Buka menu utama

Wikipedia β

Plat agar-agar terjalur dengan mikroorganisma

Mikrobiologi (daripada bahasa Greek Kuno μῑκρος, mīkros, "kecil"; βίος, bios, "hidupan"; dan -λογία, -logia) ialah kajian mengenai mikroorganisma termasuk virus, kulat, bakteria dan lain-lain.

SejarahSunting

Bidang mikrobiologi bermula pada tahun 1676. Seorang individu bernama Anton van Leeuwenhoek telah menemui kewujudan bakteria dan mikroorganisma lain dengan menggunakan mikroskop buatan sendiri yang terdiri daripada kanta tunggal. Lelaki ini merupakan ahli mikrobiologi yang pertama di dunia yang berjaya melihat mikroorganisma dengan menggunakan mikroskop ciptaan sendiri. Robert Hooke telah mencipta sejarah apabila berjaya menemui kulat pada buah pada tahun 1665. Pada abad ke-19, Ferdinand Cohn merupakan seorang ahli botani yang telah membuat kajian mengenai alga dan bakteria fotosintetik dan dapat mengenal pasti jenis bakteria seperti Bacillus. Individu ini turut berjaya membuat pengelasan mengenai jenis bakteria dan spora. Mikroskop yang digunakan Leeuwenhoek ketika itu berbentuk kanta pembesar tunggal berbentuk dwicembung dengan spesimen yang diletakkan di antara sudut apertura kecil pada penahan logam. Alat itu dipegang dekat dengan mata dan objek yang ada di sisi lain lensa disesuaikan untuk mendapatkan fokus.

Senarai bidang MikrobiologiSunting

Parasitologi (Kajian parasit)

Virologi (Kajian Virus)

Bakteriologi (Kajian Bakteria)

Mikologi (Kajian Kulat)

Mikrobiologi Makanan (Kajian mikroorganisma dalam makanan)

Pautan luarSunting