Hubungan antarabangsa
Hubungan antarabangsa (bahasa Inggeris: International relations IR) merupakan cabangan sains politik yang mengkaji hal ehwal luar negeri serta isu-isu global dalam sistem antarabangsa, termasuk peranan negara-negara, pertubuhan antarabangsa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), serta perbadanan multinasional (MNC). Ia merupakan bidang akademik dan dasar awam, dan boleh dianggap sebagai positif atau normatif. Kajian ini bertujuan menganalisis serta membentuk dasar luar negeri bagi pelbagai negara.
Hubungan antarabangsa sebagai kajian juga menggunakan ilmu pelbagai bidang seperti ekonomi, sejarah, undang-undang, falsafah, geografi, sosiologi, antropologi, psikologi dan kajian budaya. Ia melibatkan jumlah isu yang luas, dari globalisasi serta kesannya terhadap masyarakat dan kedaulatan negeri ke kemapanan ekologi, percambahan senjata nuklear, nasionalisme, pembangunan ekonomi, keganasan berbentuk terorisme, jenayah berorganisasi, keselamatan manusia dan hak asasi manusia.
Teori
suntingEpistemologi dan teori IR
suntingTeori IR boleh dibahagikan kepada dua fahaman epistemologi utama, iaitu positivis dan pasca-positivis. Teori positivis bertujuan menngulangi kaedah sains semula jadi dengan manganalisis kesan kuasa material. Fahaman ini biasanya menumpu kepada ciri-ciri hubungan antarabangsa seperti interaksi negara-negara, saiz angakatan tentera, keseimbangan kuasa, dan sebagainya. Epistemologi pasca-positivis pula menolak idea bahawa dunia sosial boleh dikaji melalui cara objektif serta tanpa nilai (value-free). Ia menolak idea utama neo-realisme/liberalisme, seperti teori pilihan rasional, dengan alasan bahawa kaedah saintifik tidak boleh digunakan ketika mengkaji dunia sosial dan adalah mustahil jika IR dikaji sebagai sains.
Perbezaan utama antara dua fahaman tersebut ialah teori positivis memberi penjelasan secara ringkas (seperti sebab dan cara kuasa digunakan), manakala teori pasca-positivis memberi fokus kepada persoalan asas seperti apa maksudnya 'kuasa'; apakah tapak asasnya, bagaimanakah ia dialami, serta bagaimanakah ia digunakan semula. Teori pasca-positivis menggalakkan pendekatan normatif kepada IR dengan mempertimbangkan etika dalam kejian. Perkara ini sering diketepikan dalam IR 'tradisional', kerana teori positivis membezakan 'fakta' daripada pertimbangan normatif, iaitu 'nilai'.
Teori positivis
suntingRealisme
suntingRealisme mementingkan keselamatan negara dan kuasa. Penyumbang kepada teori ini, seperti E.H. Carr, Daniel Bernhard dan Hans Morgenthau mendakwa bahawa negara-negara hanya menjaga kepentingan diri, dan merupakan watak rasional mencari kuasa, yang ingin memaksimumkan keselamatan diri serta peluang meneruskan kewujudan diri. Kerjasama antara negara disifatkan sebagai cara meningkatkan keselamatan setiap negara (bertentangan dengan fahaman idealistik).
Liberalisme/idealisme/Internasionalisme liberal
suntingTeori hubungan antarabangsa liberal membangkit selepas Perang Dunia I berikutan ketidakmampuan negara-negara mengawal dan mengelakkan peperangan dalam hubungan antarabangsa mereka. Penyokong teori ini seperti Woodrow Wilson dan Norman Angell mendakwa bahawa semua negara boleh mendapat faedah daripada kerjasama dan peperangan begitu memusnahkan sehingga ia tidak memberi faedah kepada mana-mana pihak. E.H. Carr memberikan teori ini satu istilah yang baru, iaitu "idealisme".
Neorealisme
suntingberasas daripada realism serta berkongsi andaian-andaian dan konsep-konsep asas namun telah dimodifikasikan untuk menyesuaikannya dengan dunia temporari. neorealis mengambil kira aktor non-negara.
Neoliberalisme
suntingberasaskan kepada 4 jenis liberalisme (perdagangan/republikan/sosiologikal/neo-institusionalisme)
lebih fokus kepada isu kerjasama, politik ekonomi antarabangsa dan persekitaran.
Teori rejim
suntingTeori pasca-positivis
suntingTeori masyarakat antarabangsa
suntingTeori masyarakat antarabangsa menumpu kepada norma dan nilai negara-negara serta cara norma dan nilai itu memberi kesan kepada hubungan antarabangsa. Contoh norma tersebut termasuk diplomasi, tertib dan undang-undang antarabangsa. Teoris fahaman ini memberi tumpuan kepada campur tangan kemanusiaan, dan boleh dibahagikan kepada solidaris yang lebih menyokong campur tangan kemanusiaan, serta pluralis, yang memberi kepentingan kepada tertib dan kedaulatan.
Konstruktivisme sosial
suntingTeori kritikal hubungan antarabangsa
suntingMarxisme
suntingMarxisme menolak pandangan fahaman liberalisme/realisme tentang konflik atau kerjasama, dan memberi fokus kepada aspek ekonomi dan material. Fahaman ini berkait rapat dengan teori kebergantungan yang mendakwa bahawa negara maju, dalam usaha mereka mencari kuasa, menyusup ke dalam negara sedang membangun melalui pensihat politik, pakar dan MNC untuk menyepadukan negara membangun ke dalam sistem kapitalis untuk mendapatkan sumber semula jadi serta menambahkan kebergantungan negara membangun kepada negara maju.
Konsep dalam hubungan antarabangsa
suntingKonsep tahap sistemik
sunting- Kuasa dalam hubungan antarabangsa
- Saling bergantungan
- Teori kebergantungan
Alat sistemik dalam hubungan antarabangsa
suntingInstitusi dalam hubungan antarabangsa
suntingPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
suntingPertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu merupakan pertubuhan antarabangsa yang menggalakkan kerjasama antara kerajaan-kerajaan seluruh negara dalam uandang-undang antarabangsa, keselamatan antarabangsa, pembangunan ekonomi dan ekuiti sosial.
Istitusi ekonomi
suntingBadan undang-undang antarabangsa
suntingHak asasi manusia
sunting- Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
- Jawatankuasa Hak Asasi Manusia
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Undang-undang
sunting- Mahkamah Keadilan Antarabangsa
- Mahkamah Keadilan Eropah
- Mahkamah Keadilan Afrika
- Tribunal Undang-undang Laut Antarabangsa
Hubungan keselamatan serantau
suntingPautan luar
sunting- The German Marshall Fund of the United States - Strengthening Transatlantic Cooperation
- International Relations and Security Network (ISN) - An online service providing a wide range of free, high quality IR resources, including news, electronic publications, academic research papers, e-learning courses, links and dossiers.
- Global Change, Peace and Security
- InfoRel - Brazilian online newspaper on International Relations and Brazilian foreign policy. In Portuguese
- Article on Realism x Liberalism - Harvard International Review article promoting virtues of Liberalism over Realism
- The Foreign Relations of the United States: The Foreign Relations of the United States series is the official documentary historical record of major U.S. foreign policy decisions that have been declassified and edited for publication. The series is produced by the State Department's Office of the Historian and printed volumes are available from the Government Printing Office. This digital collection has been digitized and is publicly accessible from the University of Wisconsin Digital Collections Center.
- International Relations Resource Center Diarkibkan 2007-02-11 di Wayback Machine
- World Association of International Studies Stanford University Politics and Culture Forum
- Briefing paper series of "Master of International Relations" studies, Victoria University, Wellington, New Zealand
- Wikifutures Geopolitical Scenarios
- Abstracts of seminal books and articles in the academic study of International Relations
- Cosmopolitikos.com Diarkibkan 2018-12-31 di Wayback Machine - The principal objective of Cosmopolitikos.com is to provide the students of International Relations and the practitioners with the best set of tools to reach an understanding of World politics.
- Association of Professional Schools of International Affairs
- International Relations Academic Research Community Diarkibkan 2014-05-17 di Wayback Machine - Highly respected student club in Bilkent University. Lots of IR articles and more
- GlobalPolitics - Information about the governments of the world and the businesses that influence the political process.
- International Progress Organization - NGO in consultative status with the UN, dealing with international law issues
- The Indian National Interest - Geopolitics and strategic affairs from an Indian perspective
- Global Politics and InstitutionsPDF (449 KiB) - Article outlining a more equitable system of global relations.
- University of Business and International StudiesGeneva Switzerland.
- Soldiers of Peace International Association: UN recognised NGO - colloquium on global security through the United Nations Diarkibkan 2007-09-28 di Wayback Machine
- Graduate Program in International Affairs at The New School