Majlis Perbandaran Sibu

Lembaga Perbandaran Sibu ditubuhkan pada hari Sabtu, 31 Januari, 1925 dan seterusnya sebagai Jabatan Kerajaan Pusat sehingga hari Isnin, 01 Januari, 1934 apabila Undang-undang Kecil Perbandaran Kuching diwartakan di bawah Peraturan No. M. 7 (Perbandaran) 1933 diterima untuk kawasan Perbandaran Sibu. Ahli Lembaga terdiri daripada Residen Bahagian ketiga sebagai Pengerusi. Pegawai Perbandaran ketika itu adalah Pegawai Daerah Sibu. Ahli-ahli rasmi Perbandaran Sibu ketika itu ialah Jurutera Bahagian Sibu, Penguasa Tanah & Survei Sibu dan Pegawai Perubatan Bahagian Sibu. Ahli-ahli tidak rasmi yang juga dikenali sebagai Pesuruhjaya Perbandaran Sibu telah dilantik daripada kalangan pelbagai ketua masyarakat.

Majlis Perbandaran Sibu
SMC
Jenis
Jenis
Bagi pihak berkuasa tempatan bagi Sibu City
Sejarah
Diasaskan1 November 1981
Kepimpinan
Pengerusi
Cr. Clarence Ting Ing Horh
Timbalan Pengerusi
Cr. Mohammed Abdullah Izkandar Bin Dato' Roseley
Setiausaha Perbandaran
Yong Ing Chu (Pemangku Setiausaha Perbandaran)
Tempat persidangan
MPSibu, tingkat 19-24, Wisma Sanyan, Sibu, Sarawak.
smc.gov.my
Catatan kaki
Lembaga Perbandaran Sibu (31 Januari 1925-31 Disember 1951) Majlis Daerah Bandar Sibu (1 Januari 1952-31 Oktober 1981)
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Walaupun Ordinan Kuasa Tempatan (Bab 117) berkuatkuasa pada hari Khamis, 01 Januari, 1948, Lembaga Perbandaran Sibu masih beroperasi sehingga penghujung 1951. Menjelang hari Selasa, 01 Januari, 1952, ia dinamakan sebagai Majlis Daerah Bandaran Sibu, sebuah entiti Kerajaan Tempatan, mempunyai kemampuan kewangan sendiri dan mengurus hal ehwal tempatan.

Pegawai Daerah Sibu pada ketika itu merupakan Pengerusi kepada Majlis dan diteruskan sehingga penghujung 1957. Semua kaunselor adalah dilantik.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bandaran Sibu pada waktu itu adalah kira-kira tiga (3) batu persegi. Banci penduduk tahun 1947 menunjukkan jumlah penduduk seramai 9,983 orang di daerah ini. Dalam tahun 1957, sempadan kawasan Majlis Daerah Bandaran Sibu telah dibesarkan kepada kira-kira 20 batu persegi. Jumlah penduduk adalah seramai 29,630 orang pada hari Rabu, 15 Jun, 1960, berdasarkan laporan banci penduduk tahun 1960.

Pilihan raya pertama Majlis Daerah Bandaran Sibu diadakan pada hari Ahad, 15 Disember, 1957 dan mesyuarat pertama bagi kaunselor yang dilantik diadakan pada hari Khamis, 02 Januari, 1958

Majlis Daerah Bandaran Sibu telah distruktur semula dan dinaik taraf menjadi Majlis Perbandaran Sibu pada hari Ahad, 01 November, 1981 dengan kawasan pentadbiran ditambah daripada 50km persegi kepada 129.5km persegi. Kawasan ini meliputi pusat bandar Sibu, Pasar Sungei Merah, tebing timur Batang Rejang dan termasuk Pulau Kerto hingga ke KM 10 Jalan Teku, KM 12 Jalan Oya dan kira-kira KM 8 Jalan Salim.

Jumlah penduduk dalam kawasan Perbandaran Sibu adalah kira-kira 126,000 orang berdasarkan banci penduduk tahun 1991.

Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan 24 orang kaunselor telah dilantik untuk berkhidmat di Majlis Perbandaran Sibu untuk tempoh dua (2) tahun mulai hari Ahad, 01 November, 1981