Patogen (disebut [pa.to.gén], daripada akar Yunani: πάθος pathos "penderitaan, semangat" dan -γενής -genēs "penghasil") dalam konteks biologi merujuk kepada apa sahaja benda yang boleh menyebabkan penyakit; istilah ini mula digunakan pada tahun 1880-an. Istilah ini biasanya digunakan untuk menggambarkan agen berjangkit seperti virus, bakterium, protozoa, prion, kulat, atau mikroorganisma yang lain.[1][2]

Terdapat beberapa substrat termasuk laluan di mana patogen boleh menyerang perumah. Laluan-laluan utama ini mempunyai jangka masa yang berbeza, dengan pencemaran tanah mempunyai keupayaan membawa patogen paling lama atau paling bertahan. Penyakit yang disebabkan oleh organisme pada manusia yang dikenali sebagai penyakit berpatogen.

Kepatogenan sunting

Kepatogenan adalah keupayaan patogen menyebab penyakit. Kepatogenan ini berkaitan dengan kevirulenan dalam arti, tapi beberapa pihak lainnya juga telah mengenalpastinya sebagai istilah kualitatif, sedangkan "kevirulenan" bersifat kuantitatif. Mengikut piawai ini, organisme boleh dikatakan berpatogen atau tanpa patogen dalam konteks tertentu, tapi tidak "lebih berpatogen" daripada organisma yang lain. Perbandingan seperti ini digambarkan sebaliknya dari segi kevirulenan yang relatif. Penyebaran penyakit juga berbeza daripada penjalaran virus yang menambahkan nilai risiko jangkitan.[3]

Sesebuah patogen boleh digambarkan dari segi kemampuannya menghasilkan toksin, memasuki tisu perumah, menghasilkan koloni dan mengambil nutrisi perumah serta kemampuannya untuk mengimunotindas perumah.

Konsep yang berkaitan sunting

Kevirulenan sunting

Kevirulenan (kecenderungan patogen menyebabkan kerosakan kepada kesihatan perumah) mula berkembang saat itu patogen merebak dari perumah yang berpenyakit, meskipun perumah menjadi sangat lemah.

Kecenderungan ini membeza mengikut cara patogen tersebar: "penyebaran mendatar" (horizontal transmission) berlaku antara dua hidupan perumah dalam spesies yang sama manakala "penyebaran menegak" (vertical transmission) cenderung berkembang hasil simbiosis (selepas tahap tinggi penyakit dan kematian dalam kalangan penduduk) melalui hubungan patogen yang berevolusi seiring keadaan perumahnya.

Penjalaran atau penularan sunting

Penjalaran patogen berlaku melalui banyak laluan yang berbeza termasuk udara, sentuhan langsung atau tidak langsung, hubungan seksual, melalui darah, susu ibu atau bendalir tubuh yang lain, dan juga melalui laluan pencernaan.

Jenis patogen sunting

Bakteria sunting

Kebanyakan bakteria, yang biasanya berukuran antara 1 dan 5 mikrometer panjang, sama ada berbahaya atau bermanfaat kepada manusia. Bagaimanapun, ada juga senarai kecil patogen yang boleh menyebabkan penyakit berjangkit. Salah satu penyakit bakteria dengan beban penyakit tertinggi ialah batuk kering, yang disebabkan oleh bakteria Mycobacterium tuberculosis yang membunuh kira-kira 2 juta orang setiap tahun, kebanyakannya di kawasan Afrika sub-Sahara. Bakteria patogen menyumbang kepada beberapa penyakit penting di seluruh dunia, seperti radang paru-paru, yang boleh disebabkan oleh bakteria seperti Streptococcus dan Pseudomonas, dan penyakit bawaan makanan yang boleh disebabkan oleh bakteri seperti Shigella, Campylobacter, dan Salmonella. Bakteria patogen juga menyebabkan jangkitan seperti tetanus, demam kepialu, difteria, sifilis dan kusta.

Bakteria sering kali boleh dibunuh dengan antibiotik, yang direka untuk menghancurkan dinding sel. Mekanisme ini menyingkirkan DNA patogen, menjadikan bakteria berkenaan tidak mampu menghasilkan protein dan seterusnya mati. Satu kelas bakteria yang tidak mempunyai dinding sel dipanggil mikoplasma (yang menyebabkan jangkitan paru-paru). Ada juga satu kelas bakteria yang hidup di dalam sel-sel lain (parasit dalam sel obligat) iaitu chlamydia (genus), penyebab utama kes-kes jangkitan kelamin di dunia.

Virus sunting

Beberapa penyakit yang disebabkan oleh patogen virus termasuk cacar, influenza, beguk, campak, cacar air, ebola, dan rubela.

Virus berpatogen datang terutamanya dari keluarga: Adenoviridae, Picornaviridae, Herpesviridae, Hepadnaviridae, Flaviviridae, Retroviridae, Orthomyxoviridae, Paramyxoviridae, Papovaviridae, Polyomavirus, Rhabdoviridae, Togaviridae. Virus biasanya berukuran panjang antara 20 dan 300 nanometer.[4]

Kulat sunting

Kulat merangkumi mikroba daripada alam eukariot yang biasanya saprofit (memakan organisma mati) tetapi dapat menyebabkan penyakit pada manusia, haiwan dan tumbuhan. Kulat adalah penyebab penyakit tanaman dan tumbuhan lain yang paling utama. Saiz spora biasanua berukuran 1-40 mikrometer panjang.

Rawatan dan penjagaan sunting

Bakteria biasanya dijaga dengan antibiotik manakal virus dirawat dengan sebatian antivirus. Patogen eukariot biasanya tidak mudah terjejas oleh antibiotik dan oleh itu memerlukan ubat yang khusus. Jangkitan banyak patogen boleh dicegah melalui imunisasi. Sejumlah kecil patogen digunakan dalam vaksin untuk mengekalkan imuniti pada tahap optimum serta memperkuatkan sistem pertahanan dalam perut sebagai persediaan terhadap kemungkinan bilangan virus yang lebih banyak masuk ke dalam badan. Kebersihan juga adalah penting sebagai langkah pencegahan daripada jangkitan patogen.

Rujukan sunting

  1. ^ Alberts B; Johnson A; Lewis J; dll. (2002). "Introduction to Pathogens". Molecular Biology of the Cell (ed. 4th). Garland Science. m/s. 1. Dicapai pada 26 April 2016.
  2. ^ "MetaPathogen - about various types of pathogenic organisms". Dicapai pada 15 January 2015.
  3. ^ "1.2. Definitions: pathogenicity vs virulence; incidence vs prevalence". COLOSS.
  4. ^ Viral Special Pathogens Branch Dicapai pada 9 September 2017