Hari Arafah
Hari Arafah (Arab: يوم عرفة, rumi: Yawm ‘Arafah ) ialah sebuah perayaan Islam yang berlaku pada 9 Zulhijah dalam kalendar Hijrah Islam. Hari ini merupakan hari kedua dalam ibadah Haji. Pada hari ini, para jemaah pergi ke Gunung Arafah dari Mina serta padang Arafah. Di gunung ini, Nabi Muhammad SAW memberikan khutbah-khutbah terakhirnya pada tahun terakhir kehidupannya. Dalam kalangan umat Islam, dikatakan bahawa ayat-ayat Al-Qur'an berkenaan kesempurnaan ajaran Islam telah diturunkan di sini. Pada hari ini umat Islam yang berada di negara masing-masing digalakkan untuk berpuasa sunat yang dipanggil sebagai puasa Arafah.[4]
Hari Arafah | |
---|---|
Official name | يوم عرفة |
Type | Islam |
Significance | Memperingati khutbah terakhir Muhammad dan penyempurnaan mesej Islam. Menandakan hari kedua haji untuk jutaan orang Islam yang datang ke Makkah setiap tahun. Hari untuk Muslim yang tidak melaksanakan haji untuk berpuasa dan bertaubat. |
Observances | Solat, puasa, taubat |
Date | 9 Zulhijjah |
Frequency | Tahunan |
Related to | Hari Raya Aidiladha, festival utama Islam yang berlaku pada hari selepas Hari Arafah |
Lokasi
suntingGunung Arafah[5] ialah sebuah bukit granit sekitar 20 km (12 bt) tenggara Mekah di dataran Arafah. Gunung Arafah mencapai sekitar 70 m (230 ka) tinggi dan dikenali sebagai "Gunung Rahmat" (Jabal ar-Rahmah). Menurut ajaran Islam, bukit tersebut tempat Nabi Muhammad SAW berdiri dan menyampaikan Khutbah Terakhir kepada orang-orang Islam yang menemani baginda untuk ibadah haji menuju akhir hayat baginda.[6]
Dalam kamus terjemahan, kata arafah bererti "mengetahui".[7] Namun begitu, terdapat beberapa alasan berkenaan penamaan Arafah sebagai nama gunung, seperti kepentingan gunung ini sebagai tempat berkumpulnya para manusia yang ingin saling mengetahui satu sama lain (taaruf) sebagai mana gunung ini merupakan tempat Adam dan Hawa bertemu setelah diturunkan di Bumi, di samping alasan-alasan lain.[7]
Ibadah
suntingPada 9 Zulhijjah, sebelum Zuhur, jemaah tiba di Arafah, sebuah dataran sekitar 20 km (12 bt) dari timur Mekah,[4] di mana mereka berdiri dalam kegiatan kerohanian intensif seperti berdoa, bertaubat dan mendengarkan khutbah dari imam di Gunung Arafah,[8] dan berlangsung dari siang hingga matahari terbenam.[4] Ini dikenal sebagai "berdiri di hadapan Allah" (wukuf), salah satu kegiatan haji yang paling penting.[9][10] Di Masjid Namirah, para jemaah melakukan salat Zuhur dan Asar bersama pada tengah hari.[8] Haji seorang jemaah adalah tidak sah jika dia tidak menghabiskan petangnya di Arafah.[4]
Puasa Arafah
suntingPuasa pada hari Arafah untuk bukan jemaah haji ialah sunnah yang sangat dianjurkan dengan pahala yang besar; Allah mengampuni dosa dua tahun, yakni satu tahun sebelum puasa dan satu tahun setelah puasa. Riwayat dari Abu Qatadah menunjukkan bahwa Rasulullah pernah ditanya tentang puasa pada hari Arafah. Baginda menjawab:[11]
"Puasa itu menghapus dosa satu tahun yang lalu dan satu tahun berikutnya.” (H.R. Muslim)
Dalam kitab al-Majmu', Imam Nawawi menyebutkan, “Mengenai hukum pada hal ini, Imam As-Syafi'i dan para sahabatnya berkata: Hukumnya mustahab (sunat) berpuasa pada hari Arafah untuk seorang yang tidak berada di Arafah. Bagi jamaah haji yang hadir di Arafah, Imam As-Syafi'i dalam kitabnya Al-Mukhtasar dan para pengikutnya menyatakan 'hukumnya mustahab baginya untuk tidak berpuasa'."[12]
Doa Arafah Syiah
suntingBagi warga Syiah, mereka akan membaca suatu doa bernama doa Arafah selama haji seperti mana yang dilakukan Husain bin Ali selama haji di Gunung Arafah pada 9 Zulhijjah dari Zuhur hingga terbenam matahari.[13] Hari ini disebut sebagai hari solat bagi orang-orang yang berdiri di atas Gunung Arafah.[14] Pada Hari Arafah, mereka yang tidak berkesempatan menunaikan haji di Makkah akan pergi ke tempat-tempat suci lain seperti masjid, untuk membaca doa Arafah.[15]
Lihat juga
sunting- Hari Raya Aidiladha (10 Zulhijjah)
- Hari Tasyrik (11 hingga 13 Zulhijjah)
Rujukan
sunting- ^ Afis A. Oladosu (17 August 2018). "Monday is Arafah Day!". Daily Trust. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-10. Dicapai pada 19 August 2018.
- ^ "First day of Hajj confirmed as Aug. 9". Arab News (dalam bahasa Inggeris). 2019-08-01. Dicapai pada 2019-08-09.
- ^ Bentley, David (2019-08-09). "When is the Day of Arafah 2019 before the Eid al-Adha celebrations?". Birmingham Mail. Dicapai pada 2019-08-09.
- ^ a b c d Long, David E. (1979). The Hajj Today: A Survey of the Contemporary Pilgrimage to Makkah. m/s. 19. ISBN 0-87395-382-7.
- ^ Peters, F. E. The Hajj: The Muslim Pilgrimage to Mecca and the Holy Places. Princeton University Press. ISBN 978-0691021201.
- ^ Caudill, Mark A. Twilight in the Kingdom: Understanding the Saudis (Praeger Security International). Praeger. m/s. 51. ISBN 978-0275992521. Dicapai pada 30 Jun 2006.
- ^ a b "The Day of Arafa".
- ^ a b Adelowo, E. Dada, penyunting (2014). Perspectives in Religious Studies: Volume III. Ibadan: HEBN Publishers Plc. m/s. 403. ISBN 9789780814472.
- ^ Nigosian, S. A. (2004). Islam: Its History, Teaching, and Practices. Indiana: Indiana University Press. m/s. 111. ISBN 0-253-21627-3.
- ^ "ihram". Encyclopædia Britannica. 2014. Dicapai pada 6 Oktober 2014.
- ^ "Merasa Banyak Dosa, Berpuasalah di Hari Arafah". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). 2020-06-30. Dicapai pada 2021-06-17.
- ^ "4 Sunnah Acts for Zulhijjah, Especially the Day of Arafah". muslim.sg. Dicapai pada 2019-09-26.
- ^ William C. Chittick; Mohammed Rustom; Atif Khalil (15 February 2012). In Search of the Lost Heart: Explorations in Islamic Thought. SUNY Press. m/s. 39. ISBN 978-1-4384-3935-8.
- ^ Staff, Writer. "Day of Arafah". Hawzeh.
- ^ Staff, Writer. "people prayed at places called Karbala of Iran". Farsnews. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-08-12. Dicapai pada 2021-06-17.