Buka menu utama

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

"UNICEF" dan "Tabung Kecemasan Kanak-kanak Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu" dilencongkan di sini.

Tabung Kanak-kanak PBB (bahasa Inggeris: United Nations Children's Fund) atau lebih dikenali sebagai UNICEF merupakan badan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memberi bantuan kemanusiaan dan perkembangan kepada kanak-kanak di seluruh dunia. UNICEF beribu pejabat di New York.

Tabung Kanak-kanak PBB
UNICEF Logo.png
KependekanUNICEF
11 Disember 1946
JenisDana
Status perundanganAktif
Ibu pejabatNew York City
Pengarah Eksekutif
Henrietta H. Fore[1]
Organisasi indukPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
GabunganPBB
Pendapatan$5,009,557,471
Laman sesawangwww.unicef.org

UNICEF bergantung kepada sumbangan kewangan daripada kerajaan-kerajaan dan juga penderma peribadi. Program-programnya menekankan perkhidmatan menjaga kesihatan dan kebajikan kanak-kanak di peringkat masyarakat. UNICEF dianugerahkan Hadiah Nobel pada 1965.

MatlamatSunting

UNICEF menjalankan program-programnya di seluruh dunia, terutamanya di benua Afrika.

UNICEF mempunyai lima matlamat utama, iaitu Kehidupan dan Perkembangan Kanak-kanak, Pendidikan Asas dan Kesamaan Jantina (yakni pendidikan untuk perempuan), Perlindungan Kanak-kanak daripada Keganasan, Eksploitasi dan Penderaan, Pencegahan HIV/AIDS di kalangan kanak-kanak, dan Penyokongan Dasar Melindungi Hak Kanak-kanak serta Kerjasama dalam usaha sedemikian. UNICEF juga membantu dalam perkembangan kanak-kanak dari umur kecil, perkembangan remaja, dan kemahiran hidup berasaskan pendidikan.

PendidikanSunting

Menurut UNICEF,

UNICEF menyokong pemberian pendidikan asas yang berkualiti kepada semua kanak-kanak (lelaki dan perempuan) yang memberi penekanan kepada kesamaan jantina dan penghapusan apa-apa jenis perbezaan antara manusia. Dalam menggalakkan kesaksamaan, UNICEF memberi fokus kepada kanak-kanak yang paling tidak bernasib melalui program-program pendidikan yang inovatif. Kami bekerjasama dengan pihak-pihak tempatan, nasional dan antarabangsa untuk mencapai matlamat yang ditetapkan dalam Matlamat Pembangunan Alaf Baru dan Deklarasi Pendidikan untuk semua untuk membawa sebarang perubahan yang diperlukan untuk mencapai keadilan sosial dan kesaksamaan untuk semua.

ImunisasiSunting

UNICEF berusaha menyediakan kemudahan-kemudahan melindungi kesihatan kanak-kanak di seluruh dunia. Usaha ini termasuk pendidikan kesihatan, pembekalan supplemen nutrien, kelambu dan vaksinasi.

Perlindungan dan kebajikanSunting

UNICEF melindungi kanak-kanak daripada keganasan, eksploitasi dan penderaan, termasuk pelacuran, pemerdagangan dan pemburuhan kanak-kanak dan sebagainya. Sasaran usaha ini ialah kanak-kanak tanpa ibu bapa serta berada dalam konflik undang-undang atau senjata.

HIV/AIDSSunting

Seramai 15 juta orang kanak-kanak kini menjadi anak yatim kerana AIDS. Dijangka pada 2018, seramai 18 juta kanak-kanak akan kehilangan salah seorang ibu bapa disebabkan AIDS di kawasan sub-Sahara Afrika. UNICEF juga berusaha membasmi pornografi kanak-kanak.

Duta MuhibahSunting

RujukanSunting

Pautan luarSunting