Presiden Mesir
Presiden Republik Arab Mesir merupakan ketua negara Mesir. Di bawah Perlembagaan Mesir, seorang Presiden juga merupakan panglima besar untuk angkatan bersenjata dan ketua eksekutif pemerintahan Mesir.
Presiden pertama Mesir adalah Muhammad Naguib, yang memulakan masa jawatannya pada 18 Jun 1953, iaitu hari Mesir diisytiharkan sebagai sebuah republik.
Hosni Mubarak yang telah digulingkan dari jawatannya sebagai Presiden Mesir melalui peristiwa Revolusi Mesir 2011 merupakan presiden yang keempat. Penggal pertama jawatannya bermula pada 14 Oktober 1981 dan pada 2005 memulakan penggal kelima kepresidenannya, tanggal terakhir jawatan presidennya pula pada 11 Februari 2011.
Senarai Presiden
suntingBerikut merupakan senarai Presiden Republik Arab Mesir (1953-kini):
No. | Nama | Tempoh berkhidmat | Parti politik | |
---|---|---|---|---|
Mula | Tamat | |||
1 | Muhammad Naguib | 18 Jun 1953 | 14 November 1954 (meletak jawatan) |
Tentera / Perhimpunan Pembebasan |
2 | Gamal Abdel Nasser | 23 Jun 1956 | 22 Februari 1958 | Kesatuan Kebangsaan |
(2) | Gamal Abdel Nasser | 22 Februari 1958 | 28 September 1970 (meninggal ketika menjawat) |
Kesatuan Kebangsaan (1958-1962) / Kesatuan Arab Sosialis (1962-1970) |
3 | Anwar Sadat | 15 Oktober 1970 | 2 September 1971 | Kesatuan Arab Sosialis |
(3) | Anwar Sadat | 2 September 1971 | 6 Oktober 1981 (dibunuh) |
Kesatuan Arab Sosialis (1971-1978) / Parti Demokratik Kebangsaan (1978-1981) |
(#) | Sufi Abu Taleb | 6 Oktober 1981 | 14 Oktober 1981 | Parti Demokratik Kebangsaan |
4 | Hosni Mubarak | 14 Oktober 1981 | 11 Februari 2011 (meletak jawatan) |
Parti Demokratik Kebangsaan |
5 | Mohammed Mursi | 30 Jun 2012 | 3 Julai 2013 (digulingkan) |
Parti Kebebasan dan Keadilan |
(#) | Adly Mansour | 4 Julai 2013 | 8 Jun 2014 | Bebas |
6 | Abdel Fattah al-Sisi | 8 Jun 2014 | sekarang | Bebas |