Alga (bahasa Latin bagi "rumpai laut") ialah kumpulan besar dan pelbagai organisma ringkas, biasanya autotrofik, pelbagai daripada bentuk unisel hingga multisel, seperti kelpa gergasi yang membesar sehingga 65 meter panjang. Alga dapat berfotosintesis seperti tumbuhan, dan "ringkas" kerana tisunya tidak tersusun kepada banyak organ tersendiri yang dijumpai dalam tumbuhan tanah. Bentuk marin paling kompleks dan terbesar dipanggil rumpai laut.
Guiry, Michael and Wendy. "AlgaeBase". - a database of all algal names including images, nomenclature, taxonomy, distribution, bibliography, uses, extracts