Nushi Mahfodz

ahli akademik dan agamawan Malaysia

YB Tuan Nushi bin Mahfodz ialah seorang ahli politik dan personaliti dakwah di Malaysia. Beliau pernah menjadi penasihat syariah di beberapa buah bank[1]. Dalam politik, beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat[2]. Beliau telah dipilih sebagai Ahli Dewan Negeri Selangor di DUN Semenyih mewakili Perikatan Nasional[3] pada 2023.

YB Tuan

Nushi Mahfodz
Anggota Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Semenyih
Memegang jawatan
2023
Didahului oleh Zakaria Hanafi
Majoriti1,262 (PRU-15)
Butiran peribadi
LahirNushi bin Mahfodz
(1975-12-27) 27 Disember 1975 (umur 48)
Glasgow, Scotland
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
KeluargaMahfodz Mohamed (Ayah) Ahmad Nawfal Mahfodz (Adik)
Pendidikan
  • B.A. Syariah, Universiti Yarmuk, Jordan
  • M.A. Syariah, Universiti Al al-Bayt, Jordan
PekerjaanAhli politik, pendakwah

Latar belakang sunting

Nushi Mahfodz dilahirkan di Glasgow, Scotland pada tahun 1975, dan dibesarkan di Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Beliau merupakan anak kepada pasangan Tuan Guru Dato' Dr Mahfodz Mohamed dan Datin Norain Abd Wahid. Ayahnya merupakan bekas Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat dan ahli akademik Islam.

Pendidikan sunting

Nushi Mahfodz mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Petaling, Petaling Jaya. Di peringkat menengah, beliau bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Simpang Lima, Sabak Bernam; Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kuala Lumpur; dan Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang[4]. Kemudian, beliau menyambung pengajian sarjana muda dalam bidang syariah di Universiti Yarmouk, Jordan (1997) dan sarjana dalam bidang yang sama di Universiti Al al-Bayt, Jordan (2001)[5].

Kerjaya sunting

Sekembalinya dari Jordan pada 2001, beliau bertugas sebagai pensyarah di Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2001-2011). Kemudian beliau menjadi pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor sejak tahun 2011[4]. Dalam pada itu, beliau telah dilantik menjadi penasihat syariah di Asian Finance Bank yang berpusat di Qatar bermula tahun 2014 hingga 2017. Apabila Asian Finance Bank diambil alih menjadi MBSB Bank[6], khidmat beliau sebagai penasihat syariah diteruskan sehingga 2018.

Kemasyarakatan sunting

Nushi Mahfodz pernah menjadi Yang Dipertua Persatuan Penduduk Bandar Seri Putra, Bangi pada 2016 hingga 2018[4]. Beliau turut pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kajang dari 2014 hingga 2015. Beliau juga sering dijemput menjadi panel penceramah dalam program keagamaan dan pernah mengacarakan program Jentik Hati Suntik Minda yang disiarkan di Astro Oasis[7].

Politik sunting

Nushi terlibat dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat[2] dan Ketua Penerangan PAS Negeri Selangor[8]. Dalam pilihan raya 2023, beliau telah dicalonkan bertanding mewakili Parti Perikatan Nasional di DUN Semenyih.

Keputusan pilihan raya sunting

Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2023 N24 Semenyih Nushi Mahfodz PN (PAS) 37,068 Wan Zulaika Anua BN (UMNO) 35,806 1,262
2018 N26 Sungai Ramal Nushi Mahfodz PAS 13,961 Mazwan Johar PH (AMANAH) 24,591 10,630
Abdul Rahim Mohd Amin BN (UMNO) 9,372

Rujukan sunting

  1. ^ "Sheikh Dr Nushi Bin Dato Mahfodz". Islamic Markets. 28 Januari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 27 Januari 2021.
  2. ^ a b Manzaidi Mohd Amin (20 Jun 2019). "Nik Zawawi Ketua DUPP baharu". Malaysia Gazette. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 27 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  3. ^ KOSMO! (2023-08-12). "PRN: Senarai penuh keputusan DUN Selangor". Kosmo Digital. Dicapai pada 2023-08-14.
  4. ^ a b c "Bekas Panel Penceramah Radio IKIM Jadi Calon DUN Sungai Ramal". Berita PAS. 1 Mei 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-26. Dicapai pada 27 Januari 2021.
  5. ^ "Audited Financial Statements for Financial Year Ended 31 December 2016" (PDF). MBSB Bank. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2021-01-27. Dicapai pada 27 Januari 2021.
  6. ^ Hazwan Faisal Mohamad (7 Februari 2018). "MBSB selesai ambil alih Asian Finance Bank". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Januari 2021. Dicapai pada 27 Januari 2021. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)
  7. ^ "Talk Show: Jentik Hati Suntik Minda". Astro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-01-26. Dicapai pada 27 Januari 2021.
  8. ^ Halim, Izwan Abdul (2023-04-03). "PAS Selangor lantik Ketua Penerangan baru". HarakahDaily (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-07.

Pautan luar sunting