Bengkulu

provinsi di Indonesia

Bengkulu ialah sebuah provinsi Indonesia yang terletak di pantai barat daya Pulau Sumatera. Ia menyempadani Sumatera Barat di utara, Jambi dan Sumatera Selatan di timur, serta Lampung di selatan. Bengkulu pada suatu ketika merupakan tapak garison British yang dikenali sebagai Bencoolen. Provinsi ini yang merangkumi Pulau Enggano mempunyai 1,405,060 penduduk (banci 2000). Ibu kota dan bandar raya terbesar di provinsi ini ialah bandar raya Bengkulu.

Bengkulu
Negeri Bengkulu
Bendera Bengkulu Negeri Bengkulu
Jata Bengkulu Negeri Bengkulu
Nama panggilan: Bumi Rafflesia
Cogan kata: Sekundang setungguan seio sekato (Bahasa Melayu)
(Banyak tangan membuat kerja senang.)
Lokasi Bengkulu di Indonesia
Lokasi Bengkulu di Indonesia
Negara Indonesia
Ditubuhkan pada18 November 1968
Ibu kota
(dan bandar terbesar)
Bengkulu
Kerajaan
 • GabenorRohidin Mersyah
 • Timbalan GabenorDedy Ermansyah
Keluasan
 • Jumlah19,919.33 km2 (7,690.90 batu persegi)
 • RankKe-24
Penduduk
 (2017[1])
 • Jumlah1,934,300
 • Rank26th
 • Kepadatan97/km2 (250/batu persegi)
DemonimWarga Bengkulu (id)
Demografik
 • Kumpulan etnikRejang (60,4%), Jawa (22,3%), Serawai (17,9%), Lembak (4,9%), Pasemah (4,4%), Minangkabau (4,3%), Melayu (3,6%), Sunda (3%), Batak (2%)[2]
 • AgamaIslam 95,27%, Kristian 3,59%, Hindu 0,73%, Buddha 0,41%
 • BahasaBahasa Indonesia (bahasa rasmi), Rejang, Jawa, Serawai, Bahasa Lembak, dll.
Zon waktuUTC+7 (Waktu Barat Indonesia)
Kod kawasan0732 (Kepahiang, Curup atau Rejang Lebong), 0736 (Bengkulu, Bengkulu Tengah, Seluma), 0737 (Muko-Muko, Bengkulu Utara), 0738 (Lebong), 0739 (Kaur, Bengkulu Selatan)
Pendaftaran kenderaanBD
HDI 0.693 (medium)[3]
Kedudukan HDIKe-11 (2013)[4]
Laman sesawangbengkuluprov.go.id
Bunga kebangsaan Indonesia yang mekar, Rafflesia arnoldii bunga terbesar di dunia di Taman Negara Bukit Barisan Selatan.

Bengkulu terletak di Sesar Sunda yang cenderung mengalami gempa bumi dan tsunami. Pada bulan Jun 2000, sebuah gempa bumi mengakibatkan kerosakan serta kematian sekurang-kurangnya 100 orang. Pada bulan September 2007 pula, satu siri gempa bumi melanda Bengkulu dan membunuh 13 orang. [1] Suatu laporan yang terkini meramalkan bahawa Bengkulu akan mengalami "risiko pembanjiran pada beberapa dekad yang akan datang, akibat gempa bumi bawah laut yang diramalkan di sepanjang pantai Sumatera" [5]

Sejarah sunting

Syarikat Hindia Timur Inggeris mengasaskan sebuah pusat perdagangan lada hitam dan garison yang dapat bertahan lama di Bengkulu (Bencoolen) pada tahun 1685. Pada tahun 1714, mereka membina "Kubu Marlborough" di kota itu, dengan kubu itu kini masih wujud. Bagaimanapun, pusat perdagangan tersebut tidak pernah mendatangkan sebarang untung kepada pihak British, dengan kawasan itu didapati tidak selesa kepada orang Eropah. Lebih penting lagi, mereka tidak berupaya mendapat lada hitam yang mencukupi untuk membeli.

Walaupun kesukaran tersebut, pihak British masih gigih berusaha dan mengekalkan kehadiran di sana selama 150 tahun sebelum menyerahkannya kepada Belanda sebagai sebahagian Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 untuk menumpukan perhatian kepada Melaka.[6] Seperti dengan bahagian-bahagian Indonesia yang lain, Bengkulu merupakan sebuah tanah jajahan Belanda sehingga selepas Perang Dunia II.

Semasa pemenjaraan Sukarno oleh pihak Belanda pada awal dekad 1930-an, bakal presiden Indonesia yang pertama itu tinggal di Bengkulu buat tempoh yang singkat. Di sini, beliau bertemu dengan bakal isterinya, Fatmawati, dengan pasangan itu dikurniakan banyak cahaya mata. Yang termasyhur antara anak-anak mereka ialah Megawati Sukarnoputri, Presiden Indonesia wanita yang pertama.

Ekonomi sunting

Pelombongan batu arang merupakan kegiatan ekonomi yang utama di Bengkulu. Tiga buah syarikat pelombongan batu arang bersama-sama menghasilkan antara 200,000 hingga 400,000 tan batu arang setiap tahun untuk dieksport ke Malaysia, Singapura, Asia Selatan, dan Asia Timur.

Perikanan, khususnya ikan tuna dan makerel, merupakan kegiatan yang penting. Keluaran pertanian utama yang dieksport oleh provinsi ini termasuk halia, rebung, dan getah.

Daerah Tingkat II sunting

  1. Kepahiang
  2. Mukomuko
  3. Bengkulu Utara
  4. Rejang Lebong
  5. Bengkulu kota
  6. Seluma
  7. Bengkulu Selatan
  8. Kaur

Rujukan sunting

  1. ^ "Statistik Indonesia 2018". Badan Pusat Statistik. Dicapai pada July 23, 2018.
  2. ^ Bengkulu Lumbung Nasionalis yang Cair. epaper.kompas.com. February 11, 2009.
  3. ^ "Indeks Pembangunan Manusia Metode Baru 2010–2014". Diarkibkan daripada yang asal pada 20 November 2017. Dicapai pada 13 March 2016. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  4. ^ "Indeks Pembangunan Manusia Menurut Provinsi, 1996–2013". Dicapai pada 5 May 2016.
  5. ^ Andrew C. Revkin (5 Disember 2006). "Indonesian Cities Lie in Shadow Of Cyclical Tsunami". New York Times (Late Edition (East Coast)) p. A.5.
  6. ^ Roberts, Edmund (1837). Embassy to the Eastern Courts of Cochin-China, Siam, and Muscat. New York: Harper & Brothers. m/s. 34.

Pautan luar sunting