Daerah Pekan merupakan sebuah daerah di negeri Pahang. Daerah Pekan terletak di timur negeri Pahang dan berkeluasan 3,805 kilometer persegi (1,469 bt2) yang merangkumi 11 buah mukim. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan, bandar diraja Pahang.

Daerah Pekan
ڤکن
Lokasi Daerah Pekan di Pahang
Lokasi Daerah Pekan di Pahang
Map
Daerah Pekan is located in Bumi
Daerah Pekan
Daerah Pekan (Bumi)
Koordinat: 3°30′N 103°25′E / 3.500°N 103.417°E / 3.500; 103.417Koordinat: 3°30′N 103°25′E / 3.500°N 103.417°E / 3.500; 103.417
Negara Malaysia
Negeri Pahang
PusatPekan
Pihak berkuasa tempatanMajlis Perbandaran Pekan
Pentadbiran
 • Pegawai daerahZaliza Zulkipli[1]
Keluasan
 • Jumlah3,805 km2 (1,469 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah121,158
 • Kepadatan32/km2 (82/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
26xxx
Kod panggilan+6-09
Nombor plat kenderaanC

Etimologi sunting

Perkataan "Pekan" dipercayai berasal daripada sejenis bunga yang dipanggil bunga Pekan yang banyak tumbuh menjalar di tebing Sungai Pahang. Bunganya berwarna putih seperti bunga Melur, namun bunga itu sudah tidak dapat dijumpai pada hari ini.[3]

Pentadbiran sunting

 
Peta daerah Pekan

Daerah Pekan ditadbir satu pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pekan yang berpusat di Bandar Pekan. Daerah ini terbahagi kepada 11 buah mukim, sebuah bandar dan dua buah pekan.

Pecahan pentadbiran sunting

  1. Mukim Bebar
  2. Mukim Ganchong
  3. Mukim Kuala Pahang
  4. Mukim Langgar
  5. Mukim Lepar
  6. Mukim Pahang Tua
  7. Mukim Pekan
  8. Mukim Penyor
  9. Mukim Pulau Manis
  10. Mukim Pulau Rusa
  11. Mukim Temai
  12. Bandar Pekan
  13. Pekan Kuala Pahang
  14. Pekan Nenasi

Geografi sunting

Daerah Pekan terletak di timur negeri Pahang bersempadan dengan daerah Rompin di selatan dan barat, Maran di barat laut, Kuantan di selatan dan Laut China Selatan di timur. Daerah ini berkeluasan 3,805 kilometer persegi (1,469 bt2).

Bentuk muka bumi daerah ini terdiri daripada dataran tanah pamah khususnya di sekitar pesisir pantai dan bahagian tengah serta selatan daerah. Bentuk muka bumi daerah ini juga terdiri daripada dataran berbukit di sekitar barat laut daerah dengan ketinggian tertinggi mencapai 645 meter (2,116 ka). Purata ketinggian daratan di daerah ini ialah 29 meter (95 ka)

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199186,179—    
200097,751+13.4%
2010105,587+8.0%
2020121,158+14.7%
Pecahan etnik di Pekan - Bancian 2020
Agama Peratus
Bumiputera
  
96.3%
Lain-lain
  
1.5%
Cina
  
1.3%
India
  
1.0%
*Penduduk warganegara sahaja
Agama di Pekan - Bancian 2020
Agama Peratus
Islam
  
86.3%
Tidak beragama
  
10.3%
Buddha
  
1.4%
Hinduisme
  
1.4%
Kristian
  
0.5%
Lain-lain
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020 jumlah penduduk di Daerah Pekan ialah seramai 121,158 orang dengan kepadatan penduduk 32 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan Bumiputera, membentuk lebih 96 peratus penduduk. Kaum kedua terbesar merupakan kaum Cina diikuti India. Lebih enam peratus penduduk merupakan bukan warganegara.[2][4]

Nisbah penduduk lelaki kepada penduduk wanita ialah 0.9. Terdapat 33,125 tempat kediaman dengan sebanyak 32,130 isi rumah. Purata saiz isi rumah pula dicatatkan seramai empat orang dalam sebuah rumah. Lebih 85 ribu penduduk dalam kalangan umur bekerja, 29 ribu dalam golongan muda dan selebihnya enam ribu orang merupakan warga tua.[2]

Kewarganegaraan Kaum Jumlah
Warganegara Malaysia Bumiputera 108,706
Lain-lain 1,667
Cina 1,471
India 1,077
Bukan warganegara N/A 8,237

Agama sunting

Majoriti penduduk di daerah Pekan beragama Islam yang terdiri daripada penduduk berbangsa Melayu dan beberapa etnik lain. Penduduk tidak beragama membentuk komuniti kedua terbesar iaitu lebih 10 peratus dari keseluruhan penduduk. Agama kedua terbesar merupakan agama Buddha yang kebanyakannya dianuti penduduk berbangsa Cina. Agama ketiga terbesar merupakan agama Hindu yang majoritinya terdiri daripada penduduk berbangsa India diikuti agama Kristian dan lain-lain.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ "Portal Rasmi PDT Pekan". pdtpekan.pahang.gov.my. Dicapai pada 1 Jun 2023.
  2. ^ a b c d e "Kawasanku • Pekan - OpenDOSM". OpenDOSM. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 1 Jun 2023.
  3. ^ "Portal Rasmi Majlis Daerah Pekan". www.mdpekan.gov.my. Dicapai pada 1 Jun 2023.
  4. ^ "Map ~ Stats Geoportal". Stats GeoPortal. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-05-31.