Angklung

Alat muzik adat resam bangsa Sunda, berasal daripada Jawa Barat

Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri daripada dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'. Angklung biasanya digetarkan agar ia berlaga antara dua bahagian. Angklung tidak dipukul tetapi ia menghasilkan bunyi apabila kedua bahagian alat muzik ini berlaga ketika ia digetarkan.

Angklung
Set angklong lengkap yang boleh dimainkan oleh seorang pemain sahaja
Angklung
NegaraIndonesia
DomainSeni dan kerajinan berwujud
Rujukan393
KawasanAsia-Pasifik
Sejarah inskripsi
Inskripsi2010 (5th Session)

Asal-usul angklung sunting

Muzik Angklung bermula dari Masyarakat Sunda, Indonesia.[1] Alat muzik ini merupakan alat muzik perkembangan dari calung, diciptamula sebagai muzik persembahan untuk Dewi Sri, yakni dewi hal-ehwal percucuk tanaman. Muzik ini digunakan pula dalam usaha menjana kemerdekaan Indonesia sebagai muzik penyemangat khalayak ramai untuk mendukung usaha berkait.

Pada 1908, terdapat pengiriman duta kebudayaan[perlu rujukan] dan penghijrah pencari pekerjaan yang menyebar luaskan muzik ini ke Thailand, saat pula boleh meluas ke Asia Tenggara termasuk Malaysia[2] dan Singapura.

Angklung di Malaysia sunting

 
Angklung nada tunggal, untuk digunakan dalam orkestra

Angklung di malaysia di bawa oleh penghijrah dari Ponorogo yang mempersembahkan Barongan tahun 1922, dimana angklung merupakan salah satu bahagian muzik pengiring barongan. Hingga pada divisi budaya duta besar Indonesia untuk Malaysia memberikan pelatihan pembuatan angklung bernada seperti di bandung, namun hasil yang dihasilkan berbeza dengan angklung bernada di Indonesia pada umumnya, hingga mengambil bibit buluh dari Madiun dan Ponorogo hingga menghasilkan nada angklung terbaik. [3]

Angklung Indonesia terdaftar sebagai Karya Agung Warisan Budaya Lisan dan Nonbendawi Manusia dari UNESCO sejak November 2010.

Aneka angklung sunting

  • Angklung Reyog, Muzik khas suku Ponorogo pengiring Reog Ponorogo, Jawa Timur [4]
  • Angklung Kanekes, muzik khas suku kaum Baduy, Banten
  • Angklung Dogdog Lojor, muzik khas Sukabumi, Jawa Barat
  • Angklung Gubrag, muzik khas Bogor, Jawa Barat
  • Angklung Badeng, muzik khas Garut, Jawa Barat
  • Angklung Buncis, muzik khas Bandung, Jawa Barat

Permainan sunting

Angklung biasanya terdiri daripada ancak (rangka buluh) dengan sepasang atau lebih tiub buluh yang menggelunsur dalam ancak tersebut. Tiub ini mempunyai panjang yang berbeza dan dipotong satu pertiga pada bahagian atas. Hujung kedua bahagian ditutup dengan penyumbat. Dua unjuran terpacak keluar dan dipasangkan dengan longgar kepada slot tiub melintang.

Kedua tiub disuaikan berbeza satu oktaf setiap satu (tiga tiub boleh membentuk dua oktaf atau satu kord). Apabila digetarkan, gegaran tibu menghentam dasar dan menghasilkan nada. Disebabkan setiap alat hanya menghasilkan satu nada, ia memerlukan sekumpulan angklung bagi menghasilkan irama yang lengkap.

 
Angklung sedang dimainkan oleh kanak-kanak Sunda pada tahun 1918.

Rujukan sunting

  1. ^ Wisata Parijs van Java: sejarah, peradaban, seni, kuliner, dan belanja, By Her Suganda
  2. ^ Dewan bahasa, Volume 27, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983 - Malay philology
  3. ^ "Melirik Malaysia rasa Ponorogo - Kota Reyog". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-05-13. Dicapai pada 2016-04-27.
  4. ^ [1]