran". Kota “Tawaran (Tuaran)” pada tahun ini dikuasai oleh Srivijaya di dalam usaha Srivijaya untuk menguasai kota pengeluar “champor” terbaik di dunia iaitu "Kota Tawaran". [9]
Pada peta tertua utara Borneo lakaran Petrus Plancius pada tahun 1594 masihi, kota yang dicatatkan di Tuaran bernama “Cancirao”, di mana kota ini berada di bawah Kesultanan Brunei yang ditakluk pada zaman Sultan Bolkiah. Seperti yang disebutkan di atas, Kota Tawaran merupakan kota pengeluar “camphor” yang terbaik di dunia pada zaman tersebut, di mana kaum Dusun mengumpulkan “camphor” dari hutan lalu diperdagangkan ke kota Tawaran (Nicholl, 1983:38). Pada zaman ini, belum terdapat kaum Bajau di daerah Tuaran, pesisir pantai Tuaran dihuni oleh kaum Dusun yang berbudaya maritime, terbukti dgn nama kotanya dr bahasa Dusun "Tawaran" sudah muncul sejak tahun 903 masihi. Menurut catatan sejarah, kaum Bajau baru berhijrah dari kerajaan Johor Lama ke pesisir Sabah sekitar abad-15/16 atau sekitar tahun 1500-1600an masihi. [10] Kaum Bajau atau lebih dikenali sebagai “Samah” ini menetap di kawasan seperti Mengkabong, mula mendirikan penempatan kekal dan selama beratus tahun berdagang dengan kaum Dusun secara barter.
Jikalau Tawaran (Tuaran) merupakan pusat peradaban kaum Dusun yang tertua di Sabah kerana menjadi salah satu pusat perdagangan penting di Asia ketika itu, bagaimana pula dengan Nunuk Ragang? Seperti yang kita tahu, Nunuk Ragang bukanlah penempatan tertua kaum Dusun di Sabah. Dari analisis sejarah tertulis dan lisan, penempatan Nunuk Ragang baru muncul sekitar abad-12 hingga 13 masihi, merupakan pusat diaspora terakhir dan terbesar kaum Dusunic. Beberapa cerita lisan kaum Dusun menceritakan pola penghijrahan kaum Dusun dari pesisir ke pedalaman, menunjukkan penempatan terawal kaum Dusun bukanlah di kawasan pedalaman, tetapi di kawasan pesisir pantai dan mereka pada awalnya berbudaya maritime. A. Dalrymple yang menjelajah Pantai Barat Sabah pada tahun 1762 mengatakan daerah maritime seperti “Tawwaran" aka Tuaran dan “Keemannees” aka Kimanis, masih dihuni oleh kaum pagan Dusun yang beliau sebut “Idaan” (Darlymple, 1793:552). Henry Keppel menyebut kaum Dusun sebagai “Idaan of Voyager” yang bererti “Idaan Kaum Pelayar” (Keppel, 1847:194), di mana menurut Sir Hugh Low mereka memiliki jalur perdagangan sehingga ke Jawa dan negeri-negeri yang jauh dari Borneo.[11]
Catatan Sejarawan Arab
suntingIstilah “Muja” merupakan istilah yang dipakai oleh penulis Arab bernama al-Idrisi yang merujuk kepada deskripsinya mengenai sebuah kerjaaan di pesisir Pantai Barat Borneo pada tahun 1154 masihi (Robert, 1983:40). Kerajaan ini diperintah oleh satu dinasti yang oleh disebut “dinasti Kamrun”, di mana salah satu kotanya yang bernama “Haranj (Tuaran)” merupakan kota rempah ratus dan menjadi terkenal di zaman kuno kerana “camphor” yang dikeluarkan dari kota ini adalah yang terbaik di dunia (ibid). Dinasti ini diasaskan oleh Raja Raja Alaka Bhatara, Raja bangsa Dusunic yang mengasaskan kerajaan pada sekitar tahun 690s masihi . Sekitar tahun 800 M, kerajaan ini bersekutu dengan kerajaan “Mayd” di Filipina yang oleh historian kemungkinan wilayah jajahan “Muja [Poni]” di Filipina (Robert, 1983:38). Di zaman ini, bangsa Dusunic masih satu bangsa, belum terpecah-belah menjadi pelbagai suku seperti yang kita lihat hari ini. Menurut cerita, nama bangsa Dusunic pada zaman dahulu adalah “Kadayan”[12] ( Evans, 1953:11). Bangsa Dusunic baru terpecah menjadi banyak suku-suku kecil pada zaman Nunuk Ragang, di mana ketika mereka keluar dari Nunuk Ragang ke daerah-daerah lain, mereka membentuk suku-suku tersendiri dan menguasai daerah di mana mereka duduki. Salah satu legenda mengatakan, Raja yang mengasaskan Nunuk Ragang bernama “Raja Korungkud”, ada yang mengatakan “Raja Gumarong” dan ada juga sumber lain yang mengatakan “Raja Gomurun”.
Di dalam catatan al-Idrisi, terdapat catatan mengenai kebudayaan masyarakat Dusun pada zaman tersebut. Menurut al-Idrisi, pada zaman kerajaan “Muja”, masyarakat di dalam kerajaan ini, yaitu masyarakat Dusun kuno, masih berbudaya maritime. Catatan sejarah dari al-Idrisi ini mengesahkan cerita-cerita dari sejarah lisan Dusun di Sabah yang mengatakan bahwa nenek moyang bangsa Dusun pada zaman dahulu memiliki kepakaran dalam ilmu pelayaran dan berbudaya maritime. Cerita lisan yang terkenal adalah cerita Indai (kemungkinan lokasi kota Haranj), sebuah penempatan yang berbudaya maritime, melakukan perdagangan dengan kaum Dusun di daerah lain, misalnya dengan daerah Bongawan. Begitu juga dengan cerita Nunuk Ragang, menceritakan pelayaran bangsa Dusun kuno dari Brunei ke Nunuk Ragang dan sebahagian lagi berhijrah ke Filipina (Shim, 2007:18). Sejarah lisan masyarakat Dusun Lotud di Tuaran juga mengatakan hal yang sama, bahwa nenek moyang mereka dahuluya pelayar di lautan, tapi kuasa maritime mereka akhirnya digantikan oleh suku kaum Bajau, Iranun dan Suluk yang berhijrah ke Mengkabong dan Sulaman sekitar penghujung tahun 1700an. Ini dibuktikan oleh tulisan Darlymple yang dikutip oleh Dr.Leyden, bahwa kaum Dusun masih melakukan pelayaran jarak jauh ke Jawa pada tahun 1762 (Dr. Leyden, 1814:9), kemudian budaya maritime ini lenyap kemungkinan pada awal tahun 1800, dibuktikan oleh dalam tulisa Logan pada tahun yang mengatakan bangsa Dusun belayar ke Jawa pada zama dahulu, tapi tidak lagi pada saat ia datang berada di Sabah pada tahun 1852 (Logan, 1852:1-2).
Selain berbudaya maritime, al-Idrisi juga merekodkan mengenai budaya pemakaian pada zaman ini di kalangan masyarakat Dusun kuno. Pada zaman Kerajaan Muja, wanita Dusun dikatakan suka menyimpan rambut panjang dan dengan “head band” atau dalam bahasa Dusun dipanggil dengan istilah “susuga”dan juga kalung perhiasan di leher mereka. Bagi kaum lelakinya pula, mereka terbahagi-bahagi kepada golongan dan derajat sesuai dengan jenis logam pada perhiasan leher [collar] yang mereka pakai (Ferrand, 1913:344). Bagi golongan yang berderajat tinggi, mereka memakai perhiasan leher (collar) yang terbuat dari emas, semantara bawahan mereka hanya memakai “collar” yang terbuat daripada besi dan tembaga. Budaya memakai “collar” leher di Sabah hanya ada pada masyarakat Dusun. Beberapa penulis barat memberikan catatan mengenai budaya memakai “collar” leher di kalangan masyarakat lelaki Dusun, di mana St. John berada di Sabah pada tahun 1851 dan Frank Hatton pula pada tahun 1882, mereka menuliskan demikian (terjemahan) :
“…maka datanglah serombongan lelaki Dusun, yang dipimpin oleh seorang pemimpin muda, bertubuh sasa, dengan pinggang yang terikat ketat, dengan perawakan seorang lelaki bijaksana…di lehernya terdapat perhiasan leher [collar] yang terbuka di sisi, yang membolehkannya membukanya dengan mudah (St. John, 1863:300).”
“Kaum lelaki Dusun di Toadilah semuanya memakai perhiasan leher [collar], gelang tangan dan gelang kaki yang terbuat dari tembaga, kain berwarna hitam melingkari kepala [sigar] mereka dengan diikat dengan rotan yang diwarnakan merah (Hatton Dairy, 31 March 1882).
Ini merupakan salah satu catatan kuno mengenai kebudayaan berpakaian Dusun yang dituliskan oleh al-Idrisi pada tahun 1154 M, di mana budaya masyarakat Dusun kuno berubah seiring dengan zaman. Sebuah dokumen sejarah dinasti Yuan bernama “Wang Dayuan” yang berdujul “Daoyi zhilue” yang diperkirakan ditulis pada tahun 1350 M juga memberikan data yang menarik pada zaman kemuncak kejayaan kerajaan “Muja” atau “Poni kuno”. Catatan tersebut menyebutkan mengenai penduduk yang oleh penulis sejarah China menyebutnya “Longshan (Gunung Naga)”, iaitu Gunung Kinabalu, di mana tidak jauh dari Gunung Longshan terdapat satu tanah rata yang agak dingin tapi nyaman. Penduduk di kawasan tersebut suka berhias, rambut lelaki maupun wanitnya disanggul dan pinggang mereka dililiti dengan kai berwarna-warni, selain itu pakaian mereka juga berwarna-warni. Tapi anehnya, ada penduduk di kawasann tersebut yang beragama Buddha dan memiliki hubungan dengan orang Cina (tidak dijelaskan hubungan dalam hal apa, kemungkinan perdagangan). Tidak menghairankan, kerana pada zaman inilah masyarakat Dusun kuno memiliki hubungan yang akrab dengan China, dan mula menyerap peradaban agraria dari China. Peradaban agrarian yang bertambah maju dengan pesat pada zaman ini kemungkinan mengalihkan sebahagian besar masyarakat Dusun kuno dari budaya maritime kepada kebudayaan agrarian. Raja yang memerintah Kerajaan “Muja” atau “Poni Kuno” pada zaman ini bernama Maharaja Karna - Ben Randawi, 2019.
Kebudayaan
suntingPakaian
suntingEtnik Lotud mempunyai 3 jenis pemakaian Tradisi iaitu;
- Pakaian Tantagas (Ketua Ritual)
- Pakaian Madsayau (Tarian)
- Pakaian Perkhawinan
Diingatkan supaya Pakaian Tradisi Lotud tidak boleh diubah mengikut peredaran masa, supaya ia dikekalkan kepada generasi seterusnya.
Pakaian wanita
suntingBaju Lengan Panjang - Sukob Kopio
Apabila Unduk Ngadau, Sukob (baju lengan pendek dipakai)
Sarung - Gonob
Linangkit (Corak)
Lilimbo (Lilitan Bambu/Rotan berwarna Merah atau hitam-putih)
-Lilimbo merah (bujang)
-Lilimbo Hitam Putih (Sudah Khawin)
Madapun (Gatungan Leher)
Siwot (Bulu tangkis Ayam)
Sigar (Lilitan Kepala)
Pakaian lelaki
suntingBaju Sukub (Kain Hitam Kapas berlabuci)
Sundi atau Sigar (Tengkolok)
Mugah (Kain Sarung)
Binandus (Seluar panjang)
Haboi (Tali pingang kain berlinangkit)
Sandai (kain bahu)
botungkat (Tali pinggang syiling)
Karoh (rantai manik atau hiasan leher)
Simpai (Gelang Tangan)
Tatarapan (Keris Lotud)
Selendang (Kuluwu)
Linangkit
suntingMenurut cerita rakyat, Linangkit adalah berasal daripada corak yang dibawa oleh pedagang dari China daripada negara mereka semasa zaman pemerintahan Borneo dahulu. Hal ini dapat dibuktikan melalui penghijrahan orang China ke Borneo untuk berdagang dan mereka menjalankan sistem barter.[4] Selain itu, seorang tantagas (ketua ritual) dari daerah Tuaran berpendapat bahawa Linangkit sememangnya berasal daripada orang Borneo sendiriiaitu masyarakat dusun,, Runggus dan Bajau. Tradisi dan aktiviti Lumangkit (menyulam) Linangkit tersebut diwarisi turun temurun daripada nenek moyang mereka lagi.[2] Satu lagi pendapat ialah bahawa Linangkit berasal daripada ilham si penyulam sendiri. Ia seterusnya diturunkan secara turun-temurun oleh nenek moyang mereka.[13]
Teknik sulaman Linangkit Lotud.
Secara asli adalah menggunakan kain yang dijahit dengan pengeras kain di sebelah kiri dan kanan serta sehelai kain nipis sebagai dasar bagi memulakansulaman yang dijahit dititik permulaan sulaman dan bersambung dengan tulang kain disebelah kiri dan kanan. Teknik sulaman asli ini adalah berdasarkan kiraan “telinga” (lubangkain) dan “petaknya”. Penenun linangkit zaman dahulu menggunakan plastik beras untuk dijadikan sebagai penggeras kain.Sulaman asli ini memerlukan bantal kecil sebagai alas bagi memudahkan proses sulamanini kerana tulang kain tadi akan dipinkan di sebelah kiri dan kanan bantal tersebut agar kedudukannya lebih tegang bagi memudahkan proses lumangkit (proses menyulam). Sulaman Linangkit bagi teknik ini adalah menggunakan imaginasi dan ilham si penyulam untuk menghasilkan corak Linangkit tersebut.[14]
Makanan
suntingMoniang ada lah panggilan pada memakan sireh dalam singkatan pendek nya dalam bahasa dusun Lotud Tuaran dan ianya ada lah satu budaya yang turun menurun yang terdapat daripada kaum perempuan dusun. Kapur merah yang diproses daripada kulit-kulit siput laut dicampur sedikit dengan Gambir dan sedikit biji buah pinang yang tua atau kulit buah pinang yang mudah dan dibungkus dengan daun sireh lalu dimasuk kedalam mulut untuk dikunyah-kunyah sehingga lah air liur mulut menjadi merah akan tetapi ia nya tidak ditalan masuk kedalam perut kerana apabila dirasa mulut itu sudah penuh maka sipemakan sireh terpaksa membuang ludah yang warna nya kemerah-merahan itu.[15]
Alat Muzik
suntingAntara Alat Muzik Tradisional yang digunakan oleh etnik Lotud ialah, Gong, Kulintangan, Gagayan (Sundatang) dan Drum.
Pesta Bojumbak
suntingPesta ini diperkenalkan oleh Persatuan Komulasakan Lotud Sabah serta Persatuan Suang Lotud dan diresmikan oleh Yb. Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Mohd Noor pada tahun 2017. Pesta ini adalah sebuah pertandingan paluan alat muzik suku kaum Lotud. [16] Para Pemuzik akan mendendangkan lagu-lagu dari kampung mereka sendiri, ianya mempunyai makna tersendiri dari rentak lagu tersebut.[17]
Tarian
suntingSumayau, atau Madsayau, adalah tarian tradisional etnik KadazanDusun suku Dusun Lotud atau Suang Lotud di Daerah Tuaran. Lazimnya, tarian ini adalah tarikan semasa menyambut Hari Magahau, iaitu upacara memuja semangat tajau (tempayan). Kebiasaannya upacara ini diadakan secara besar-besaran dan mengambil masa sehingga lima hari, yang bertujuan untuk memuja dan menghormati gusi-gusi iaitu tajau besar. Disamping itu juga untuk memperingati ahli-ahli keluarga yang telah meninggal dunia.
Persembahan diketuai oleh seorang Monolian iaitu wanita yang lanjut usianya dan arif dalam upacara tersebut, serta berketurunan Monolian. Sebaik muzik dimainkan para penari mula menari dan terus menuju ke gelanggang tari. Gerak tangan penari wanita adalah mengikut irama muzik sementara gerak kaki adalah perlahan daripada gerak tangan, yakni cuma bergerak secara berinsut-insut yang amat perlahan. Penari lelaki membunyikan loceng atau giring dalam dialek suku Lotud. Gerak tarian bertambah rancak sedikit apabila mendapat tepukan daripada penonton. [18]
Perkhawinan
suntingTerdapat lima peringkat dalam upacara perkahwinan, iaitu suruhan (merisik), monunui (bertunang), popiodop (bermalam), matod (berkahwin) dan mirapou (adat).[19]
Merisik (Timpu Suruhan)
suntingWakil pihak lelaki yang mahir tentang adat resam, dipanggil suruhan, berperanan utama sebagai perantara dengan keluarga perempuan untuk menetapkan masa yang sesuai bagi merisik atau berunding. Dia melawat rumah pihak perempuan untuk tugasan tersebut. Semasa merisik pihak perempuan ingin mengetahui latar belakang lelaki seperti salasilah keluarga, perwatakan, serta kemampuan pihak lelaki mentafsir erti mimpi dalam keluarga perempuan. Jika mimpi tidak baik sogit mimpi (denda mimpi) dikenakan untuk maksud perdamaianatau keamanan. Menurut adat, jika pihak lelaki tidak mempunyai suruhan mereka boleh dikenakan denda adat malu oleh keluarga perempuan.
Bertunang (Timpu Monunui)
suntingAdat monunui (bertunang) akan dijalankan dengan menetapkan tarikhnya terlebih dahulu sekiranya risikan diterima dan kedua pihak bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Biasanya adat ini dilaksana pada hari ke-14 dalam kitaran satu bulan, dipanggil tawang kopiah, atau hari ke-15 dipanggil tolokud. Adat ini hanya boleh dilakukan di pagi hari dan keluarga pihak lelaki perlu meninggalkan rumah pihak perempuan sebelum pukul 4 petang. Pihak lelaki memberikan sebentuk cincin kepada perempuan sebagai tanda pertunangan. Tempoh pertunangan biasanya setahun.
Semasa upacara pertunangan Ketua Kampung dan suruhan duduk di barisan hadapan. Pada masa ini bakal pengantin perempuan tidak dibenarkan keluar rumah. Bakal pengantin lelaki pula tidak dibenarkan berada dalam kawasan rumah sehingga majlis berakhir. Perkara-perkara penting dibincang semasa pertunangan adalah tinunui (berian atau mas kawin), belanja dapur atau wang hangus, hantaran tunang dan sogit (denda).
Majlis kahwin (Timpu Matod)
suntingAdat berian atau mahar dan belanja dapur adalah sebahagian daripada elemen utama dalam perjalanan majlis perkahwinan, dan ini dibincang bersama oleh Ketua Kampung, pihak lelaki serta pihak perempuan. Hidangan untuk perbincangan ini biasanya juadah ringkas dengan beberapa helai kirai (pucuk daun tembakau) serta tembakau kering untuk dijadikan rokok.
Permintaan tinunui pihak keluarga perempuan ialah RM1,000., perbelanjaan dapur dianggarkan RM5,000 ke atas dan seekor kerbau. Adat berian tanah dikenali sebagai pinolusadan do aluwid berserta cukai tanah yang diluluskan adalah wajib. Tujuan pemberian ini adalah untuk pembinaan rumah apabila pasangan tersebut mempunyai anak. Jika pengantin lelaki tidak mempunyai tanah maka berian empat binukul (barangan kuno yang berharga) yang bernilai RM1,000, disebut sebagai adat berian, dianggap telah memenuhi syarat yang ditetapkan.
Adat Mamanpang
suntingMamanpang adalah satu bentuk puisi ritual yang bukan sahaja menggariskan Lotud dalam mitos penciptaan dan menyediakan rekod lisan masa lalu sejarah, tetapi juga menetapkan formula agama untuk corak tingkah laku manusia yang betul untuk mengekalkan sebuah hubungan harmoni antara dunia manusia dan alam rohani. Berjumlah kira-kira 20,000 orang, Lotud Dusun merupakan komuniti Orang Asli yang menetap di Daerah Tuaran Sabah, Malaysia Timur. The Lotud mamanpang forms asas undang-undang adat Lotud yang diiktiraf oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang masih diamalkan di Sabah sehingga kini. Lotud mamanpang diluahkan dalam bentuk rinait yang unik genre tradisi lisan puitis yang terdiri daripada baris berpasangan dengan maksud yang sama, iaitu pertama dalam bahasa seharian dan kedua dalam bahasa ritual. Rinati adalah lazimnya diturunkan secara lisan oleh pakar ritual Lotud, atau tantagas, yang akan melakukannya menghafal rinait sebagai sebahagian daripada latihan ketat mereka dan membaca bahagian rinati semasa upacara ritual. Rinait mamanpang Lotud terkandung dalam upacara penyembuhan Sumalud yang diamalkan oleh Lotud Dusun yang tinggal di Daerah Tuaran, Sabah, Malaysia Timur.
Laporan ini menggariskan transkrip penuh puisi ritual mamanpang atau rinait of mamanpang Lotud yang tertanam dalam upacara penyembuhan Sumalud. Laporan ini perlu dibaca bersama dengan laporan dokumentasi budaya mengenai Lotud mamanpang, dan siri fail video merakam tantaga Lotud yang membacanya, kedua-duanya tersedia untuk dimuat turun dari Arkib Penyelidikan Leicester. Projek dokumentasi budaya ini dibiayai oleh geran penyelidikan daripada Dana Penyelidikan Cabaran Global QR Universiti Leicester (Penyelidikan England) dipegang oleh Yunci Cai (Penyiasat Utama) dan Judeth John Baptist (Penyiasat Bersama) untuk projek bertajuk 'Dokumentasi Budaya Diterajui Komuniti untuk Orang Asli Pemerkasaan: Mendokumentasikan Mitos Kejadian dalam Penciptaan Rinait (Puisi Ritual) Komuniti Lotud di Sabah Malaysia’. Penyelidikan ini telah dijalankan di pematuhan dengan kelulusan etika yang diberikan oleh Universiti Leicester
Jawatankuasa Etika Penyelidikan Sains & Kejuruteraan, Seni, Kemanusiaan dan Undang-undang pada 27 April 2021. [20]
Gayang Tinompusan (Senjata)
sunting“Gayang Tinompusuan” atau disebut “Tenumpasuan” dalam buku tulisan Evans. Senjata jenis ini berasal dari pedang “Tawlar” yang merupakan senjata yang berasal dari luar Borneo, di mana ia kerap kali diperdagangkan oleh pedagang dari Brunei yang datang ke Utara Borneo. Talwar merupakan senjata yang berasal dari “Indian Subcontinent”, di mana seni rekabentuk pedang ini dikatakan berasal dari bangsa Turki dari Asia Tengah sekitar abad-13 dan mula berada dalam bentuk akhirnya sekitar tahun 1500-an masihi. Pedang ini kemungkinan mula dikenali di Asia Tenggara sekitar tahun 1500an, melalui para pedagang India, Arab, Parsi dan Turki, bertukar tangan kepada suku-suku peribumi melalui kegiatan perdagangan antara coast-interior. Tom Pires dalam bukunya "Suma Oriental que trata do Mar Roxo até aos Chins (Summa of the East, from the Red Sea up to the Chinese)" yang ditulis sekitar tahun 1512-1515, mengesahkan bahwa pada sekitar tahun 1512-1515, seluruh pelabuhan dagangan di Asia Tenggara terdapat banyak pedagang berbangsa Parsi, Turkey, Arab dan India. Berbeza dengan suku kaum Dusun yang lain, suku kaum Lotud telah menggantikan sarung pedang ini dengan sarung yang diukir dengan motif flora khas suku kaum Lotud, di mana di hujung sarung ini terdapat ukiran mirip ekor kala jengking di samping hiasan rambut manusia hasil kegiatan “headhunting”.
Suku kaum Dusun Lotud sejak sekian lama terkenal dengan suku yang kuat. Ketika suku kaum Iranun datang berhijrah dari Mindanao ke Sabah pada penghujung 1700an lalu, mereka mendirikan koloni mereka di pesisir Sabah, salah satu penempatan utama mereka adalah di daerah Tuaran; bangsa Iranun ketika itu diperintah oleh Sultan Si Mirantou. Kerana suku Iranun melakukan kegiatan perlanunan yang mengancam keselamatan suku kaum Lotud dalam kehidupan sehari-hari mereka, maka suku Lotud menyerang penempatan kaum Iranun sehingga memaksa Sultan Si Mirantou dan kaumnya berhijrah ke Tempasuk. Suku kaum Bajau Samah yang datang ke Tuaran dapat berasimilasi dengan baik dengan suku Lotud, sehingga tidak begitu banyak konflik yang terjadi antara keduanya. Suku kaum Lotud juga banyak melakukan peperangan dengan suku kaum Dusun lain, seperti suku Dusun Tangara, Tagahas, Bundu, Liwan, Tobilung dan Rungus. Dalam peperangn-peperangan ini, “Tinompusuan” menjadi salah satu senjata yang dipakai oleh suku Dusun Lotud dalam menentang musuh-musuh mereka pada zaman dahulu. Salah satu catatan mengenai senjata ini ada dalam buku I.H.N. Evans, berkaitan dengan ritual headhunting di daerah Tauran yang oleh Evans menyebutnya “domali”, sebuah ritual yang dijalankan ketika para pahlawan kembali dari perang atau dari aktiviti headhunting dengan berjaya membawa kepala musuh. Evans menjelaskan antara bahagian dari ritual tersebut seperti berikut :
“…The portion of the ceremonies that I witnessed was a procession of seven or eight men walking in single file near a village, while they kept up a continual cry which had a peculiar whistling sound. Each man was wearing one of the brass-hiked swords known as “pedang”, but this was sheathed in a scabbard about four feet long, which broadened out to a width of six inches at its farther end. The lower edges of the scabbard were profusely decorated with human hair and its outer face with carved patterns, the whole weapon being called a “tenumpasuan”. The leader of the party carried a conch-shell trumpet, on which he blew occasional blasts, and all wore attached to their belts large bunches of silad leaves. One man had a human vertebra to which was tied a triangular plaited ornament of the same kind of leaves (I.H.N. Evans, 1922:162)…"[21]
Rujukan
sunting- ^ ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN SUKU DUSUN LOTUD: ADAT PERKAHWINAN
- ^ a b Puan Pinar atau dikenali sebagai Odu Liugan berasal dari Kampung Panjut Tuaran dan berketurunan Dusun Lotud.
- ^ Masyarakat Dusun Lotud kekal adat budaya oleh Astro Awani pada 6 Oktober 2019.
- ^ a b dipetik dari kenyataan Encik Eddysamond bin Layun iaitu selaku Pengerusi Persatuan Serumpun Budaya Kinabalu.
- ^ Ivor H. N. (Ivor Hugh Norman), Evans (1992). "Among primitive peoples in Borneo : a description of the lives, habits & customs of the piratical head-hunters of North Borneo, with an account of interesting objects of prehistoric antiquity discovered in the island". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-27.
- ^ Dia mempunyai peranan sebagai ketua roh Libabou yang terletak di awan, peranan yang dicipta khas oleh Kinohoringan dan Umsumundu sebagai penyelia watak manusia di alam ghaib. Sekiranya berlaku pelanggaran undang-undang adat atau aturan semula jadi kehidupan yang menekankan keseimbangan antara dunia yang dilihat dan alam ghaib, alam semesta akan menjadi tidak teratur.
- ^ Kod Bahasa Dusun Lotud, Klik Sini
- ^ Rumah Suku Kaum di Sabah oleh Harian Metro pada 7 Januari 2017. diakribkan di PressReader
- ^ Menurut Nicholl, "sebelum itu Kota Tawaran ditakluk oleh pasukan tentera Tang di zaman pemerintahan Maharaja Dezong, di dalam usaha China untuk menguasai kota pengeluar “camphor” terbaik di dunia. Walaubagaimanapun, koloni pasukan Tang ini diusir oleh pasukan dari kerajaan tempatan pada zaman itu, sebelum kota ini ditakluk pula oleh pasukan Srivijaya di zaman Maharaja Balaputra sebelum pasukan Srivijaya jg disingkirkan dr Tawaran." (Nicholl, 1983:38)
- ^ (Earl, 1837:180; Dalrymple, 1885:5)
- ^ (Low, 1852:2)
- ^ Belcher, Edward (February 1, 2018). Narrative of the voyage of H. M. S. Samarang, during the years 1843-46; employed surveying the islands of the Eastern archipelago; accompanied by a brief vocabulary of the principal languages.. Volume 2. Sagwan Press: London : Reeve, Benham, and Reeve. m/s. 137. ISBN 978-1376401042. Diarkibkan daripada yang asal
|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada 3 Oktober 2007. - ^ Kenyataan dari Pemilik Muzium Lotud Tuaran iaitu Encik Pediman Jabau yang merupakan anak sulung kepada puan Pinar.
- ^ Keuninkan Penghasilan Sulaman Linangkit Dusun Tuaran. muka surat 7 pp 4-6
- ^ Yus Atuk, Win (2012). "KNOWING THE DUSUN LOTUD OF TUARAN ; MONIANG". Kampung Panjut. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Oct 2014.
- ^ PESTA BOJUMBAK 2017 di YouTube oleh King Kong Production Crew.
- ^ Contoh Bojumbak dari Team Sintakan Bulan kampung dungun Tuaran. Klik Sini
- ^ Apa itu Madsayau? diterbit oleh Jabatan Kesenian dan Kebudayaan Negara Sabah.
- ^ ADAT RESAM DAN BUDAYA KAUM KADAZANDUSUN SUKU DUSUN LOTUD: ADAT PERKAHWINAN Bahagian Perkhawinan
- ^ (rujuk: 29476-yc277-ss//ms:museumstudies).
- ^ Evans, I. H. N. (1922). Among Primitive Peoples in Borneo: A Description of the Lives, Habits, and Customs of the Primitive Headhunters of North Borneo, with an Account of Interesting Objects of Prehistoric Antiquity Discovered in the Island London. toronto, Canada: London : Seeley. m/s. 163. ISBN https://archive.org/search.php?query=external-identifier%3A%22urn%3Aoclc%3Arecord%3A1039483568%22 Check
|isbn=
value: invalid character (bantuan). Diarkibkan daripada yang asal|archive-url=
requires|url=
(bantuan) pada|archive-url=
requires|archive-date=
(bantuan).