Søren Kierkegaard
Søren Aabye Kierkegaard (5 Mei 1813-11 November 1855) ialah seorang ahli falsafah dan teologi abad ke-19 yang berasal dari Denmark. Awalnya, Kierkegaard sendiri melihat dirinya sebagai seseorang yang cenderung terhadap bidang keagamaan berbanding falsafah serta agak renggang dengan bidang itu, tetapi kemudian dikenali sebagai bapa falsafah eksistensialisme.[2] Kierkegaard merapatkan jurang antara falsafah Hegel dan apa yang kemudian menjadi eksistensialisme. Oleh itu, Kierkegaard menjadi pengkritik Hegel pada masanya dan menandai bahwa apa yang dilihatnya sebagai formalisme palsu daripada Gereja Denmark. Falsafahnya merupakan sebuah reaksi terhadap dialektik Hegel.[3]
Søren Aabye Kierkegaard | |
---|---|
Era | Falsafah abad ke-19 |
Falsafah | Falsafah Barat |
Sekolah | Falsafah Eropah,[1] Zaman keemasan lukisan Denmark, pelopor eksistensialisme, pascamodenisme, pascastrukturalisme, psikologi eksistensial, neo-Ortodoks |
Kepentingan utama | Agama, Metafizik, Epistemologi, Estetika, Etika, Psikologi |
Idea cemerlang | Dianggap sebagai Bapa Eksistensialisme, kecemasan, keputusan eksistensial, kesatria iman |
Mempengaruhi
|
Banyak karya Kierkegaard membahas tentang masalah-masalah agama seperti misalnya hakikat keimanan, perihal Gereja Kristian, etika dan teologi Kristian dan emosi serta perasaan individu ketika berhadapan dengan pilihan-pilihan eksistensial. Karya-karya Kierkegaard sering kali digambarkan sebagai eksistensialisme Kristian dan psikologi eksistensial.[4] Memandangkan Kierkegaard menulis kebanyakan karya awalnya dengan menggunakan pelbagai nama samaran serta sering kali memberi komen dan mengkritik karya-karya sendiri yang lain yang ditulis dengan nama samaran lain, sangat sulit untuk membezakan antara apa yang benar-benar diyakini Kierkegaard dengan apa yang dikemukakannya sebagai hujah dari posisi seorang pseudopengarang. Ludwig Wittgenstein berpendapat bahwa Kierkegaard "sejauh ini ialah pemikir yang paling mendalam pada abad ke-19".[5][6]
Rujukan
sunting- ^ Hannay, Alastair dan Gordon Marino (ed). The Cambridge Companion to Kierkegaard, Cambridge University Press 1997, ISBN 0-521-47719-0
- ^ Hannay, Alastair; Marino, Gordon Daniel; Hannay, Professor Alastair (1998). The Cambridge Companion to Kierkegaard (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-0-521-47719-2.
- ^ Stewart, Jon (2003-09-15). Kierkegaard's Relations to Hegel Reconsidered (dalam bahasa Inggeris). Cambridge University Press. ISBN 978-1-139-44234-3.
- ^ Golomb, Jacob (2012-11-12). In Search of Authenticity: Existentialism from Kierkegaard to Camus (dalam bahasa Inggeris). Routledge. ISBN 978-1-134-81274-5.
- ^ Lippit, John dan Daniel Hutto. "Making Sense of Nonsense: Kierkegaard and Wittgenstein". University of Hertfordshire. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-05-04. Dicapai pada April 23 2006. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan); Check date values in:|accessdate=
(bantuan) - ^ Creegan, Charles. "Wittgenstein and Kierkegaard". Routledge. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-08-22. Dicapai pada 23 April 2006. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)