Rumpai laut adalah mana-mana sahaja tumbuhan alga lautan. Rumpai laut bersifat makroskop, multisel dan makrotalik, dibandingkan dengan kebanyakan alga lain.[1] Rumpai laut sering dijumpai di biom tepi pantai.

Rumpai laut di Galiza, Sepanyol

Taksonomi

sunting

Rumpai laut terdiri dari beberapa kelompok alga pelbagai cellular: alga merah, alga hijau, dan alga perang. Oleh kerana ketiga kelompok ini tidak dianggap sebagai moyang pelbagai cellular yang umum, rumpai laut adalah suatu kelompok parafiletik.

Rumpai laut dikenali secara umum sebagai tumbuhan, tetapi pakar biologi tidak beranggapan demikian. Dalam biologi semua tumbuhan sebenar adalah daripada alam tumbuhan. Rumpai laut tidak harus disamakan dengan rumput laut yang merupakan tumbuhan pembuluh, malah para ahli fikologi lebih gemar menggunapakai terma "alga marin".

Struktur

sunting
 
Atas sebuah kelp forest di Otago, New Zealand

Rupa bentuk rumpai laut sedikit merupai non-arboreal terrestrial plants.

  • thallus: badan algal
    • lamina: suatu struktur leper seperti daun
    • stipe: a stem-like structure, may be absent
    • holdfast: specialized basal structure providing attachment to a surface, often a rock or another alga.

The stipe and blade are collectively known as fronds.

Ekologi

sunting

Ekologi rumpai laut didominasikan oleh dua keperluan persekitaran yang tertentu. Ini adalah kemunculan air laut (atau sekurang-kurangnya air keruh) dan keperluan cahaya yang mencukupi untuk tujuan fotosintesis. Rumpai laut sangat umum di zon litoral dan dalam zon itu lebih sering di pantai berbatu daripada di pasir atau shingle. Nic ekologikal digunakan oleh rumpai laut mempunyai keluasan yang luas dan lebar. Dalam beberapa bahagian di dunia, kawasan yang dikoloni oleh rupai laut litoral boleh merebak hingga beberapa batu nautika jauhnya dari tepian pantai. Faktor keterhadan dalam beberapa kes adalah berkenaan tentang kewujudan cahaya matahari yang sesuai untuk membantu proses fotosintesis rumpai.

Penggunaan

sunting

Makanan

sunting
 
Packaged seaweed

Rumpai laut digunakan secara meluas sebagai makanan oleh masyarakat pesisir pantai, terutamanya di Asia Timur, contohnya China, Jepun, Korea, Taiwan, dan Vietnam, tetapi juga di Indonesia, Peru, Canadian Maritimes, Scandinavia, Ireland, Wales, Philippines, dan Scotland, di kalangan tempat lain. Contohnya, Porphyra adalah suatu alga merah yang digunakan di Wales untuk membuat laverbread. Di Asia, nori adalah makanan terdiri dari helaian Porphyra kering dan digunakan dalam sup atau untuk membalut sushi. Chondrus crispus (lebih umumnya digelar sebagai Irish moss atau carrageenan moss) adalah alga merah satu lagi digunakan dalam menghasil beberapa bahan tambahan makanan, bersamaan dengan Kappaphycus dan pelbagai rumpai laut gigartinoid. Laverbread diperbuat dari oat dan laver rumpai laut adalah suatu makanan masyhur di Wales.

Rumpai laut juga dituai untuk ekstrak alginate, agar dan carrageenan. Hasil jeli dikumpulkan dikenali sebagai hidrokoloid atau fikokoloid (phycocolloid); bahan ini menjadi penting terutamanya dalam industri pengeluaran makanan sebagai nahan penambah.[2] kerana sifat kelikatan, kerentanan menampung air, emulsi serta ciri fizik lain. Agar digunakan dalam banyak jenis makanan termasuk konfeksi, daging dan produk makanan, pencuci mulut dan minuman dan makanan tapaian. Carrageenan digunakan dalam penyediaan penyampaian ulam dan sos, makanan dietetik, dan sebagai preservative pada produk daging dan ikan, benda dairy dan barang bakar. Alginat banyak digunakan seumpama carrageenan, tetapi juga digunakan pada pengeluaran produk industri seperti kertas pembalut, pelekat, inai, jel dan bahan peledak dan dalam pemprosesan seperti kesaizan kertas, pencetakan tekstil, hydro-mulching dan drilling.

Perubatan

sunting

Dalam industri bioubat dan farmaseutikal, alginates digunakan pada pembalut luka, dan penghasilan acuan pergigian dan ada beberapa bilangan peneparan lain. Dalam pengajian mikrobiologi, agar secara banyak digunakan sebagai perantara kebudayaan. Carrageenans, alginates dan agaroses (yang ketiga adalah disediakan dari agar melalui penulenan), bersamaan dengan macroalgal polysaccharides lain yang kurang dikenali, juga mempunyai beberapa aktiviti-aktiviti mustahak biologikal atau penerapan dalam bioubat.[perlu rujukan] Ia telah dituntutkan bahawa rumpai laut ada sifat-sifat penyembuhan untuk tuberkolosis, artritis, demam sejuk dan selsema, penyakitan cacing dan juga tumor [1].[meragukan ] Sebilangan kajian penyelidikan telah diconduct untuk menyelidik dakwaan-dakwaan ini dan kesan rumpai laut pada kesihatan manusia [2].[perlu rujukan]

Lihat pula Fucoidan

Kegunaan lain

sunting

Rumpai laut juga digunakan oleh petani dan peladang sebagai baja rumpai laut.

 
Batu-batu diliputi rumpai laut di UK

Galeri

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ Smith, G.M. 1944. Marine Algae of the Monterey Peninsula, California. Stanford Univ., 2nd Edition.
  2. ^ Round F.E. 1962 The Biology of the Algae. Edward Arnold Ltd.

Pautan luar

sunting