Ha-Mossad le-Modi'in ule-Tafkidim Meyuhadim (Hebrew: המוסד למודיעין ולתפקידים מיוחדים atau Mossad merupakan agensi perisik Israel. Ia bertugas untuk mengumpul dan bertindak berasaskan maklumat risikan dari kesegenap negara-negara yang dianggap mengancam negara Israel, terutamanya jiran-jirannya negara-negara Arab. Mossad juga boleh disamakan dengan CIA dari Amerika Syarikat atau MI6 dari United Kingdom.

Mossad
The Institute for Intelligence and Special Operations
מדינת ישראל
הַמוֹסָד למודיעין ולתפקידים מיוחדים

الموساد للاستخبارات والمهام الخاصة
"Bangsa akan jatuh jika tidak ada pemimpin yang bijak, tetapi selamat jika mendapat banyak penasihat." (Amsal 11:14)
Intisari agensi
DibentukDisember 13, 1949 sebagai Central Institute for Coordination
Ibu pejabatTel Aviv, Israel
Kakitangan7,000 (anggaran)
Belanjawan tahunan10 bilion shekel (anggaran)
(AS$2.73 billion)
Eksekutif Agensi
Agensi induk
Pejabat Perdana Menteri
Laman sesawang
Tapak web rasmi

Mossad bertanggungjawab dalam pengumpulan risikan, operasi rahsia dan memerangi terorisme. Pengarahnya menjawab secara terus dan hanya kepada Perdana Menteri. Bajet tahunannya dianggarkan sekitar 10 bilion shekel (AS$2.73 bilion), dan dianggarkan ia menggaji kira-kira 7,000 orang secara langsung, menjadikannya salah satu agensi perisikan terbesar dunia.[1] Tidak seperti badan keselamatan lain (seperti Pasukan Pertahanan Israel atau Agensi Keselamatan Israel), tujuan, objektif, peranan, misi, kuasa atau belanjawannya tidak ditakrifkan dalam mana-mana undang-undang Israel.

Sejarah sunting

Agensi Perisik Mossad ditubuhkan pada 13 Disember 1949 atas nasihat Reuven Shiloah kepada Perdana Menteri Israel , David Ben-Gurion. Shiloah mahu sebuah institut penyelerasan pusat yang boleh membaiki perkhidmatan keselamatan, menyelaras antara perisik tentera (AMAN) dengan Perkhidmatan keselamatan awam (Shin Bet). Pada Mac 1951, ia telah disusun semula sebagai sebahagian dari jabatan Perdana Menteri dan membuat laporan terus kepada Perdana Menteri.

Struktur sunting

Ibu pejabat Mossad terletak di bandar raya Tel Aviv. Mossad adalah sebuah perkhidmatan awam, bukan organisasi tentera. Tetapi kakitangannya pernah bertugas dengan Pasukan Pertahanan Israel. Terdapat 8 jabatan berlainan fungsi di dalamnya. Perisik diambil dari pelbagai peringkat di luar negara, termasuklah pegawai diplomat dan bukan pegawai tak rasmi. Mereka bertindak dan bergerak seperti CIA. 30 daripada 40 operasinya bergerak di Eropah Timur dan Timur Tengah.

Pegawai perisik lapangan dipanggil Katsas Sementara Jabatan Operasi Khas dipanggil Metsada atau Kidon. Metsada ialah unit yang bertanggungjawab terhadap "serangan terhadap musuh", dengan tindakan termasuk "membunuh dan mensabotaj".[2] Perang saraf sangat berkait dengan pegawai diplomat dan media massa yang dipanggil Jabatan Psikologit Lochamah.

Kidon sunting

Kidon ialah unit yang dimiliki oleh jabatan Caesarea (salah satu daripada lapan jabatan Mossad). Ia digambarkan oleh wartawan, Yaakov Katz sebagai "sekumpulan elit pembunuh upahan pakar yang beroperasi di bawah cawangan Caesarea dalam Mossad. Tidak banyak yang diketahui tentang unit misteri ini, dengan butirannya merupakan sebahagian daripada rahsia yang paling dijaga rapi dalam komuniti perisikan Israel. Ia merekrut daripada "bekas tentera daripada elit unit pasukan khas IDF."[3] Unit ini telah menjadi sebahagian daripada dasar pembunuhan Israel, yang menurut Ronen Bergman, ialah dasar yang telah digunakan Israel lebih banyak daripada negara Barat lain sejak Perang Dunia II, dan menyatakan bahawa ia telah melakukan sekurang-kurangnya 2,700 misi pembunuhan.[4][5][6]

Operasi berprofil tinggi sunting

Mossad sentiasa berusaha meningkatkan reputasi sebagai agensi perisikan terhandal di dunia melebihi CIA KGB mahupun M16. Taktik penculikan dan pembunuhan selalu digunakan bagi menjaga survival Israel.

Kejayaan operasi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Levinson, Chaim (2018-08-26). "A Golden Age for the Mossad: More Targets, More Ops, More Money". Haaretz. Dicapai pada 2019-07-02.
  2. ^ Workings of Israel's secret service exposed, London Times, 2 Ogos 1996
  3. ^ Israel Vs. Iran: The Shadow War, Potomac Books, Inc, 2012, page 91, By Yaakov Katz, Yoaz Hendel
  4. ^ Poisoned toothpaste and exploding phones: New book chronicles Israel’s ‘2,700’ assassination operations Ethan Bronner, Saturday 27 Januari 2018, The Independent
  5. ^ How Israel’s leaders use targeted killings to try to ‘stop history’ By DAVID HOROVITZ, 26 Januari 2018, Times of Israel
  6. ^ Szalai, Jennifer (31 Januari 2018). "'Rise and Kill First' Shines Light on Israel's Hidden Assassinations". The New York Times.

Pautan luar sunting