Pesta Kalimaran diadakan setiap tahun pada 31 Mac diadakan di Pusat Kebudayaan Murut, Tenom,Sabah,Malaysia. Sebelum ini Pesta Kalimaran diadakan di beberapa tempat dan tidak mengikut kalendar pelancongan Malaysia.

Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah, Datuk Masidi Manjun meminta agar Persatuan Murut Sabah lebih aktif agar pelancong asing dapat datang ke sini sebagaimana jadual pelancongan Malaysia. Pelancong asing terpikat dengan pelbagai kraf tangan , makanan tradisi dan tarian tradisional Murut yang terdapat di Tenom.

Pesta Kalimaran 2008 turut dihadiri oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kemabong, Datuk Rubin Balang. Lembaga Kebudayaan Sabah telah menyalur peruntukan sebanyak RM120,000 bagi meningkatkan aktiviti perlancongan di Tenom. [1]

Pelancong boleh menaiki kereta api untuk ke Stesen kereta api Pangi bagi aktiviti meredah jeram sebelum tamat di Stesen kereta api Rayoh dan kembali ke Stesen kereta api Beaufort.

Rujukan sunting