Reog

kesenian budaya dari Jawa Timur, Indonesia

Reog[1] (Jawa: ꦫꦺꦪꦺꦴꦒ꧀, translit. Réyog) ialah salah satu kesenian tradisional Jawa yang berasal daripada Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia.[2] Masyarakat Ponorogo mempunyai unsur pemujaan/kebatinan yang sangat kuat, di daerah ini keadaan budaya masyarakat masih kuat dengan hal-hal yang berkait dengan sihir.

Reog Ponorogo
ꦫꦺꦪꦺꦴꦒ꧀
Reog Ponorogo di Surabaya, Indonesia
Nama asliJawa: ꦫꦺꦪꦺꦴꦒ꧀, translit. Réyog
Alat muzikGamelan
Asal usulIndonesia Ponorogo, Jawa Timur, Indonesia

Seni Reog merupakan ciptaan kreatif masyarakat Jawa yang terbentuk dari adanya aliran kepercayaan yang ada secara turun-temurun dan terjaga. Upacaranya pun menggunakan syarat-syarat yang tidak mudah bagi orang awam untuk memenuhinya tanpa adanya garis keturunan yang jelas. Mereka menganut kepercayaan garis keturunan keluarga dan hukum adat yang masih berlaku.[3]

Pementasan Seni Reog sunting

 
Reog Ponorogo

Reog modern biasanya dipentaskan dalam beberapa majlis istimewa seperti perkahwinan, dan hari-hari perayaan Nasional. Seni Reog Ponorogo terdiri daripada beberapa rangkaian 2 hingga 3 tarian pembukaan. Tarian pertama biasanya dibawakan oleh 6-8 orang pemuda gagah berani dengan pakaian serba hitam, dengan muka disolek warna merah. Para penari ini menggambarkan sosok singa yang berani. Berikutnya adalah tarian yang dibawakan oleh 6-8 gadis yang menaiki kuda. Untuk reog, tradisi penari ini biasanya dibawa oleh penari wanita yang berpakaian lelaki. Tarian ini dinamakan tarian Jaran Kepang, yang harus dibezakan dengan seni tari yang lain seperti tarian Kuda Kepang.

Tarian pembukaan lainnya jika ada biasanya berupa tarian oleh kanak-kanak yang membawakan adegan lucu.

Setelah tarian pembukaan tamat, barulah tarian asas ditarikan bergantung kepada majlis tarian reog ditarikan. Jika berkaitan dengan perkahwinan maka akan ditampilkan adegan percintaan. Untuk majlis khatan/bersunat, biasanya cerita pahlawan akan ditarikan.

Adegan dalam seni reog biasanya tidak menurut aturan senario yang tetap. Di sini sering berlaku interaksi antara pemain dan dalang (biasanya pemimpin rombongan) dan kadang-kadang dengan penonton. Terkadang seorang pemain yang sedang pentas dapat digantikan oleh pemain lain bila pemain tersebut kelelahan. Yang lebih dipentingkan dalam pementasan seni reog adalah memberikan kepuasan kepada penontonnya.

Adegan terakhir ialah singa barong, apabila pelaku memakai topeng berbentuk kepala singa dengan mahkota yang terbuat daripada bulu burung merak. Berat topeng ini mampu mencecah 50-60 kg. Topeng yang berat ini dibawa oleh penarinya menggunakan gigi. Kemampuan untuk membawakan topeng ini selain diperoleh dengan latihan yang berat, juga dipercaya diperolehi dengan amalan kebatinan seperti puasa dan tapa.


Perbandingan dengan barongan sunting

Tarian semacam Reog Ponorogo yang ditarikan di Malaysia dinamakan Tari Barongan tetapi mempunyai unsur Islam, dan kontroversi pernah timbul atas keserupaan reog dan barongan.[4] Tarian ini juga menggunakan topeng dadak merak, iaitu topeng kepala harimau yang di atasnya terdapat bulu merak. Penerangan dan gambar tarian ini dipaparkan di laman web rasmi Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia.[5]

Kontroversi itu timbul kerana pada topeng burung merak di laman web rasmi terdapat tulisan "Malaysia",[6] dan diakui sebagai warisan masyarakat keturunan Jawa yang banyak terdapat di Batu Pahat, Johor dan Selangor, Malaysia. Ini mencetuskan bantahan daripada pelbagai pihak di Indonesia, termasuk seniman Reog asal Ponorogo yang menyatakan hak cipta seni Reog telah didaftarkan dengan nomor 026377 tertanggal 11 Februari 2004, dan dengan demikian diketahui oleh Menteri Hukum dan HAM Republik Indonesia.[7] Maklumat juga didapati burung merak mengejut yang dilihat di laman web rasmi itu dibuat oleh tukang Ponorogo.[8] Ribuan seniman Reog sempat berdemonstrasi di depan Kedutaan Malaysia di Jakarta.[9] Pemerintah Indonesia berkata ia akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.[7]

Di penghujung November 2007, Duta Besar Malaysia untuk Indonesia Datuk Zainal Abidin Muhammad Zain menyatakan bahawa Kerajaan Malaysia tidak akan berani mendakwa Reog Ponorogo sebagai budaya asli negara. Reog yang disebut "Barongan" di Malaysia dapat dijumpai di Johor dan Selangor, kerana dibawa oleh masyarakat Jawa yang berhijrah ke negara itu sebelum negara Indonesia terbentuk, menjadikan imigran itu tidak termasuk sebagai warga negara Indonesia.[10]

Galeri sunting

 
Reog Ponorogo pada tahun 1920
 
Topeng Barong Reog (Dadak merak) yang dipakai sebagai tarikan penutup
 
Para penari Reog Ponorogo
 
Salah satu tarian Reog Ponorogo dipersembah di Jakarta, Indonesia.

Rujukan sunting

  1. ^ (Indonesia) "Laman Resmi Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia".
  2. ^ (Indonesia) "Warisan Budaya Indonesia (Info Budaya) - Reog Ponorogo".
  3. ^ (Indonesia) "Sudah Diakui Dunia!, Ini 4 Fakta Unik Reog Ponorogo Asli Dari Indonesia".
  4. ^ Ismoko Widjaja (29 November 2007). "Tarian Barongan Malaysia atau Reog Ponorogo?". Okezone News. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Maret 2020. Dicapai pada 4 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= dan |archive-date= (bantuan)
  5. ^ "Tarian Barongan". Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 November 2007. Dicapai pada 12 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)
  6. ^ "Soal Klaim Reog, Bupati Ponorogo Akan Lawan Malaysia". ANTARA News. 22 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Maret 2020. Dicapai pada 4 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= dan |archive-date= (bantuan)
  7. ^ a b "Mirip Tari Reog, Pemerintah Akan Teliti Tari Barongan Malaysia". detikNews. 23 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Maret 2020. Dicapai pada 4 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= dan |archive-date= (bantuan)
  8. ^ "Terusik Lagi Klaim Negeri Jiran". Liputan6.com. 26 Juni 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Maret 2020. Dicapai pada 4 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date=, |date=, dan |archive-date= (bantuan)
  9. ^ "Ribuan Seniman Reog Demo di Kedutaan Malaysia". Metrotvnews. 29 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Juni 2008. Dicapai pada 4 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= dan |archive-date= (bantuan)
  10. ^ "Malaysia Membantah Mengklaim Reog". Sinar Harapan. 29 November 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Mei 2008. Dicapai pada 4 Maret 2020. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan); Check date values in: |access-date= (bantuan)

Lihat juga sunting