Biologi, satu perkataan yang berasal daripada perkataan bahasa Greek, bios (hayat) dan akhiran -ology (kajian), ialah satu cabang sains yang berkenaan dengan ciri-ciri dan tingkah laku organisma. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang dan juga yang terdapat di planet-planet yang lain.
Warna biru telah dipergunakan sebagai warna portal ini untuk menegaskan bahawa kehidupan di Bumi bergantung kepada kimia air yang unik.
Bakteria ialah satu kumpulan utama organisma unisel. Istilah "bakteria" telah digunakan dengan berbagai-bagai maksud untuk semua prokariot serta untuk sekumpulan utamanya yang digelarkan eubakteria, tergantung kepada gagasan-gagasan mengenai hubungan antaranya. Istilah bakteria yang digunakan dalam rencana ini khusus untuk merujuk kepada eubakteria. Lagi satu kumpulan bakteria (digunakan secara umum dari segi bukan taksonomi) ialah Arkea. Kajian bakteria digelarkan bakteriologi, satu subbidang mikrobiologi.
Bakteria adalah organisma yang paling banyak terdapat di dunia, dan sentiasa boleh didapati di dalam tanah serta di dalam air, dan sebagai simbion bagi organisma yang lain. Banyak patogen adalah bakteria. Kebanyakannya amat kecil, biasanya hanya 0.5-5.0 μm pada ukuran yang paling panjang, walaupun bakteria gergasi seperti Thiomargarita namibiensis dan Epulopiscium fishelsoni boleh bertumbuh melebihi saiz 0.5 milimeter. Secara amnya, bakteria mempunyai dinding sel yang serupa dengan seltumbuhan dan kulat, tetap dinding sel bakteria biasanya diperbuat daripada peptidoglikan dan bukannya daripada selulosa (seperti untuk tumbuhan) atau kitin (seperti untuk kulat), dan tidak berhomolog dengan dinding sel eukariot. Banyak bakteria bergerak dengan menggunakan flagelum yang mempunyai struktur yang berbeza dengan flagelum kumpulan lain.
Sekiranya anda berminat untuk menyumbang di laman ini atau berminat untuk memulakan rencana baru yang berkaitan dengan biologi, taipkan nama pengguna anda di sini. Kerjasama anda amat dihargai.