Lotus Cars ialah sebuah pengeluar kereta sports dan kereta lumba British yang berpusat di bekas tapak RAF Hethel, sebuah lapangan terbang Perang Dunia Kedua di Norfolk. Syarikat ini mereka bentuk dan membina kereta yang ringan dan mempunyai ciri-ciri pengendalian yang baik.[4] Lotus Engineering ialah pakar perunding kejuruteraan bagi Lotus Cars, dan mempunyai kemudahannya di United Kingdom, Amerika Syarikat, Malaysia dan China.

Lotus Group
Jenis/bentuk sahAutomobile manufacturer, private limited company, car brand Sunting ini di Wikidata
IndustriIndustri automotif Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan1952 Sunting ini di Wikidata
PengasasColin Chapman
Ibu pejabatHethel, Norfolk, England, UK
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
Tokoh penting
  • Qingfeng Feng (CEO)
  • Alexious Lee (CFO)
  • Mike Johnstone (CCO)
KeluaranKereta
Hasil pengeluaran 867 unit[1] (2022)
Hasil £56 juta[2] (2022)
PemilikGeely, Proton Holdings Berhad Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan1,385 (2021)[3]
Syarikat indukZhejiang Geely Holding Group
Tapak weblotuscars.com
Facebook: LotusCars Twitter: lotuscars Instagram: lotuscars Youtube: UC9MkdpqU8D6xT1Z9A7dBlKg Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Lotus dimiliki oleh Proton, yang memperolehi syarikat ini berikutan bekas pemilik Romano Artioli, muflis pada tahun 1994.

Senarai model semasa Lotus sunting

 
Lotus Elise
  • Lotus Elise - menampilkan pelbagai inovasi baru kejuruteraan seperti cangkerang badan komposit. Asalnya menggunakan enjin Rover Siri K tetapi kini digerakkan oleh enjin Toyota 1ZZ dan 2ZZ dengan teknologi VVTL-i.
  • Lotus Exige - versi Lotus Elise dengan badan yang direka semula untuk menghasilkan daya ke bawah tambahan.
  • Lotus Exige S - versi Lotus Exige yang dilengkapi pengecas super, meningkatkan keluaran kuasa sehingga setinggi 220bhp. Model pernafasan biasa Lotus Exige dan Lotus Elise hanya menghasilkan 190bhp.
  • Lotus Europa S - model kereta sport 2 tempat duduk terbaru oleh Lotus, diinspirasikan daripada kereta Grand Tourer (GT). Tidak seperti model-model Exige dan 2-Eleven, Lotus Europa S tidak berasaskan platform Lotus Elise sebaliknya menggunakan platform yang berbeza.
  • Model Pengganti Lotus Esprit - Bakal dikeluarkan pada tahun 2009, ia bakal menggunakan enjin BMW V8 yang juga digunakan pada kereta BMW 650i.
  • Lotus 2-Eleven - satu lagi model berasaskan platform Lotus Elise tetapi tidak mempunyai bumbung.
  • Lotus Evora - dilancarkan pada 22 Julai 2008, ia diberi nama kod "Project Eagle" semasa proses pembangunannya. Merupakan kereta sport 2+2 dengan enjin 3.5L V6 yang dipasang di bahagian tengah kereta.

Kerjasama sunting

  • Lotus Cortina—versi Lotus bagi kereta Ford Cortina Mk. I.
  • Lotus Talbot Sunbeam—model rali "hot hatch" Talbot pada awal 80-an.
  • Vauxhall Lotus Carlton (juga dikenali sebagai Opel Lotus Omega, nama dalaman Lotus Type 104) - Pada masa tersebut (awal 1990-an) model ini merupakan model kereta sedan terpantas Lotus, dengan kelajuan maksimum melebihi 274 km/j.
  • Model 1991 Dodge Spirit R/T dengan versi enjin K-car 2.2 L 16 injap DOHC dengan pembangunan enjinnya diketuai Lotus, menghasilkan 220bhp.
  • Vauxhall VX220 (juga Opel Speedster) - dihasilkan oleh Lotus serta berasaskan kerangka aluminium yang sama dengan Lotus Elise. Pengeluaran dihentikan pada tahun 2005.
  • Lotus mereka serta membantu proses kejuruteraan model Tesla Roadster, sebuah kereta sport elektrik, di samping melesenkan teknologi tersebut kepada Tesla Motors serta membina model roadster tersebut di kilang mereka di Hethel. [1]
  • Lotus bertanggungjawab terhadap kebanyakan reka bentuk, pembangunan serta proses ujian enjin LT5 DOHC V8 bagi kereta Chevrolet Corvette ZR-1.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap pelbagai aspek bagi motosikal tiga roda Sinclair C5.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap penentukuran sistem gantungan kereta Toyota MR2 Mk. I, Toyota Supra Mk. II dan Mk. III, Isuzu Piazza, Isuzu Impulse di samping pelbagai model kereta Proton.
  • Lotus bertanggungjawab terhadap pembangunan enjin Campro bersama-sama Proton[5], di samping sistem pemasaan injap boleh laras enjin tersebut iaitu Penukaran Profil Sesondol (CPS). Terdapat dalam varian 1.6L dan 1.3L, enjin Campro kini digunakan pada kebanyakan model baru Proton.
  • Lotus telah menala sistem gantungan Mahindra Scorpio untuk menjadikannya stabil pada kelajuan tinggi.
  • Lotus menjadi rakan ZAP bagi merekabentuk kenderaan elektrik seterusnya, ZAP-X, berasaskan kenderaan konsep APX.

Bacaan lanjut sunting

  • Gérard ('Jabby') Crombac, Colin Chapman: The Man and His Cars (Patrick Stephens, Wellingborough, 1986)
  • Mike Lawrence, Colin Chapman: The Wayward Genius (Breedon Books, Derby, 2002)
  • Ian H. Smith, The Story of Lotus: 1947-1960 Birth of a Legend (republished Motor Racing Publications, Chiswick, 1972)
  • Doug Nye, The Story of Lotus: 1961-1971 Growth of a Legend (Motor Racing Publications, Chiswick, 1972)
  • Robin Read, Colin Chapman's Lotus: The early years, the Elite and the origins of the Elan (Haynes, Sparkford, 1989)
  • Anthony Pritchard, Lotus: All The Cars (Aston Publications, Bourne End, 1990)
  • Doug Nye, Theme Lotus: 1956-1986 (Motor Racing Publications, Croydon, 1986)
  • Peter Ross, Lotus - The Early Years 1951-54 (Coterie Press, Luton, 2004)
  • Rémy Solnon, Lotus Esprit - le grand tourisme à l'anglaise (Editions Les Presses Littéraires, 2007)

Nota sunting

  1. ^ Lotus Cars Ltd, 2022, Annual Report and Financial Statements for the year ended 31 December 2022, 4
  2. ^ Lotus Cars Ltd, 2022, Annual Report and Financial Statements for the year ended 31 December 2022, 4
  3. ^ Lotus Cars Ltd. Annual Report and Financial Statements for the year ended 31 December 2021.
  4. ^ "2010 Lotus Evora - Test drive and new car review - 2010 Lotus Evora". Cars.about.com. 2011-06-16. Dicapai pada 2011-12-18.
  5. ^ About Proton Engineering Diarkibkan 2007-10-08 di Wayback Machine - Proton Cars UK

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting