Cuti umum di Malaysia

rencana senarai Wikimedia

Cuti umum di Malaysia terpakai di kedua-dua peringkat; persekutuan dan negeri, secara asasnya berdasarkan senarai cuti persekutuan di peringkat negara ditambah beberapa cuti tambahan yang berlangsung di setiap negeri atau wilayah persekutuan secara berasingan. Cuti umum ialah campuran cuti sekular yang disambut oleh semua bangsa dan sejarahnya, dan cuti tradisi bagi kumpulan agama dan etnik yang pelbagai yang membentuk negara.

     Negeri dengan cuti Jumaat dan Sabtu
     Negeri dengan cuti Sabtu dan Ahad

Undang-undang yang menguatkuasakan cuti umum di Malaysia termasuklah Akta Hari Kelepasan 1951 (Akta 369) yang terpakai di Semenanjung Malaysia dan Labuan, Ordinan Hari Kelepasan (Bab 56 Sabah) di Sabah dan Ordinan Hari Kelepasan Am (Bab 8 Sarawak) di Sarawak.

Minggu kerja dan hujung minggu pelbagai bagi setiap negeri; dengan kebanyakan negeri (termasuk wilayah persekutuan) menjadikan hujung minggu pada Sabtu–Ahad, sementara Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu menjadikan Jumaat–Sabtu sebagai hujung minggu; walaupun di Johor banyak perniagaan dan bank swasta menjadikan Sabtu–Ahad sebagai hujung minggu disebabkan hubungan perniagaan erat dengan Singapura.[1][2] Bagi negeri yang hujung minggunya Sabtu–Ahad, cuti umum yang jatuh pada hari Ahad digantikan dengan cuti pada Isnin, atau hari bekerja selepasnya jika Isnin sendiri adalah cuti umum. Di Johor dan Kedah, cuti umum yang jatuh pada Jumaat akan digantikan dengan Ahad atau hari bekerja selepasnya, sementara di Kelantan dan Terengganu, cuti umum yang jatuh pada Sabtu akandigantikan ke Ahad atau hari bekerja selepasnya.

Bermula 1 Januari 2025, cuti hujung minggu bagi Johor ditukarkan dari Jumaat–Sabtu ke Sabtu–Ahad,[3] selepas sepuluh tahun dikuatkuasakan.[4]

Gambaran keseluruhan

sunting

Cuti persekutuan

sunting

Cuti umum persekutuan telah ditetapkan oleh kerajaan persekutuan dan dipakai ke seluruh negara dengan beberapa pengecualian. Cuti tersebut ialah:

Setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai 14 hari cuti umum persekutuan, kecuali Sarawak yang mempunyai 13 hari.

Walaupun hari kedua Tahun Baharu Cina tidak disenarai sebagai cuti persekutuan di Kelantan dan Terengganu, hari tersebut telah diwartakan sebagai cuti negeri di kedua-dua negeri, menjadikan ia cuti seluruh negara. Dalam pada itu, hari kedua Hari Raya Korban juga diwartakan sebagai cuti negeri di Kedah dan Perlis.

Cuti negeri

sunting

Sebagai tambahan kepada cuti umum persekutuan, setiap negeri ada mewartakan sebilangan cuti umum negeri untuk negeri masing-masing. Untuk wilayah persekutuan, Perdana Menteri bertanggungjawab untuk menentukan cuti umum wilayah untuk setiap wilayah persekutuan.

Di setiap negeri, hari keputeraan rasmi bagi pemerintah negeri atau yang di-pertua negeri disambut sebagai cuti umum. Di wilayah persekutuan, Hari Wilayah Persekutuan disambut.

Cuti negeri paling banyak dikuatkuasakan ialah Hari Tahun Baharu yang mana ia diguna pakai di lapan negeri dan semua wilayah persekutuan, diikuti Nuzul al-Quran di tujuh negeri dan semua wilayah persekutuan, dan Thaipusam di lima negeri dan dua wilayah persekutuan.

Setakat 2020, setiap negeri dan wilayah persekutuan mempunyai empat ke enam cuti umum negeri, menjadikan bilangan cuti umum menjadi 20 hari di Sabah dan Terengganu, 19 hari di Labuan, Pulau Pinang dan Sarawak, dan 18 hari di negeri-negeri lain.

Cuti mengikut pengisytiharan

sunting

Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951 memberikan Perdana Menteri kuasa untuk mengisytiharkan sebarang hari sebagai cuti umum bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan, atau di salah satu wilayah persekutuan, atau di salah satu negeri selepas rundingan dengan kerajaan negeri berkaitan. Cuti yang diisytiharkan hendaklah menjadi cuti bergaji kepada semua majikan.

Cuti umum biasanya akan diisytiharkan pada hari mengundi bagi pilihan raya umum,[5] pada hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong,[6] juga selepas acara sukan antarabangsa untuk meraikan pencapaian atlet Malaysia.[7]

Di peringkat negeri, kerajaan negeri boleh mengisytiharkan cuti peristiwa bagi acara-acara seperti pertabalan raja pemerintah negeri,[8] selepas pencapaian besar dalam acara sukan,[9][10] atau juga untuk menyediakan cuti tambahan tetapi tidak boleh diwartakan secara rasmi (seperti peisytiharan cuti setiap tahun untuk Thaipusam di Kedah).[11][12] Tidak seperti cuti yang diisytiharkan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951, penguatkuasaan cuti peristiwa negeri oleh perusahaan swasta dan pertubuhan adalah secara sukarela, sementara bagi pegawai kerajaan dan sekolah (kecuali untuk peperiksaan seluruh negara) adalah terpakai.

Di Sabah dan Sarawak, kuasa untuk mengisytiharkan sebarang hari sebagai cuti umum diserahkan kepada yang di-pertua negeri (secara amali, dikuatkuasakan dengan rundingan kerajaan negeri) menurut Ordinan Hari Kelepasan negeri masing-masing.

Senarai cuti umum mengikut pengisytiharan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951

sunting

Jadual di bawah menyenaraikan cuti tambahan yang diisytiharkan di bawah Fasal 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi Semenanjung Malaysia dan Labuan. Melainkan dinyatakan sebaliknya, hari yang sama turut diisytiharkan sebagaicuti di Sabah dan Sarawak mengikut Ordinan HariKelepasan masing-masing.

Tahun Tarikh Catatan
2017 24 April (Isnin) Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15[13][14][15]
4 September (Isnin) Cuti tambahan untuk memperingati Sukan SEA 2017[16][17][18]
2018 9 Mei (Rabu) Hari mengundi pilihan raya umum Malaysia ke-14[19][20][21]
10 & 11 Mei (Khamis & Jumaat)[A] Cuti tambahan untuk pilihan raya umum ke-14 (kecuali Sabah dan Sarawak)[22]
10 & 13 Mei (Khamis & Ahad)[B]
17 & 18 Mei (Khamis & Jumaat) Cuti tambahan untuk pilihan raya umum ke-14 (Sarawak sahaja)[23]
2019 30 Julai (Selasa) Hari pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16[24][25][26]
2022 18 & 19 November (Jumaat & Sabtu) Ambang hari mengundi dan hari mengundi pilihan raya umum ke-15[27][28][29]
28 November (Isnin) Cuti tambahan untuk pilihan raya umum ke-15[30][31][32]
2023 21 April (Jumaat) Cuti tambahan untuk Hari Raya Aidilfitri[33][34][35][36]
A Di negeri dan wilayah persekutuan yang cuti hujung minggu pada Sabtu—Ahad
B Di negeri yang cuti hujung minggu pada Jumaat—Sabtu

Cuti umum jatuh pada hari sama

sunting

Bagi badan kerajaan, tiada hari ganti automatik apabila dua cuti umum jatuh pada hari bekerja yang sama, walaupun kerajaan mungkin akan menjadikan hari lain sebagai cuti umum.[37] Bagi pekerja sektor swasta, jika majikan memilih untuk menguatkuasakan kedua-dua cuti umum, cuti ganti diberikan pada hari bekerja selepasnya, atau hari lain jika pekerja setuju.[38][39]

Jadual cuti umum 2014

sunting
Tarikh Nama JHR KDH KTN KUL LBN MLK NSN PHG PNG PRK PRS PJY SBH SGR SRW TRG
1 Januari Hari Tahun Baharu × × × × × × × × × × ×
3 Januari Maulidur Rasul × × × × × × × × × × × × × × × ×
14 Januari Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ×
3 Februari Hari Thaipusam × × × × × × ×
19 Januari Hari Keputeraan Sultan Kedah ×
1 Februari Hari Wilayah Persekutuan × × ×
3 Februari Hari Thaipusam × × × × × × ×
19 Februari Tahun Baru Cina × × × × × × × × × × × × × × × ×
20 Februari Tahun Baru Cina (Hari ke-2) × × × × × × × × × × × × × ×
4 Mac Hari Ulang Tahun Pertabalan Sultan Terengganu ×
15 April Perisytiharan Bandar Melaka sebagai Bandaraya Bersejarah ×
3 April Hari Good Friday × ×
26 April Hari Keputeraan Sultan Terengganu ×
1 Mei Hari Pekerja × × × × × × × × × × × × × × × ×
3 Mei Hari Wesak × × × × × × × × × × × × × × × ×
7 Mei Hari Hol Sultan Pahang ×
3 Mei Hari Wesak × × × × × × × × × × × × × × × ×
17 Mei Hari Keputeraan Raja Perlis ×
16 Mei Israk dan Mikraj[40] × × ×
30 & 31 Mei Tadau Kaamatan × ×
1 & 2 Jun Gawai Dayak ×
6 Jun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong × × × × × × × × × × × × × × × ×
18 Jun Awal Ramadan × × ×
7 Julai Perisytiharan George Town sebagai Tapak Warisan Dunia ×
11 Julai Hari Keputeraan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang ×
4 Julai Hari Nuzul Quran × × × × × × × × × ×
17 Julai Hari Raya Aidilfitri × × × × × × × × × × × × × × × ×
18 Julai Hari Raya Aidilfitri (Hari ke-2) × × × × × × × × × × × × × × × ×
31 Ogos Hari Kebangsaan × × × × × × × × × × × × × × × ×
12 September Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ×
16 September Hari Malaysia × × × × × × × × × × × × × × × ×
24 September Hari Raya Aidiladha × × × × × × × × × × × × × × × ×
25 September Hari Raya Aidiladha (Hari ke-2) × × × ×
29 & 30 September Hari Keputeraan Sultan Kelantan ×
3 Oktober Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Sabah ×
9 Oktober Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri Melaka ×
24 Oktober Hari Keputeraan Sultan Pahang ×
14 Oktober Awal Muharram × × × × × × × × × × × × × × × ×
10 November Hari Deepavali × × × × × × × × × × × × × × ×
22 November Hari Keputeraan Sultan Johor ×
27 November Hari Keputeraan Sultan Perak × -
18 November Hari Hol Sultan Johor ×
11 Disember Hari Keputeraan Sultan Selangor ×
24 Disember Maulidur Rasul × × × × × × × × × × × × × × × ×
25 Disember Hari Krismas × × × × × × × × × × × × × × × 4

Sumber: [41]

Perayaan Malaysia

sunting

Perayaan Muslim

sunting
Perayaan[42] Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Tahun baharu Islam / Maal Hijrah / Awal Muharam 1 Muharam Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Maulidur Rasul 12 Rabiulawal Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Israk dan Mikraj 27 Rejab Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Awal Ramadan / Awal Berpuasa 1 Ramadan Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Nuzul al-Quran 17 Ramadan Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Hari Raya Aidilfitri / Hari Raya Puasa 1 Syawal Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Awal Zulhijah 1 Zulhijah Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Hari Arafah 9 Zulhijah Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim
Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Haji / Hari Raya Korban 10 Zulhijah Seluruh negara Melayu dan etnik yang Muslim

Perayaan Buddha

sunting
Perayaan[43] Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Hari Wesak Hari bulan purnama bagi bulan Vaisakha Seluruh negara Cina, India, Siam dan etnik yang Buddha

Perayaan Kristian

sunting
Perayaan Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Hari Tahun Baharu 1 Januari Seluruh negara
Pesta Air Intrudu Ahad sebelum Rabu Abu Melaka Kristang
Jumaat Agung Jumaat sebelum Hari Paskah Seluruh negara
Hari Paskah Seluruh negara
Festa San Pedro 29 Jun Melaka Kristang
Ambang Krismas 24 Disember Seluruh negara
Hari Krismas 25 Disember Seluruh negara

Perayaan India

sunting
Perayaan Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Pongal Hari pertama bulan Tai Seluruh negara India (Tamil)
Thaipusam pertengahan Januari hingga pertengahan Februari Seluruh negara India
Puthandu / Tahun Baharu Tamil / Ugadi / Tahun Baharu Telegu / Vaisakhi Seluruh negara India (Sikh, Tamil, Malayali, Telugu)
Deepavali / Diwali / Pesta Cahaya Seluruh negara India

Perayaan Cina

sunting
Perayaan Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Permulaan Musim Bunga Januari/Februari Seluruh negara Cina
Tahun Baharu Cina / Tahun Baharu Lunar / Perayaan Musim Bunga Januari/Februari Seluruh negara Cina
Pesta Maharaja Jade Januari/Februari Seluruh negara Cina (Hokkien)
Perayaan Tanglung / Chap Goh Meh Januari/Februari Seluruh negara Cina
Perayaan Qing Ming / Cheng Beng April Seluruh negara Cina dan Chetty
Perayaan Duanwu / Perayaan Bot Naga / Perayaan Chang Jun Seluruh negara Cina
Perayaan Qixi / Hari Kekasih Cina Ogos Seluruh negara Cina
Perayaan Hantu Lapar Ogos/September Seluruh negara Cina
Perayaan Sembilan Maharaja Dewa September/Oktober Seluruh negara Cina
Perayaan Pertengahan Musim Luruh / Perayaan Kuih Bulan September/Oktober Seluruh negara Cina
Perayaan Kesembilan Berganda Hari ke-9 pada bulan ke-9 kalendar Cina Seluruh negara Cina
Perayaan Dongzhi / Perayaan Tang Chek / Perayaan Solstis Musim Sejuk Disember Seluruh negara Cina

Perayaan etnik dan tempatan

sunting
Perayaan Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Pesta Kalimaran 31 Mac Sabah Murut
Pesta Kaul Mac atau awal April Mukah, Sarawak Melanau
Songkran April Malaysia Barat Siam
Regatta Lepa 20–22 April Semporna, Sabah Bajau Pantai Timur Laut
Tadau Kaamatan 30, 31 Mei Sabah and Labuan Kadazandusun
Hari Gawai 1, 2 Jun Sarawak Dayak
Pesta Rumbia 9 dan 10 Julai Kuala Penyu, Sabah Bisaya dan Kadazan
Pesta Kelapa 2 September Kudat, Sabah Rungus
Tamu Besar 29 dan 30 Oktober Kota Belud, Sabah Bajau Pantai Barat
Loi Krathong Oktober/November Malaysia Barat Siam
Pesta Jagung 5 dan 6 November Kota Marudu, Sabah Kadazandusun

Perayaan negara dan antarabangsa

sunting
Perayaan Tarikh Status Kumpulan etnik Catatan
Hari Wanita 8 Mac Seluruh dunia
Hari Pekerja 1 Mei Seluruh dunia
Hari Ibu Ahad kedua Mei Seluruh dunia
Hari Guru 16 Mei Seluruh negara
Hari Bapa Ahad ketiga Jun Seluruh dunia

Rujukan

sunting
  1. ^ "Johor banks to skip rest day switch". Malay Mail. 6 December 2013. Dicapai pada 11 October 2019.
  2. ^ "New weekend but business as usual in JB". The Straits Times. 6 January 2014. Dicapai pada 11 October 2019 – melalui AsiaOne.
  3. ^ "Cuti hujung minggu di Johor ditukar kepada Sabtu dan Ahad mulai 1 Jan 2025" (dalam bahasa Melayu). 7 Oktober 2024. Dicapai pada 7 Oktober 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
  4. ^ Christina Tan (23 November 2013). "Cuti Hujung Minggu Ditukar Kepada Jumaat & Sabtu Berkuatkuasa 1 Januari - Sultan Johor". mStar Online. Dicapai pada 25 November 2013.
  5. ^ "Putrajaya declares May 9 a holiday". Malay Mail. 11 April 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
  6. ^ "April 24 a public holiday". Malay Mail. 3 April 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
  7. ^ "PM Najib declares Sept 4 a public holiday for Malaysia's outstanding success in Sea Games". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
  8. ^ "Kedah declares Oct 22 as occasional public holiday". Malay Mail. 4 October 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
  9. ^ "Selangor govt declares Monday a holiday after Msia Cup win". New Straits Times. 13 December 2015. Dicapai pada 6 January 2019.
  10. ^ "Win or lose, Sunday declared holiday in Terengganu". New Straits Times. 24 October 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
  11. ^ "Kedah declares Thaipusam 'occasional state holiday'". The Star (Malaysia). 6 January 2016. Dicapai pada 6 January 2019.
  12. ^ "Thaipusam to remain annual occasional public holiday in Kedah if BN in power: MB". New Straits Times. 31 January 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
  13. ^ "April 24 a public holiday". Malay Mail. 3 April 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
  14. ^ "Sabah also declares April 24 a public holiday". New Straits Times. 4 April 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
  15. ^ "April 24 a public holiday for Sarawak too". Borneo Post. 5 April 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
  16. ^ "PM Najib declares Sept 4 a public holiday for Malaysia's outstanding success in Sea Games". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 6 January 2019.
  17. ^ "Sabah declares Sept 4 a public holiday as well". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
  18. ^ "Sept 4 a public holiday in Sarawak". New Straits Times. 31 August 2017. Dicapai pada 25 July 2019.
  19. ^ "Putrajaya declares May 9 a holiday". Malay Mail. 11 April 2018. Dicapai pada 6 January 2019.
  20. ^ "Sabah government announces May 9 as public holiday". New Straits Times. 12 April 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
  21. ^ "Sarawak government declares May 9 as public holiday". The Star. 12 April 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
  22. ^ "Public holidays on Thursday and Friday: Ali Hamsa". New Straits Times. 10 May 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
  23. ^ "May 17 and 18 declared additional public holidays in Sarawak". The Star. 11 May 2018. Dicapai pada 25 July 2019.
  24. ^ "July 30 declared public holiday over coronation of King". The Star. 28 June 2019. Dicapai pada 30 June 2019.
  25. ^ "Sabah declares July 30 public holiday for King's coronation". Malay Mail. 28 June 2019. Dicapai pada 25 July 2019.
  26. ^ "Sarawak to observe July 30 as public holiday for King's coronation". The Star. 5 July 2019. Dicapai pada 25 July 2019.
  27. ^ "GE15: PM declares Nov 18 and 19 public holidays". New Straits Times. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
  28. ^ "Special public holidays on Nov 18-19 in Sabah: CM". New Straits Times. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
  29. ^ "Public holiday on polling eve in Sarawak, declares Abang Jo". The Star. 14 November 2022. Dicapai pada 15 November 2022.
  30. ^ "Nov 28 is a public holiday, says Anwar". The Star. 24 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
  31. ^ "Sabah CM announces statewide holiday on Monday in line with Putrajaya". The Malay Mail. 25 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
  32. ^ "Sarawak Premier's Office declares Nov 28 a public holiday". The Borneo Post. 24 November 2022. Dicapai pada 26 November 2022.
  33. ^ "PM announces goodies for Hari Raya Aidilfitri". New Straits Times. 18 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
  34. ^ "Sabah declares April 21 an additional public holiday". The Star. 18 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
  35. ^ "Sarawak announces additional public holiday for Hari Raya". The Borneo Post. 19 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
  36. ^ "Hari Raya Aidilfitri falls on Saturday". Malaysiakini. 20 April 2023. Dicapai pada 17 September 2024.
  37. ^ "No automatic replacement holiday on Sept 17". The Star. 2 August 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
  38. ^ "Will peninsular Malaysians get an extra holiday on Sept 17 after Malaysia Day and Prophet's Birthday? Here's what Putrajaya says". Malay Mail. 1 August 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
  39. ^ "Private sector bosses may grant replacement holiday on Sept 17, says HR Ministry". The Star. 9 August 2024. Dicapai pada 17 September 2024.
  40. ^ "salinan arkib" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-01-09. Dicapai pada 2014-05-26.
  41. ^ "Hari Kelepasan Am". Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Dicapai pada 9 Januari 2014.
  42. ^ "Tarikh-Tarikh Penting Dalam Islam: Tahun 2020 / 1441 – 1442 H Bagi Malysia" (PDF). Islam.gov.my. Dicapai pada 15 January 2022.
  43. ^ "Parading for Buddha". Mypenang.gov.my. Dicapai pada 15 January 2022.

{{Navbox

| name = Topik Asia | title = Cuti umum di Asia | titlestyle = | state = autocollapse | border = | navbar = | image = | groupstyle = | liststyle = | listclass = hlist

| group1 = Negara berdaulat | list1 =