Oya
pekan di Sarawak, Malaysia
Oya ialah sebuah pekan dan pusat pentadbiran bagi daerah kecil dengan nama yang sama dalam Bahagian Mukah di Sarawak, Malaysia. Ia terletak berdekatan dengan kuala Sungai Oya dengan Laut Cina Selatan. Oya terletak kira-kira 26 kilometer (16 batu) dari bandar Mukah dan 184 kilometer (114 batu) atau tiga jam perjalanan kereta dari bandar Sibu. Majoriti penduduk Oya adalah terdiri dari orang Melanau.[perlu rujukan] Pekerjaan umum bagi penduduk Oya ialah nelayan dan petani.
Oya اويا | |
---|---|
Pekan | |
Lokasi di Malaysia Timur | |
Koordinat: 2°51′22″N 111°52′29″E / 2.856089°N 111.874736°EKoordinat: 2°51′22″N 111°52′29″E / 2.856089°N 111.874736°E | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Mukah |
Daerah kecil | Oya |
Zon waktu | UTC+8 (MST) |
Poskod | 96410 |
Oya mempunyai sebuah sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Oya. Terdapat juga dua buah sekolah rendah: Sekolah Kebangsaan Datu Pengiran Mohamad dan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yak Tee.