Daerah Maran

(Dilencongkan dari Maran)

Maran merupakan salah sebuah daerah di negeri Pahang, Malaysia.[4] Daerah ini terletak di tengah negeri Pahang dan mempunyai keluasan dalam anggaran 1995 kilometer persegi dengan jumlah penduduk lebih 112 ribu orang. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Bandar Maran.

Daerah Maran
مارن
Lokasi Daerah Maran di Pahang
Lokasi Daerah Maran di Pahang
Map
Daerah Maran is located in Bumi
Daerah Maran
Daerah Maran (Bumi)
Koordinat: 3°35′N 102°46′E / 3.583°N 102.767°E / 3.583; 102.767Koordinat: 3°35′N 102°46′E / 3.583°N 102.767°E / 3.583; 102.767
Negara Malaysia
Negeri Pahang Darul Makmur
PusatBandar Maran
Pihak berkuasa tempatanMajlis Daerah Maran
Kerajaan
 • Pegawai daerahSharuddin Jali[1]
Keluasan
 • Jumlah1,995.59 km2 (770.50 batu persegi)
Penduduk
 (2010)[3]
 • Jumlah111,192
 • Kepadatan56/km2 (140/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
26500
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Asal-usul nama sunting

Menurut sumber yang diperolehi daripada arkib simpanan Majlis Daerah Maran, nama Maran berasal dari nama sebatang sungai kecil yang mengalir dari Hulu Teladas ke Ulu Kampung Luit.

Walau bagaimanapun, menurut cerita dari seorang batin orang asli yang tinggal di Kampung Merbau berhampiran Kampung Serengkam, nama Maran itu berasal dari sebuah cerita dimana kira-kira tujuh orang asli sedang bermalam ditepi sebatang sungai (Sungai Maran sekarang).

Ketika mereka tidur, mereka telah dikejutkan oleh satu lembaga yang dikatakan adalah jelmaan harimau jadian. Enam dari orang asli itu berjaya melarikan diri dan meninggalkan seorang dari sahabatnya bersama-sama dengan lembaga itu. Tetapi lembaga itu tidak mengapa-apakan orang asli itu tetapi membahasakan dirinya sebagai 'Maran' atau 'Sahabat' serta menyuruh orang asli tadi menuruti sahabat mereka semula dengan menyusur sungai. Dalam perjalanan menyusur sungai inilah orang asli tadi menggelarkan sungai itu dengan nama Sungai Maran.[5]

Sejarah sunting

Bukti arkeologi menunjukkan daerah Maran telah didiami oleh pelbagai kumpulan orang asli termasuk Semang dan Jakun seawal 6,000 tahun dahulu. Kehidupan mereka bergantung kepada aktiviti memburu dan menangkap ikan.

Pada zaman kesultanan Melayu, daerah Maran adalah sebahagian daripada Kesultanan Pahang. Daerah ini terletak secara strategik di laluan perdagangan antara pantai timur dan pedalaman Semenanjung Tanah Melayu, dan telah memainkan peranan penting dalam perdagangan di rantau ini. Sekitar abad ke-19, daerah Maran mula berada di bawah pengaruh pentadbiran kolonial British, yang menubuhkan pejabat residen di bandar berhampiran Kuala Lipis.[6]

Selepas tahun 1957, daerah Maran menjadi sebahagian daripada negeri Pahang khususnya dalam daerah Pekan dan Temerloh. Pada tahun 1981, daerah ini secara rasminya ditubuhkan sebagai daerah pentadbiran yang baharu.[7]

Pentadbiran sunting

 
Peta daerah Maran

Mukim, bandar dan pekan sunting

  1. Mukim Bukit Segumpal
  2. Mukim Chenor
  3. Mukim Kertau
  4. Mukim Luit
  5. Bandar Maran
  6. Pekan Chenor
  7. Pekan Sri Jaya

Parlimen dan DUN sunting

Terdapat empat kawasan negeri dalam daerah ini iaitu Chenor, Kuala Sentul, Jengka dan Luit yang berada dalam kawasan persekutuan Maran.

Geografi sunting

Daerah Maran terletak di tengah negeri Pahang bersempadan dengan;

Iklim sunting

Iklim di daerah ini ialah iklim khatulistiwa (Af).[8] Purata suhu ialah 26.35 °C (79.4 °F). Bulan Mei dan Jun merupakan bulan yang paling panas di kawasan ini dengan suhu mencecah 27.2 °C (81.0 °F). Bulan Januari dikategorikan sebagai bulan paling sejuk dengan suhu 25.2 °C (77.4 °F).[8] Purata kerpasan di Maran adalah 2872.3 milimeter pertahun. Bulan Disember merupakan bulan paling tinggi kerpasan dengan 571.5 milimeter manakala bulan yang paling rendah pula Februari dengan 123.2 milimeter.[8]

Data iklim untuk Maran (2009-2019)
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata suhu harian, °C (°F) 25.2
(77.4)
25.8
(78.4)
26.4
(79.5)
27.0
(80.6)
27.2
(81.0)
27.2
(81.0)
26.9
(80.4)
26.7
(80.1)
26.4
(79.5)
26.3
(79.3)
25.8
(78.4)
25.3
(77.5)
26.4
(79.4)
Purata kerpasan, mm (inci) 362
(14.3)
123.2
(4.85)
181.1
(7.13)
164
(6.5)
224
(8.8)
143.7
(5.66)
145.1
(5.71)
176.4
(6.94)
195.2
(7.69)
260.6
(10.26)
325.5
(12.81)
571.5
(22.50)
2,872.3
(113.15)
Sumber: ClimateCharts[8]

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991110,264—    
2000112,606+2.1%
2010111,056−1.4%
2020112,330+1.1%
Pecahan etnik di Maran - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
96.1%
Cina
  
2.6%
India
  
1.1%
Lain-lain
  
0.3%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Maran ialah seramai 112,330 orang dengan kepadatan penduduk 59 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sederhana. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 96 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih empat peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[9]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 109:100. Terdapat 29,766 tempat kediaman dengan sebanyak 25,147 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 71 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 30 ribu dalam golongan muda dan selebihnya 10 ribu orang merupakan warga tua.

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 103,262
Cina 2,767
India 1,131
Lain-lain 337
Bukan warganegara N/A 4,833

Agama sunting

Agama di Maran - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
93.6%
Buddha
  
2.6%
Tidak beragama
  
2.2%
Hinduisme
  
1.4%
Kristian
  
0.3%
Lain-lain
  
0.02%

Majoriti penduduk di daerah Maran beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India. Kebanyakan penduduk bumiputera selain Melayu menganut agama Kristian atau tidak beragama.[9]

Agama Jumlah
Islam 105,100
Buddha 2,884
Tidak beragama 2,491
Hindu 1,523
Kristian 299
Lain-lain 32
Tidak diketahui 1

Rujukan sunting

  1. ^ "Perutusan Pegawai Daerah". pdtmaran.pahang.gov.my. Dicapai pada 2023-04-19.
  2. ^ "Peta & Keluasan". pdtmaran.pahang.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-03-16. Dicapai pada 2017-11-28.
  3. ^ "Population Distribution and Basic Demographic Characteristics, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 22 May 2014. Dicapai pada 19 April 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  4. ^ "Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Pahang". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-03-11.
  5. ^ "Sejarah & Fakta". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-12-06. Dicapai pada 3 Disember 2013.
  6. ^ "Profil Daerah". Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Pahang.
  7. ^ "Latar Belakang". pdtmaran.pahang.gov.my. Dicapai pada 2023-04-19.
  8. ^ a b c d Laura Zepner; Pierre Karrasch; Felix Wiemann; Lars Bernard (2020). "ClimateCharts.net – Maran". Technical University of Dresden. doi:10.1080/17538947.2020.1829112. Dicapai pada 2021-06-20.
  9. ^ a b https://www.dosm.gov.my/mycendash/