Nama sebenarnya Tok Uban ialah Tok Sulaiman - yang namanya diambil sempena menjadi Danau Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan. Tidak banyak kisah yang dapat dicatat kecuali mempunyai seorang anak bernama Dewi.[perlu rujukan]

Mengikut beberapa kajian, [perlu rujukan] Tok Sulaiman mempunyai kaitan dengan Long Sulaiman, ayahanda kepada Long Yunus. (keturunan Sultan Kelantan kini)

Ramai juga yang berpendapat[perlu rujukan] bahawa Tok Sulaiman dan Long Sulaiman adalah orang yang sama.

Ini kerana Tok Sulaiman dipercayai mempunyai seorang anak perempuan bernama Dewi dan kebetulan Long Sulaiman juga mempunyai seorang puteri bernama Tuan Dewi.

Antara versi yang terkenal ialah Tok Sulaiman telah beruzlah di Bukit Panau kerana tidak mahu memerangi saudaranya dari Pujud, Pattani.

Selain itu versi rasmi Long Sulaiman - baginda dipercayai dibunuh oleh menantunya sendiri iaitu Long Deraman. Long Sulaiman adalah anakanda kepada Paduka Sri Sultan Long Bahar ibni al-Marhum Raja Daim, salah seorang Raja Dinasti Jembal dan juga dipercayai meliputi kota Jiddah (Empayar Chermin)