Kereta elektrik

(Dilencongkan dari Kenderaan elektrik)

Kereta elektrik (كريتا ايلكتريك) ialah kereta yang digerakkan oleh satu atau lebih motor elektrik, menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri. Bateri tersebut boleh diisi semula di stesen pengecas yang boleh dipasang di rumah atau tempat awam.[1] Kenderaan elektrik juga lebih senyap dan efisen bagi menggerakkan kenderaan berbanding enjin pembakaran dalam.

Beberapa kereta eletrik dicas di stesen jalanan.
Kereta Elektrik Moden
Nissan Leaf
Renault Zoe
BMW i3 sedang diisi semula
Tesla Model 3
Jaguar I-Pace

Beberapa buah negara telah memberikan insentif untuk pemilik kereta elektrik seperti subsidi dan kredit cukai untuk mengalakkan pemilikan kereta elektrik.

SejarahSunting

Kenderaan Elektrik AwalSunting

Pencipta kenderaan elektrik pertama tidak dapat dikenalpasti, kerana beberapa pencipta telah diberikan penghargaan. Pada 1828, Ányos Jedlik dari Hungary telah membina model kereta berskala kecil yang digerakkan oleh motor elektrik rekaannya. Diantara tahun 1832 hingga 1839 (tahun sebenar tidak dapat dipastikan), Robert Anderson dari Scotland membina gerabak berkuasa elektrik. Pada 1835, Professor Stratingh dari Bandar Duct, Groningen, Holland telah melukis rekaan model kereta elektrik dan dibina oleh pembantunya Christopher Becker. Pada 1835 juga, Thomas Davenport telah membina sebuah kereta elektrik kecil di Amerika Syarikat.

Pada 1842, Thomas Davenport dan Robert Davidson, seorang lelaki Scotland menigkatkan keupayaan kereta elektrik dengan menggunakan bateri yang mempunyai tempoh hayat yang lebih lama dan lebih berkuasa. Walaupun dengan kemajuan ini, kereta elektrik kurang popular kerana bateri yang digunakan tidak boleh dicaj semula dan tidak mempunyai jarak pemanduan yang jauh sebelum perlu ditukar.

Dengan penciptaan bateri boleh dicas semula pada 1865 oleh seorang lelaki Perancis, Gaston Plante dan kemajuan oleh Camille Faure pada 1881 telah menyebabkan kereta elektrik menjadi lebih praktikal.

Kereta elektrik praktikal yang pertama telah dihasilkan pada 1880-an. Pada November 1881, Gustave Trouvé mempamerkan kereta elektriknya di "Exposition internationale d'Électricité de Paris".

Pada 1884, lebih 20 tahun dari penghasilan Ford Model T, Thomas Parker telah menghasilkan kereta elektrik pengeluaran besar-besaran di Wolverhampton menggunakan bateri berkapasiti tinggi yang direka khas olehnya. Namun, satu-satunya pendokumenanya ialah sekeping gambar dari 1895. "Flocken Elektrowagen" ciptaan Andreas Flocken pada 1888 dikenalpasti sebagai kereta elektrik pertama yang sebenar.

Pada 1897, kereta elektrik digunakan secara komersial sebagai teksi di Britain dan Amerika Syarikat. Di London, Teksi Elektrik Walter Bersey merupakan teksi bergerak sendiri yang pertama dimana majoriti teksi pada masa itu ditarik oleh kuda. Di Bandar New York, 12 teksi hansom dan satu teksi brougham telah diubahsuai untuk menggunakan elektrik yang berasaskan rekabentuk Electrobat II, merupakan sebahagian dari projek yang dibiayai oleh Syarikat Bateri Simpanan Elektrik dari Philadelphia. Pada abad ke-20, penghasil utama kenderaan elektrik di Amerika Syarikat ialah Anthony Elektrik, Baker, Columbia, Anderson, Edison, Riker, Milburn, Bailey Elektrik, Detroit Elektrik dan lain-lain. Kereta Ekektrik lebih senyap berbanding kereta petrol dan tidak memerlukan penukaran gear.

Terdapat enam kereta elektrik yang telah memecahkan rekod kelajuan dunia diatas darat, dengan yang terakhir ialah kereta La Jamais Contente yang dibina di Belgium pada 1899. Kereta tersebut dipandu oleh Camille Jenatzy pada 29 April 1899, dan telah memecahkan rekod 100 km/j (62 batu/j) dengan mencapai kelajuan 105.88 km/j (65.79 batu/j)

Kereta elektrik merupakan jenis kereta yang popular antara 1890-an hingga 1920-an berbanding kereta petrol. Kemerosotan penggunaan kereta elektrik berlaku kerana kemajuan enjin pembakaran dalam dan penghasilan besar-besaran kereta petrol dan diesel yamg lebih murah. Tempoh pengisisan semula yang lebih cepat juga menggalakan pembelian kereta petrol. Walaubagaimanapun, penciptaan motor penghidup elektrik pada 1912 telah menyebabkan enjin pembakaran dalam menjadi popular kerana memudahkan proses menghidupkan enjin yang lebih sukar seperti memutarkan menggunakan tangan.

Kereta Elektrik ModenSunting

Kemunculan teknologi semikonduktor-logam-oksida (Metal-Oxide-Semiconductor, MOS) mengakibatkan kemajuan kenderaan elektrik moden. MOSFET (MOS field-effect-transistor, atau transistor MOS) yang dicipta oleh Mohamed M. Atalla dan Dawon Kahng di Bell Labs pada 1959, yang menyebabkan penghasilan 'power MOSFET' oleh Hitachi pada 1969, dan mikropemproses dalam satu cip oleh Federico Faggin, Marcian Hoff, Masatoshi Shima dan Stanley Mazor di Intel pada 1971. 'Power MOSFET dan mikropengawal, sejenis mikropemproses satu-cip, menyebabkan kemajuan yang signifikan dalam teknologi kenderaan. Penukar kuasa MOSFET membenarkan operasi pada kekerapan suis yang tinggi (higher switching frequency), memudahkan pemanduan, mengurangakan pembaziran kuasa, dan mengurangkan harga secara secara signifikan, manakala mikropemproses mampu mengawal kesemua aspek pengawalan pemanduan dan menguruskan bateri. Penciptaan bateri lithium-ion oleh John Goodenough, Rachid Yazami dan Akira Yoshino pada 1980 membenarkan kereta elektrik digunakan untuk perjalanan jarak jauh.

Pada awal 1990-an Badan Sumber Udara California (CARB) memulakan pengesaan untuk kenderaan lebih efisen dan kurang pencemaran, dengan matlamat utama untuk berubah kepada kenderaan sifar pencemaran seperti kenderaan elektrik. Tambahan pula, pada tahun 1992, pihak Kongres Amerika meluluskan Akta Polisi Kecermasan Kebangsaan yang ditanda tangani oleh Presiden Bush yang menyatakan antara lain bahawa penggunaan petrol di U.S. akan dikurangkan sehingga sepuluh peratus menjelang tahun 2000 dan tiga puluh peratus menjelang 2030. Sebagai respons, pembuat kereta mula mengeluarkan model elektrik termasuk Chrysler TEVan, Ford Ranger EV, GM EV1 dan S10 EV, Honda EV plus, Nissan Altra EV dan toyota RAV4 EV. Syarikat Electricar dan Solectria dari Amerika Syarikat menghasilkan kereta elektrik AC 3-Fasa dengan bantuan GM, Hughes dan Delco. Kereta awal ini lama kelamaan dikeluarkan dari pasaran Amerika Syarikat.

Pada 2004, Tesla Motors memulakan penghasilan Tesla Roadster, yang dikeluarkan pada 2008. Kereta tersebut merupakan kereta elektrik sepenuhnya yang sah digunakan di lebuhraya (highway legal) yang pertama untuk menggunakan bateri lithium-ion, dan kereta elektrik pengeluaran yang pertama untuk berjalan lebih 320 km dengan setiap pengecasan. Mitsubishi i-MiEV, yang dilancarkan pada 2009 di Jepun merupakan kereta elektrik ertama untuk menjual lebih 10,000 unit (termasuk model yang dijual di Eropah sebagai Citroën C-Zero dan Peugeot iOn) pada Februari 2011. Beberapa bulan selepas itu, Nissan Leaf yang dilancarkan pada 2010 melepasi rekod jualan i-MiEV sebagai kereta elektrik terlaris.

Bermula pada 2008, peningkatan dalam penghasilan kereta elektrik berlaku akibat kemajuan bateri dan keinginan untuk mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan meningkatkan kualiti udara di kawansan bandar.

Pada Julai 2019, Majalah Motor Trend yang berasas di Amerika Syarikat menganugerahi kereta Tesla Model S sebagai kereta terunggul tahun tersebut. Pada Mac 2020, Tesla Model 3 telah mengatasi Nissan Leaf untuk menjadi kereta elektrik terlaris di dunia, dengan 500,000 unit dijual. Nissan Leaf melepasi 500,000 jualan pada Disember 2020.

Pada November 2020, GM mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan membelanjakan lebih banyak pada penghasilan kereta elektrik untuk 5 tahun yang akan datang.

RujukanSunting

  1. ^ "How to charge an electric car". Carbuyer (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 April 2018. Dicapai pada 2018-04-22.