Ulek mayang

tarian tradisi Masyarakat Melayu Terengganu
(Dilencongkan daripada Ulek Mayang)

Ulek Mayang (Tulisan Jawi: اولق مايڠ ialah tarian tradisional Melayu yang berasal dari negeri Terengganu, Malaysia. Ia merupakan sejenis tarian penyembahan di mana sebuah lagu unik dinyanyikan dengan iringan ensembel Melayu yang terdiri dari gendang, gong, biola dan akordion. [1]. Penyanyi pertama lagu ini adalah Fatimah Omar.

Traditional
Tarian
Traditional
Puteri 7

Asal usul

sunting

Terdapat banyak versi legenda Ulek Mayang. Menurut salah satu darinya, tarian ini berasal dari upacara rawatan kuno yang dilakukan oleh seorang bomoh ke atas seorang nelayan yang berada dalam keadaan tidak sedar, dipercayai telah dipukau oleh seorang puteri laut yang jatuh cinta padanya. Percubaan bomoh untuk membawa balik roh nelayan itu menyebabkan puteri itu menyeru 5 lagi saudaranya untuk melawan bomoh tersebut. Pertarungan di antara si bomoh dan keenam-enam puteri berlanjutan sehingga kemunculan puteri ketujuh yang paling cantik dan paling sulung.

"Ku tahu asal-usulmu”, kata puteri sulung dan beliau memerintahkan semua orang, "Yang laut balik ke laut, yang darat balik ke darat".

Bomoh yang terhutang budi dan rakan-rakan nelayan menyampaikan sembahan nasi berwarna kepada sang puteri, satu upacara yang kekal diamalkan sehingga kedatangan Islam, untuk menunjukkan rasa terhutang budi kepada semangat-semangat laut.

Versi lain seperti yang ditulis dalam buku ‘101 Puteri Dunia Melayu – Sejarah dan Legenda’ terbitan Jabatan Muzium dan Antikuiti telah menceritakan bahawa di alam kayangan terdapat sebuah kerajaan bernama Daha Bumatra. Raja Kayangan itu mempunyai tujuh orang puteri jelita bernama Mayang Mengurai, Mayang Mawar, Mayang Pinang, Mayang Cempaka, Mayang Kenanga, Mayang Melur dan Mayang Sari. Tujuh puteri yang digelar ‘Puteri Umbuk Mayang’ ini ditatang bagai minyak yang penuh dan dilarang keluar dari istana.

Semasa kecil, ketujuh puteri itu amat akrab. Namun, keadaan berubah apabila mereka meningkat dewasa. Enam puteri itu berasa cemburu terhadap puteri bongsu, Mayang Sari kerana merasakan orang tua mereka lebih mengasihinya. Sebab itu, Mayang Sari sering dipulaukan oleh kakak-kakaknya.

Suatu hari, bagi menghiburkan hatinya yang sepi, ketika semua orang tidur nyenyak, Mayang Sari senyap-senyap keluar dari istana lalu meluncur terbang ke bumi.

Dari ruang angkasa, Mayang Sari terlihat satu kawasan tasik yang indah, airnya berkilauan terkena biasan cahaya bulan. Lalu dia turun mendarat di situ. Tasik itu bernama Tasik Paloh Mengkuang.

Ketika sedang duduk di tepi tasik itu, Mayang Sari terdengar sayup-sayup bunyi siulan. Dia mengintai dan melihat yang bersiul itu adalah seorang pemuda tampan. Kali pertama melihat pemuda itu, Mayang Sari telah jatuh cinta kepadanya.

Tiga purnama selepas itu, Mayang Sari turun lagi ke bumi. Dia ke tasik itu dan mencari-cari pemuda tersebut, namun tidak kelihatan. Dia pulang semula dengan rasa hampa.

Pada purnama keempat, Mayang Sari turun lagi ke tasik itu dan pemuda tersebut ada di situ. Mayang Sari menegurnya dan mereka saling berkenalan.

Pemuda itu bernama Awang. Dia berada dalam keadaan berduka kerana ibunya sedang sakit tenat. Menurut pawang, penyakit ibunya hanya boleh dipulihkan dengan menghidu haruman bunga bakawali. Bunga itu pula hanya ditanam di alam Kayangan.

Kehadiran Mayang Sari bagaikan membuka jalan kepada Awang. Pemuda itu merayu memohon puteri bongsu itu untuk membawakan sekuntum bunga bakawali dari Kayangan untuk memulihkan ibunya.

Pada awalnya, Mayang Sari agak keberatan kerana sukar untuk membawa keluar bunga itu dari taman larangan istana tanpa pengetahuan ayahandanya. Namun, setelah Awang merayu sehingga menitiskan air mata, Mayang Sari setuju membantunya.

Sementara itu, ketika Mayang Sari berada di bumi, Raja Kayangan telah memanggil kesemua puterinya datang mengadap. Namun, hanya enam puteri yang hadir.

Raja Kayangan tahu Mayang Sari keluar dari istana kerana layanan buruk kakak-kakaknya. Lalu dia menasihatkan keenam-enam anaknya itu berubah sikap agar hubungan tujuh puteri itu kembali erat.

Apabila Mayang Sari pulang ke istana, kakak-kakaknya memohon maaf di atas kelakukan buruk mereka dan berjanji akan saling mengasihi antara satu sama lain.

Mayang Sari yang gembira memafkan semua kekandanya. Kemudian, dia menceritakan pengalamannya turun ke bumi dan keindahan tasik yang ditemuinya serta persahabatannya dengan seorang pemuda bumi bernama Awang.

Mayang Sari meminta pertolongan kakak-kakaknya mendapatkan keizinan ayahanda mereka untuk turun ke bumi menghantar sekuntum bunga bakawali kepada Awang bagi memulihkan kesihatan ibunya.

Kekanda Mayang Sari setuju membantu. Mereka juga mahu turun ke bumi dan melihat keindahan bumi seperti diceritakan oleh Mayang Sari.

Maka puteri tujuh beradik itu pergi menghadap ayahanda mereka. Raja Kayangan pada mulanya keberatan memperkenankan hajat puteri-puterinya itu, tetapi akhirnya mengalah apabila mereka merayu berulang kali. Syaratnya, kesemua mereka mesti pulang segera ke istana kayangan.

Maka berterbanganlah Puteri Umbuk Mayang tujuh beradik itu menuju ke Tasik Paloh Mengkuang. Awang sudah sedia menanti di tasik itu. Gembira tidak terpalang hatinya apabila melihat Mayang Sari menjelma di hadapannya membawa sekuntum bunga bakawali. Mayang Sari turut memperkenalkan keenam-enam kekandanya kepada Awang.

“Sekiranya perlukan bantuan, serulah kami semua. Perasaplah kemenyan pada mayang, serulah nama kami satu persatu bagaikan lagu. Pasti kami akan menjelma,” beritahu Mayang Sari kepada Awang.

Walaupun berat hati berpisah kerana Mayang Sari dan Awang sudah saling menyukai, namun mereka harus pergi. Tujuh puteri itu segera pulang ke Kayangan, manakala Awang juga cepat kembali ke rumah membawa bunga bakawali.

Selang beberapa hari, ibu Awang pulih dari sakitnya. Setelah sihat, ibunya membuat keputusan untuk menjodohkan Awang dengan Puteri Puspa, anak ketua kampung mereka.

Awang tidak setuju dan menjelaskan dia hanya mahu berkahwin dengan Puteri Mayang Sari, namun ditolak ibunya yang merasakan tidak mungkin makhluk dari dua alam berbeza boleh berkahwin.

Awang tetap membantah perkahwinan yang diatur ibunya. Dia tidak lalu makan sehingga jatuh sakit. Mulutnya sentiasa menyebut nama Mayang Sari.

Dalam keadaan tidak berdaya, Awang berjalan menuju ke Tasik Paloh Mengkuang bersama rindunya kepada Mayang Sari. Tiba di tasik itu, diasapnya kemenyan pada mayang pinang lalu dia menyanyi menyeru Puteri Mayang Sari dan kekanda-kekandanya agar turun ke bumi. Dikatakan daripada nyanyian Awang itu terhasil lagu Ulek Mayang.

Sementara itu di Kayangan pula, Raja mahu menjodohkan Mayang Sari dengan Dewa Gempita, seorang pembesar yang bengis.

Mayang Sari membantah perkahwinan itu dan menangis siang malam kerana cintanya hanya untuk Awang, pemuda bumi. Kakak-kakaknya sedih melihat keadaan adik bongsu mereka, lalu sepakat mahu melarikan  Mayang Sari keluar dari istana Kayangan.

Semasa mereka hendak keluar, Raja telah melihat mereka dan memberi amaran kepada tujuh puteri itu. Jika mereka melangkah keluar, mereka tidak diizinkan kembali semula ke Kayangan.

Walaupun Puteri Umbuk Mayang tujuh beradik itu terkejut dengan amaran ayahanda mereka, namun mereka sepakat tetap terbang keluar meninggalkan istana itu, membawa Mayang Sari menuju ke Tasik Paloh Mengkuang.

Dari jauh mereka sudah mendengar rintihan dan suara pilu Awang yang menyanyikan lagu Umbuk Mayang mendayu-dayu.

Awang pula apabila melihat satu demi satu puteri tujuh beradik muncul di depannya, dia bagaikan mendapat tenaga dan sihat kembali terutama apabila melihat Mayang Sari yang dicintainya muncul di depan mata. Keduanya saling bertangisan.

Awang meminta agar puteri itu tidak meninggalkannya lagi. Mayang Sari juga berjanji tidak akan pergi dan mereka berdua akan hidup bersama sepanjang hayat.

Akibat melanggar larangan ayahanda mereka, keenam-enam kekanda Mayang Sari tidak dapat lagi kembali ke istana Kayangan. Namun, mereka tidak menyesal dan gembira berkorban untuk adik bongsu mereka. Keenam puteri itu juga membuat keputusan untuk terus menetap di bumi.

Sebelum mereka bertujuh berpisah, mereka berjanji akan bertemu setiap bulan purnama di Tasik Paloh Mengkuang.

Setelah itu, Puteri Mayang Mengurai berangkat ke Bukit Puteri. Puteri Mayang Mawar terbang ke Pulau Redang manakala Puteri Mayang Pinang menuju ke Pulau Perhentian.

Puteri Mayang Cempaka pula pergi ke Bukit Cendering dan Puteri Mayang Kenanga menjaga Pulau Kapas. Puteri Mayang Melur pergi bertapak di Gunung Tebu.

Manakala Puteri Mayang Sari yang berkahwin dengan Awang pula membina kehidupan bahagia di sekitar Tasik Paloh Mengkuang dan sesekali akan berada di puncak Bukit Bucu dan Pulau Bidong.

Kostum

sunting

Kostum penari Ulek Mayang mempunyai dua jenis pakaian, enam dari tujuh penari wanita biasanya akan mengenakan pakaian tradisional seperti baju songket lengan panjang (baju daripada bahan sutera), selendang (selendang panjang) yang dipakai di pinggang, sanggul (alat perhiasan di rambut), subang (perhiasan di telinga) dan kain songket panjang di bahagian bawah badan serta beberapa aksesori lain. Watak utama penari yang bermain sebagai Tuan Puteri Mayang Sari Mayang Mengurai atau Puteri Tujuh akan menggunakan pakaian dan aksesori yang sama seperti enam penari yang lainnya tetapi yang berbeza adalah dia akan memakai baju songket berlengan pendek dan warna bajunya juga adalah berbeza. Biasanya dia akan memakai baju berwarna kuning. Ini untuk menggambarkan bahawa dia adalah puteri utama penari. Sementara para penari lelaki mereka akan memakai baju nelayan dan watak bomoh akan memakai baju tradisional lelaki Melayu seperti Baju Melayu (baju traditional lelaki Melayu).

Lagu Ulek Mayang adalah lagu unik yang mengiringi tarian ini. Lagu ini didakwa oleh sesetengah rakyat Malaysia sebagai berhantu kerana selain dari asal usulnya sebagai lagu pemujaan, iramanya juga dikatakan agak menyeramkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa interpretasi kontemporari untuk lagu ini sama ada di dalam filem atau lagu-lagu baru. Diva rock Malaysia, Ella pernah menyanyikan lagu ini dalam versi rock, sementara kumpulan thrash metal Malaysia, Cromok pernah mengeluarkan beberapa versi instrumental untuk lagu ini. Lagu ini dinyanyikan dalam Bahasa Terengganu dengan Bahasa Melayu.


Tulisan Jawi Tulisan Rumi[2] Terjemahan Bahasa Inggeris

اولق مايڠ كو اولق
اولق دڠن جالا جيملا
اولق مايڠ داولق
اولق دڠن توانڽ ڤوتري
اولق مايڠ داولق
اولق دڠن جالا جيملا
اولق مايڠ داولق
اولق دڠن ڤوتريڽ دوا

ڤوتري دوا برباجو سيروڠ
ڤوتري دوا برسڠڬول سينديڠ
ڤوتري دوا برسوبڠ ڬاديڠ
ڤوتري دوا برسليندڠ كونيڠ
اومبوك مايڠ ديومبوك
اومبوك دڠن جالا جيملا
نوك اولق مايڠ داولق
اولق دڠن ڤوتريڽ امڤت

ڤوتري امڤت برباجو سيروڠ
ڤوتري امڤت برسڠڬول سينديڠ
ڤوتري امڤت برسوبڠ ڬاديڠ
ڤوتري امڤت برسليندڠ كونيڠ
اومبوك مايڠ ديومبوك
اومبوك دڠن جالا جيملا
نوك اولق مايڠ داولق
اولق دڠن ڤوتريڽ انم

ڤوتري انم برباجو سيروڠ
ڤوتري انم برسڠڬول سينديڠ
ڤوتري انم برسوبڠ ڬاديڠ
ڤوتري انم برسليندڠ كونيڠ
اومبوك مايڠ ديومبوك
اومبوك دڠن جالا جيملا
نوك اولق مايڠ داولق
اولق دڠن ڤوتريڽ توجوه

ڤوتري توجوه برباجو سيروڠ
ڤوتري توجوه برسڠڬول سينديڠ
ڤوتري توجوه برسوبڠ ڬاديڠ
ڤوتري توجوه برسليندڠ كونيڠ
اومبوك مايڠ ديومبوك
اومبوك دڠن جالا جيملا
نوك اولق مايڠ داولق
اولق دڠن توانڽ ڤوتري

توان ڤوتري برباجو سيروڠ
توان ڤوتري برسڠڬول سينديڠ
توان ڤوتري برسوبڠ ڬاديڠ
توان ڤوتري برسليندڠ كونيڠ
اومبوك مايڠ ديومبوك
اومبوك دڠن جالا جيملا
نوك اولق مايڠ داولق
اولق دڠن توانڽ ڤوتري

كو تاهو اصل اصول مو
يڠ لاوت باليق ك لاوت
يڠ دارت باليق ك دارت
ناسي برورنا همبا سمبهكن
اومبوك مايڠ كو اومبوك
اومبوك دڠن جالا جيملا
ڤوليه مايڠ كو ڤوليه
ڤوليه باليق سديا كالا

Ulek mayang ku ulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua

Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat

Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggol sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam

Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggol sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh

Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggol sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri

Ku tahu asal usul mu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala

I entreat the Mayang
Entreat with shining nets
Entreat the Mayang
Singing with her highness the princess
Entreat the Mayang
Entreat it with shining nets
Entreat for the Mayang
Singing together with the second princess

Second princess wears a slanted blouse
Second princess with a slanted hair knot
Second princess wears ivory earrings
Second princess has a yellow scarf
Persuading the Mayang
Persuade it with shining nets
Entreating the Mayang
Singing with the fourth princess

Fourth princess wears a slanted blouse
Fourth princess with a slanted hair knot
Fourth princess wears ivory earrings
Fourth princess has a yellow scarf
Persuading the Mayang
Persuade it with shining nets
Entreating the Mayang
Singing with the sixth princess

Sixth princess wears a slanted blouse
Sixth princess with a slanted hair knot
Sixth princess wears ivory earrings
Sixth princess has a yellow scarf
Persuading the Mayang
Persuade it with shining nets
Entreating the Mayang
Singing with the seventh princess

Seventh princess wears a slanted blouse
Seventh princess with a slanted hair knot
Seventh princess wears ivory earrings
Seventh princess has a yellow scarf
Persuading the Mayang
Persuade it with shining nets
Entreating the Mayang
Singing with her highness the princess

Her highness the princess wears a slanted blouse
Her highness the princess with a slanted hair knot
Her highness the princess wears ivory earrings
Her highness the princess has a yellow scarf
Persuading the Mayang
Persuade it with nets
Entreating the Mayang
Singing with her highness the princess

I know your origins
Let those from the sea to return to the sea
Let those from the land to return to the land
I present the coloured rice
I persuade the Mayang
Persuade it with shining nets
I heal with Mayang
Bringing back to health

.

Lirik Asli:-


[Ulek Mayang]

.

Nama engkau aku memuji,

Pulut mewangi setandang besi,

Anak harimau setandang malam,

Keras kalam menjadi besi,

Keras siang hingga ke malam,

Keras seperti besi kersani,

Panah batu gemala meruntuh,

Panah gunung ancala meruntuh,

Panah selera denganlah aku,

Oh berkatlah engkau aku memakai,

Dengan tunggalnya sepanjang zaman.

.

Aku tahu asal usulmu,

Seri Bersila nama akarmu,

Seri Berdiri nama batangmu,

Seri Minum nama kulitmu,

Seri Menepak nama daunmu,

Seri Kuntum nama bungamu,

Seri Guntur nama buahmu,

Seri Hidup nama benihmu,

Aku tahu asal usulmu.

.

Tujuhkan beradik

Tujuh sebiring

Tujuh segenap

Mengikutlah dari bari

Amboilah kan tujuh

Semangat tujuh

Selangkat tujuh

Tunjanglah kan tujuh

Anggota tujuh

Sifatkan tujuh

Maknuyah tujuh

Ai...turunlah kan tujuh

Belahkan sifat.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya satu.

.

Puteri satu berbaju serong

Puteri satu bersanggul lentang

Puteri satu bersubang gading

Puteri satu berselendang biru.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya dua.

.

Puteri dua berbaju serong

Puteri dua bersanggul sendeng

Puteri dua bersubang gading

Puteri dua berselendang hijau.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya tiga.

.

Puteri tiga berbaju serong

Puteri tiga bersanggul lentang

Puteri tiga bersubang gading

Puteri tiga berselendang merah.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya empat.

.

Puteri empat berbaju serong

Puteri empat bersanggul sendeng

Puteri empat bersubang gading

Puteri empat berselendang putih.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya lima.

.

Puteri lima berbaju serong

Puteri lima bersanggul lentang

Puteri lima bersubang gading

Puteri lima berselendang biru.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya enam.

.

Puteri enam berbaju serong

Puteri enam bersanggul sendeng

Puteri enam bersubang gading

Puteri enam berselendang hijau.

.

Umbok mayang diumbok

Umbok dengan jala jemala

Nok ulek mayang diulek

Ulek dengan puterinya tujuh.

.

Puteri tujuh berbaju serong

Puteri tujuh bersanggul lentang

Puteri tujuh bersubang gading

Puteri tujuh berselendang merah.

.

Umbok mayang ku umbok

Umbuk dengan jala jemala

Nok ulek mayang ku ulek

Ulek dengan tuannya puteri.

.

Tuan puteri berbaju serong

Tuan puteri bersanggol sendeng

Tuan puteri bersubang gading

Tuan puteri berselendang kuning.

.

Umbok mayang ku umbok

Umbuk dengan jala jemala

Nok ulek mayang ku ulek

Ulek dengan puteri jelita.

.

Aku tahu asal usulmu,

Mayang Mengurai puterinya satu,

Mayang Mawar puterinya dua,

Mayang Pinang puterinya tiga,

Mayang Cempaka puterinya empat,

Mayang Kenanga puterinya lima,

Mayang Melur puterinya enam,

Mayang Sari puterinya tujuh.

.

Aku tahu asal usulmu,

Yang darat balik ke darat

Yang laut balik ke laut

Yang hutan balik ke hutan

Yang tanah balik ke tanah

Pulut kuning hamba sembahkan

Umbok mayang ku umbok

Umbok dengan jala jemala

Pulih mayang ku pulih

Pulih balik sedia kala.

.

Tujuhkan beradik

Tujuh sebiring

Tujuh segenap

Mengikutlah dari bari

Amboilah kan tujuh

Semangat tujuh

Selangkat tujuh

Tunjanglah kan tujuh

Anggota tujuh

Sifatkan tujuh

Maknuyah tujuh

Ai...turunlah kan tujuh

Belahkan sifat.

.

Nama engkau aku memuji,

Hang badi sanya mak badi,

Badi seratus sembilan puluh tiga,

Bukan aku yang berbadi,

Sekalian yang bernyawa berbadi,

Aku tahu asal kau jadi,

Uri tembuni pusat tetuban asal kau jadi,

Turun kau dari urat sendi darah daging aku,

Kalau sungguh tiada kau menurun,

Aku bersumpah dengan kata,

Teramung zatnya tiada berdua.

.

Nota:

Mayang adalah bunga pokok kelapa digunakan untuk mengusir makhluk halus.

Maknuyah bersinonim dengan maknawiyah.

Umbok ialah umbuk yang bermaksud kata-kata yg manis atau janji yg muluk-muluk (utk memujuk, memperdaya, dll).

Ulek ialah ulit yang bermaksud berdondang atau mengulit-ngulit atau menyeru-nyeru sambil menyanyi.

Biring bermaksud tepi atau tembereng.

Bari bermaksud papan penutup lubang peraka (pd perahu).

Langkat bermaksud lapisan sesuatu atau berlapis-lapis seperti tikar dll.

Menepak bermaksud memukul (menangkis) dgn telapak atau belakang tangan.

Guntur bermaksud bunyi yg kuat di udara yg biasanya didahului oleh kilat; guruh.

Tandang bermaksud berkunjung sambil membawa sesuatu.

Kersani bermaksud sejenis besi yg baik mutunya (berasal dr Khorasan di Parsi).

Gemala bermaksud batu yg bercahaya dan mempunyai hikmat (berasal drpd ular, naga, dll).

Ancala bersinonim dengan gunung.

Tunjang bermaksud sesuatu yg menjadi asas dan menopang atau menyokong sesuatu yg lain.

Jala bermaksud sj alat berbentuk jaring yg digunakan utk menangkap ikan.

Jemala bersinonim dengan kepala.

Rujukan

sunting
  1. ^ "Tarian Ulek Mayang". Tourism Terengganu. 2007. Dicapai pada 2010-09-19.
  2. ^ "Koleksi Lirik Lagu Rakyat: Ulek Mayang". ZZZ Reversed Tech, Inc. Dicapai pada 19 September 2010.